Monday, 18 August 2014

"Kenal Erti Cinta" - Bab 42

BAB 42

Wajah Adrianna Wafiyah basah kerana disimbah dengan air. Serta merta dia terus tersedar dari lenanya yang panjang. Dia memandang sekeliling. Suasana ditempat itu tidak ubah seperti mimpi yang pernah menghantuinya dulu. Adrianna Wafiyah menapar pipinya beberapa kali dengan harapan semua ini hanya mimpi semata-mata. Namun walaupun berkali-kali dia menampar pipinya sendiri keadaan tempat itu tetap sama. Adrianna Wafiyah mula menangis ketakutan.
            Seorang lelaki masuk ke dalam biliknya. Adrianna Wafiyah mula mengecilkan diri ketakutan. Bimbang jika lelaki itu akan membuat perkara tidak senonoh kepadanya. Adrianna Wafiyah cuba membuka tali yang mengikat tangannya tetapi tidak boleh. Lelaki itu semakin menghampirinya dengan wajah yang nakal. Dia cuba menyentuh Adrianna Wafiyah. Semakin lama semakin ligat tangannya merayap ke seluruh wajah Adrianna Wafiyah.
            “Tolong…tolong lepaskan saya.” Rayu Adrianna Wafiyah.
            “Hey!, aku suruh kau tengok perempuan ni dah bangun ke belum! Bukan suruh kau buat perkara bukan-bukan!” Marah perempuan itu yang berlagak seperti ketua kepada lelaki itu.
            Adrianna Wafiyah cuba mengamati wajah perempuan yang memakai topi itu. Alangkah terkejutnya Adrianna Wafiyah apabila mendapati perempuan itu adalah Nazirah. Dia semakin menggigil ketakutan. Adakah ajalnya sudah tiba. Adrianna Wafiyah mengharap suaminya akan dapat menyelamatkannya.
            “Haii Wafi.” Ucap Nazirah sambil bermain dengan pisau ditangannya,
            “Kau nak apa daripada aku.?” Tanya Adrianna Wafiyah dalam ketakutan.
            “Saja aku nak berkenalan dengan kau lebih dekat lagi.” Jawab Nazirah sambil mengacukan pisau itu dihadapan wajah Adrianna Wafiyah.”
            Adrianna Wafiyah cuba melarikan wajahnya dari mata pisau itu. Bimbang jika Nazirah mencederakan wajahnya.
            “Tolonglah Naz. Kasihanilah aku. Aku sedang mengandung.” Rayu Adrianna Wafiyah sambil menangis.
            “Shhhh…kenapa menangis. Aku bukan nak bunuh kau sekarang.” Kata Nazirah sambil ketawa.
            “Kenapa kau buat aku macamni. Apa salah aku pada kau?”
            “Shhhhh, diam!” Marah Nazirah.
            “kalau aku toreh wajah kau yang cantik ni, agak-agak lepas ni Ray masih sayangkan kau atau tak.” Kata Nazirah lagi sambil memainkan hujung pisau itu di wajah Adrianna Wafiyah.
            “Tolonglah aku Naz, jangan seksa aku macamni.”
            “Kenapa tak boleh? Selama ini aku terseksa dengan hubungan korang, ada korang kesiankan aku!!!ada!!” Tengking Nazirah.
            “kau rampas Ray dari aku!!. Dasar perempuan tak sedar diri!!
            Panggggg…!
            Nazirah menampar pipi Adrianna Wafiyah sekuat hatinya. Berdesing telinga Adrianna Wafiyah dengan tamparan itu. Cairan darah mula mengalir dicelah bibirnya. Adrianna Wafiyah mula menahan kesakitan.
            “Naz..tolong jangan buat aku macamni.” Rayu Adrianna Wafiyah lemah.
            “Sebelum ni kau bukan main sombong dengan aku!! Sekarang kenapa nak rayu-rayu!!” Tengking Nazirah lagi. Kemarahan mula menguasai dirinya.
            Nazirah memijak perut Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah mula mengerang kesakitan.
            “Ya Allah..” Adrianna Wafiyah menahan kesakitan. Dia cuba mempertahankan kandungannya.
            Nazirah ketawa dengan kuat bila melihat Adrianna Wafiyah mengerang kesakitan.
            “Mampus kau perempuan tak sedar diri!!!” Ketawa Nazirah sambil menarik rambut Adrianna Wafiyah.
            Nazirah mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendil nombor seseorang. Dia mahukan Adam Rayyan mendengar sendiri kesakitan yang ditanggung oleh Adrianna Wafiyah.
            “Hello Ray…” Ucap Nazirah dalam nada yang menggoda.
            “You nak apa lagi call I.?” Tanya Adam Rayyan dalam nada yang kasar.
            “Chill sayang..kenapa nak marah-marah ni. Kenapa you tengah risaukan wife kesayangan you ke..” Tanya Nazirah sambil ketawa.
            “Hey perempuan! Apa yang kau dah buat dengan wife aku!!” Tengking Adam Rayyan.
            “Tak ada apa. I cuma nak dia rasa apa yang I rasa.”
            “Abang……” Jerit Adrianna Wafiyah lemah.
            Adam Rayyan yang mendengarnya terasa terhenti denyutan jantung bila terdengar suara isterinya yang lemah.
            “Apa kau nak ha..!” Tanya Adam Rayyan.
            “I nak you…”
            “Look Naz, tolong jangan apa-apakan Wafi. I janji I akan turutkan semua kata-kata you.”
            “You ingat I bodoh ke!! You cuma nak perangkap I kan!!” Tengking Nazirah.
            “Abang..Wafi ada dekat Villa Naz bang..Tolong datang cepat!” Jerit Adrianna Wafiyah.
            “Heyy!!! aku kata diam!!diam!!” Tengking Nazirah.
            Nazirah menumpuk pipi Adrianna Wafiyah sekuat hatinya.
            “Aduhhh,”
            Adam Rayyan terdengar suara isterinya mengerang kesakitan. Tiba-tiba talian terus terputus.
            “Sayang..!” Laung Adam Rayyan. Namuan taliannya terus senyap. Dia cuba menghubungi semula nombor Nazