BAB 23
“Aku tengok kau happy
semacam aje sekarang ni.? Sebab Nazirah dah balik ke?” Soal Rafi.
“Hisy, kau jangan sebut
nama perempuan tu lagi boleh tak.?!” Marah Adam Rayyan.
“Chill la bro. Aku tanya
aje.”
Adam Rayyan menjeling
sahabatnya. Dulu mungkin dia sayangkan Nazirah. Tetapi sekarang tidak lagi bila
kemunculan Adrianna Wafiyah yang telah mengubat hatinya. Kini dia hanya
cintakan isterinya. Adrianna Wafiyah adalah jodoh yang telah diamanatkan
kepadanya. Dia harus menjaga sebaik-baiknya amanat itu.
Tiba-tiba wajah ayu
Adrianna Wafiyah menjelma lagi. Keindahan tubuh isterinya kembali terbayang.
Dia tersenyum lagi. Ah, angau aku dibuatnya.
“Weh, tadi marah,
sekarang senyum pulak. Ada apa-apa ke yang kau nak kongsikan dengan aku?” Tanya
Rafi.
“Aku nak ucapkan terima
kasih dekat kau. Sebabkan nasihat kau haritu, aku kini bahagia dengan Adrianna
Wafiyah.” Ucapnya malu.
“Apa?, aku tak salah
dengar ke ni?. Tolong ulang lagi sekali? Usik Rafi.
“Ah, kau ni lebih
pulak. Saja nak usik aku kan.”
“Ha..ha..ha.. usik sikit pun nak marah.”
“Macamana sekarang dah
ehemm..ehemm ke belum?”
“Hisy, kau ni tak ada
soalan lain ke? Wajah Adam Rayyan sudah bertukar merah.
“Dengan aku pun nak
malu. Kalau kau nak belajar selok belok rumah tangga, Ini orangnya.” Rafi
mendabik dada dengan bangga.
“Elleh, inilah orangnya
konon. Cakap macam dah kahwin.”
“Tak perlu kahwin pun
kalau nak cari pengalaman. He…he..he..”
Gurau Rafi.
“Erm, Isteri aku tu
garang, pantang usik sikit dah mengamuk.” Bohong Adam Rayyan.
“Yeke? Aku tengok Wafi
tu lembut aje orangnya. Auta la ni.”
“He..he..he..dah la
tukar topik.” Potong Adam Rayyan.
“Nazirah apa cerita?”
“Malas aku nak cakap
pasal dia. Dia sekarang tak penting lagi dalam hidup aku.”
“Baguslah macamtu. Tapi
kan..”
“Hai guys..” Tegur
Nazirah.
“Eh, Naz. What a surprise to see you here.” Tegur
Rafi ramah.
“Can I join you all?”
“Sure, have a seat.”
Adam Rayyan terasa mahu
siku si Rafi ini. ‘Dia dah tahu aku taknak jumpa Nazirah lagi. Boleh pulak dia
suruh perempuan ni join sekali.’Marah
Adam Rayyan dalam hati. Nazirah keberatan nak duduk bila melihat wajah tegang
Adam Rayyan. Rafi yang perasan mula berdehem.
“Err, kau tak kisahkan
Ray? Naz join kita lunch.”
“Sure can. Duduk Naz. Takkan nak makan berdiri.” Perli Adam Rayyan.
Nazirah terus menarik
kerusi disebelah Adam Rayyan. Kata-kata Adam Rayyan langsung tidak berkesan dihatinya.
Misinya hanya satu iaitu meraih kembali cinta Adam Rayyan. Jadi dia tak boleh
terlalu ikut perasaan.
“Thanks Ray.” Senyum Nazirah.
“So, Naz you buat apa sekarang ni. Masih dengan bidang modeling ke?” Soal Rafi memecah
kesunyian antara mereka.
“I dah retire dengan modeling ni. Sekarang I kerja dengan daddy I.”
“Oh, sound good. Lepas ni boleh jadi business partner I pulak.”
“Of course, we can discuss
further later.”
Nazirah menjeling Adam
Rayyan yang hanya diam. Sakit hatinya melihat sikap sombong Adam Rayyan. Tapi
dia harus bersabar demi menjayakan misinya. Adam Rayyan mesti menjadi miliknya
kembali. Itu janjinya. Makan tengahari haritu terasa begitu hambar pada Adam
Rayyan. Kedatangan Nazirah telah mematikan seleranya. Sudahnya hanya sedikit
makanannya dijamah.
“Apa projek you handle sekarang ni?” Tanya Rafi.
“I tengah take over projek
hotel di Bali. Before this my dad
yang handle projek tu.”
“Syarikat besar macam your dad memang patut bina hotel di
Bali.”
“Tapi tak boleh nak
lawan Megah Holdings.” Nazirah menjeling manja ke arah Adam Rayyan.
Adam Rayyan menyampah
melihat Nazirah. Kalau dulu semua perkara yang dilakukan oleh Nazirah menjadi
kesukaannya. Tapi sekarang tidak lagi. Adam Rayyan terus bangun secara tiba-tiba.
“Fi, aku chow dulu.”
“La..nak balik dah ke.
Makanan pun tak habis lagi.” Rafi tahu sahabatnya tidak selesa dengan kehadiran
Nazirah.
“Petang ni ada meeting” Jawabnya mendatar.
“Hm, okay lah. Nanti
aku roger kau.”
“Em, Ray boleh I tumpang you. I pun nak ke arah office you.” Gedik Nazirah bersuara.
“Kereta you mana?”
“Tadi I tumpang Sally.” Bohong Nazirah.
“Hurm, sorry la I nak cepat. You tumpang Rafi aje.” Adam Rayyan terus berlalu pergi.
“Tapi Ray, I…” Nazirah bengang kerana Adam Rayyan
terus pergi. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya.
Nazirah mengetap bibirnya.
Sakit hatinya dengan sikap sombong Adam Rayyan. Sampai hati Adam Rayyan
memalukan dia didepan Rafi. Nazirah terasa mahu menangis dengan layanan kasar
Adam Rayyan terhadapnya. Rafi yang melihat drama itu terus bersuara.
“Naz, takpa I boleh tumpangkan you. You jangan ambil
hati. Maybe Ray betul-betul nak
cepat.” Pujuk Rafi.
“Tak mengapalah Rafi, I boleh balik sendiri. Thanks”
“Janganlah macamtu Naz.
I ikhlas nak hantar you.” Kesian juga Rafi melihat Nazirah.
Tapi apa boleh buat, semua yang terjadi berpunca dari Nazirah sendiri.
Nazirah hanya membuang
pandang. Jiwanya merintih bila Adam Rayyan terus-terusan membenci dirinya.
Reza berjalan di Shopping Mall KLCC.
Hatinya masih sakit mendengar pengakuan Adrianna Wafiyah pagi tadi. Langkahnya
diatur tanpa arah tujuan. Terasa longlai seluruh tubuhnya. Semangatnya terus
melayang.
Tiba-tiba
dia terasa tubuhnya dirempuh seseorang. Nasib baik tak jatuh. Tapi
barang-barang yang dibawa oleh gadis yang merempuhnya itu jatuh berselerak atas
lantai.
“Maaf
encik saya tak sengaja.” Ucap gadis itu sambil mengutip kembali buku-buku yang
dibelinya tadi.
“Eh,
tak apa. Awak okay ke?” Soal Reza sambil membantu gadis itu.
“Saya
okay.” Jawab gadis itu sambil mengambil buku dari tangan Reza.
“Lisya?”
Sebaris nama meniti dibibir Reza.
“Abang
Reza?” Alisya Umaira terkejut kerana tidak menyangka akan terserempak dengan
Reza. Walaupun dia sudah tahu berita kepulangan Reza dari kakak iparnya. Tapi
dia tidak sangka secepat ini dia akan bertemu dengan Reza.
Reza
membantu Alisya Umaira membawa buku-buku yang dibelinya. Masing-masing kelu
tanpa bicara.
“Jom
kita minum dulu. Dah lama abang tak bual dengan Lisya.” Ajak Reza.
“Err,
tapi..”
“Please, sekejap aje.” Pujuk Reza.
“Okay.”
Angguk Alisya Umaira.
“Jom,
kita minum di restoran little penang tu.”
Alisya Umaira hanya
mengangguk sambil berjalan beriringan menuju ke restoran itu. Alisya Umaira
masih kelu untuk berbicara. Setelah agak lama terputus hubungan, kini Alisya
Umaira agak kekok untuk berdua-duan dengan Reza.
“Lisya
sihat.?” Tegur Reza bila dirasakan Alisya Umaira agak kekok.
“Alhamdulillah
sihat. Abang?”
“As you can see, abang masih Reza yang
sama.”
“Ya,
I can see it.”
“Lisya
semakin cantik bila meningkat dewasa ni. Sekarang umur Lisya dah 25 tahun kan?”
“Yup, thanks.”
“Lisya
dah kerja ke?”
“Dah.
Lisya kerja dekat syarikat arkitek.”
“Oh,
I see.”
“Lisya masih marahkan
abang?”
“Lisya dah lupakan
semua tu abang. Pada Lisya jodoh pertemuan ditangan Allah. Siapa Lisya nak
melawan takdir.”
“Lisya dah semakin
matang sekarang ni.” Ucap Reza sambil senyum. Alangkah kalau dia pun boleh kuat
seperti Alisya Umaira.
“Pengalaman mendewasakan
kita abang.” Jawab Alisya Umaira.
“Yes, I agree with it.”
“Err, abang nak minta
maaf dengan Lisya atas sikap abang dulu. Abang buta dalam menilai ketulusan
Lisya.”
“Lisya tak kisah bang.
Apa yang berlaku semua ada hikmahnya.”
“Sejak abang
menghilangkan diri, Lisya banyak belajar tentang erti cinta. Cinta tak boleh
dipaksa. Kita tak boleh mencintai seseorang melebihi cinta kita pada Allah
SWT.” Sambung Alisya Umaira lagi.
Reza mendengar itu
sebagai kata peransang untuk dirinya. Memang dia agak jauh tersasar dari
landasan, kata-kata Alisya Umaira membuatkan dia berfikir semula. Semua yang
dikatakan Alisya Umaira adalah benar belaka. ‘Ya Allah, Kau ampunkanlah
dosa-dosaku. Sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah.’ Rintih hatinya.
“Err, abang, Lisya tak
boleh lama ni. Ada masa kita berbual lagi. Ini kad Lisya.” Alisya Umaira
menghulurkan kadnya kepada Reza. Dia tidak boleh berlama disitu. Bimbang jika
dia kan melalut hal-hal lama. Kerana nama Reza masih utuh dihatinya.
“Oh, thanks. Tapi sorry. Abang tak bawak kad abang. Tak apa nanti abang akan miscall Lisya.” Reza tersedar dari lamunannya.
“It’s
ok.”
Ujar Alisya Umaira sambil melangkah pergi.
Reza hanya memandang
Alisya Umaira hingga hilang dari pandangan matanya. Dia perasaan Alisya Umaira
tidak seramah dulu. Sifatnya agak berlainan berbanding dulu. Reza meraup
rambutnya ke belakang. Terlalu banyak dia menyakiti hati Alisya Umaira. Kesian
Alisya Umaira. Ah, Kusut!.
Hatinya sedikit tenang
bila terjumpa dengan Alisya Umaira. Tidak dinafikan Alisya Umaira mempunyai
keperibadian yang sangat tinggi. Sebab itulah dia senang berkawan dengan Alisya
Umaira. Tapi bila mengetahui perasaan Alisya Umaira terhadap dirinya, dia tidak
boleh meneruskan persahabatan itu kerana hatinya hanya untuk Adrianna Wafiyah.
Selebihnya dia tidak mahu memberi Alisya Umaira harapan palsu.
Pasaraya Tesco agak sesak petang itu.
Adrianna Wafiyah memakirkan keretanya. Agak lama dia berpusing-pusing mencari
parkir kereta. ‘Nasib baik dapat’. Gumam hatinya. Setelah mengambil troli,
Adrianna Wafiyah segera mengambil barang-barang yang diperlukan untuk memasak.
Satu-persatu
barang yang diambil akan dibelek oleh Adrianna Wafiyah, kerana dia begitu
prihatin dalam memilih barang. Apa yang paling penting adalah harga dan kualiti
barang tersebut.
Dia
menyorong trolinya ke ruang barang basah. Adrianna Wafiyah mengambil ikan kerisi.
Insang ikan itu diteliti supaya dia tidak terbeli ikan yang sudah lama. Setelah
memastikan insang masih merah dan ikan itu tidak lembik, dia mengambil plastik
untuk mengisi ikan itu.
Troli tersebut sudah sarat dengan
barang-barang yang diambil oleh Adrianna Wafiyah. “Hmm, dah cukuplah ni untuk
stok seminggu.’ Desis hatinya. Adrianna Wafiyah menyorong troli itu ke kaunter
bayaran. Nasibnya baik kerana bahagian kaunter bayaran tidak terlalu sesak.
“Err..you wife Rayyan kan?” Tiba-tiba ada satu
suara menegurnya. Adrianna Wafiyah segera berpaling ke belakang.
“Ya,
macamana awak tahu?” Tanya Adrianna Wafiyah.
“I Sally. Masih ingat lagi tak?”
“Oh,
Sally..” Adrianna Wafiyah cuba mengingati nama itu.
“I nak minta maaf pasal tampar you dulu.” Sally berkata perlahan. Dia
malu untuk bersemuka dengan Adrianna Wafiyah atas sikapnya dulu.
“Eh,
saya tak simpan dalam hati pun.” Kata Adrianna Wafiyah sambil senyum.
“Baiknya
you. I nak panggil you apa
ek?”
“Panggil
Wafi aje.” Ramah Adrianna Wafiyah. Orang dah minta maaf buat apa lagi nak
bermusuh.
“Beruntung
Rayyan dapat isteri baik macam you. Dah la cantik.” Puji Sally ikhlas.
“Biasa
aje. Err, saya nak cepat ni. Takut tak sempat nak balik masak.”
“Oh, okay. See you again.” Senyum Sally.
“Okay, In Sha Allah.” Angguk Adrianna Wafiyah sambil
membalas senyuman Sally.
Sally yang dia jumpa hari ini agak berlainan
sikapnya dengan Sally yang datang menyerangnya semasa hari perkahwinannya dan
Adam Rayyan dulu. Ini semua adalah kuasa
Allah SWT. Adrianna Wafiyah bersyukur
kerana Sally tidak lagi memusuhi dirinya.
Adam Rayyan membuka pintu luar. Rumah
itu agak sunyi. Dia tak nampak kelibat isterinya. ‘Belum balik ke?’ Desis
hatinya. Langkahnya terhenti bila terbau sesuatu yang enak. Dia melangkahkan
kaki ke dapur. Kelihatan Adrianna Wafiyah sedang giat memasak. Begitu leka
isterinya memasak. Sampai langsung tak sedar kehadirannya. Adam Rayyan
tersenyum nakal sambil menghampiri isterinya. Dengan perlahan dia memeluk
pinggang isterinya dari belakang.
“Ahhh!”
Jerit Adrianna Wafiyah.
“Hey..ini
abang la.” Adam Rayyan berbisik ditelinga isterinya. Dengan pantas dia membuka
matanya.
“Hisy,
abang ni tak reti bagi salam ke? Terkejut Wafi. Ingatkan pencuri tadi.”
“Abang
dah bagi salam. Sayang yang tak dengar. Kenapa tak pasang lampu kat ruang tamu
tu?” Pinggang Adrianna Wafiyah masih berada dalam pelukkannya.
“Wafi
lupa. Tadi masa balik Wafi terus ke dapur memasak. Takut tak sempat nak siap
masak kalau abang balik nanti.” Jawab Adrianna Wafiyah. Dia masih kekok dengan
kemesraan yang ditunjuk Adam Rayyan.
“Sayang
masak apa?” Adam Rayyan menongkat dagu dibahu Adrianna Wafiyah sambil memeluk
pinggang isterinya dari belakang.
“Adalah.
Abang pegi mandi dulu. Nanti dah siap Wafi panggil.” Adrianna Wafiyah cuba
melepaskan diri. Bukan dia tidak suka dengan kemesraan itu, tapi keadaan tubuh
yang berpeluh membuatkan dia tidak selesa dipeluk begitu oleh suaminya.
“Abang
nak tengok sayang masak aje. Abang janji tak kacau sayang.” Adam Rayyan masih
tidak mahu melepaskan pinggang isterinya.
“Macamana
Wafi nak masak kalau abang peluk Wafi macamni.”
“Masaklah.
Sayang masak guna tangan kan bukan guna pinggang.” Adam Rayyan masih degil.
Sejak dia menerima Adrianna Wafiyah dalam hatinya, bukan main manja lagi dia
dengan isterinya.
“Tak
boleh. Sekarang ni abang pegi mandi dulu. Abang dah sembahyang Asar ke belum
ni? Dah nak habis waktu dah.” Adrianna Wafiyah masih cuba meloloskan diri.
“Alamak!
Lupa la. Nasib baik sayang ingatkan.” Adam Rayyan menepuk dahinya. Memang dia
belum menunaikan solat Asar. Adam Rayyan melepaskan pinggang isterinya.
“Nanti
kita solat Maghrib sama ya. Abang pegi mandi dulu.”
Adrianna
Wafiyah hanya mengangguk. Dia terasa begitu bahagia dengan perubahan Adam
Rayyan. Adrianna Wafiyah kembali menumpukan perhatian pada masakannya. Nasib
baik tak hangus sayur tumis pucuk paku yang dimasaknya gara-gara melayan
kerenah suaminya. Tapi semua itu buatkan Adrianna Wafiyah merasa bahagia.
Semua
makanan dihidangkan atas meja. Tudung saji digunakan untuk menutup semua makanan
dari terdedah. Adrianna Wafiyah berlalu ke bilik tidur. Adam Rayyan kelihatan
sedang menantinya di atas sejadah yang dibentang.
“Sayang
dah siap masak ke?”
“Dah.
Wafi nak mandi kejap. Dah melekit badan ni.”
“Okay
abang tunggu. Nanti kita solat sama.”
“Eh,
tak apa. Abang solat dulu. Tak payah tunggu Wafi.” Adrianna Wafiyah serba salah
nak cakap yang dia sedang bendera merah. Rasa malu dengan suaminya masih
menebal.
“La,
kenapa pulak. Kan besar pahalanya kalau kita solat berjemaah.” Adam Rayyan
hairan dengan sikap isterinya.
“Err,
sebenarnya Wafi sedang ABC.” Jawabnya malu.
“ABC?,
apa tu?. Yang abang tahu ABC tu maknanya Air Batu Campur.” Adam Rayyan
bertambah bingung dengan jawapan isterinya. Pelik sangat jawapan isterinya.
Adrianna
Wafiyah tergelak kecil. Lucu melihat wajah suaminya yang keliru. “ ABC tu
maknanya Allah Bagi Cuti. Wafi period
la abang.”
“Oh,
cakaplah period. Tapi.. semalam
tu..?” Adam Rayyan membuka cerita semalam. Jangan kata semalam dia sentuh
isterinya dalam keadaaan Haram untuk disentuh.
Wajah
Adrianna Wafiyah sudah membahang kerana malu. Saja suaminya nak ingat
kehangatan semalam. “Err..hari ni first
day.” Jawab Adrianna Wafiyah dengan wajahnya merona merah.
“Oh,
sayang tak payah nak malu dengan abang. Kita kan suami isteri. Tak apalah abang
solat dulu. Sayang pegilah mandi.”
Adam Rayyan juga malu
kerana bertanyakan soalan bodoh itu. Masa kan isterinya akan membiarkan sahaja
ianya berlaku semalam kalau dia sedang datang bulan. Adam Rayyan tersenyum
sendiri. ‘Melepas malam ni.’ Gumam hatinya.
Adrianna Wafiyah
mencapai tuala dan terus berlalu ke bilik air. Adam Rayyan solat seorang diri
memandangkan isteri sedang “ABC”.
Usai Adam Rayyan
mengaminkan Doa, pintu bilik terkuak dari luar. Wajah isterinya muncul dengan
senyuman yang cukup menawan. ‘Aih, isteri aku ni, senyum macamtu bikin aku
tergoda saja. Nasib baik sedang period.
Kalau tak aku dah lama ‘ngap’ dah.’ Desis hatinya.
“Jom makan bang. Wafi
dah siap hidang dah.” Tegur Adrianna Wafiyah membuatkan Adam Rayyan tersedar
dari lamunan.
“Okay.” Adam Rayyan
melipat sejadah dan melangkah ke meja makan.
“Erm..sedapnya bau.
Mesti sedap ni.” Adam Rayyan mengambil bau masakan isterinya. Kecur liur
dibuatnya. Tanpa menunggu lama, dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung.
“Abang ni rasa pun
belum dah cakap sedap.”
“Isteri abang yang
masak, mestilah sedap.” Puji Adam Rayyan.
Adrianna Wafiyah
kembang hati mendengar pujian dari suaminya. Ini adalah kali kedua dia memasak
untuk suaminya. InShaAllah selepas ini akan menjadi rutinnya untuk menyediakan
semua keperluan suaminya. Tidak susah bagi seorang perempuan bergelar isteri
untuk mendapat Syurga Allah SWT.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja kamu suka." (HR Ahmad).
Malam itu Adam Rayyan
tambah nasi sampai 3 pinggan. Berselera sungguh dia menikmati masakan isterinya.
Adrianna Wafiyah bersyukur kerana suaminya suka dengan masakannya. Bak kata
orang tua-tua, air tangan isteri sangat berkat. Jadi rajin-rajinkan diri untuk
masak pada suami.
No comments:
Post a Comment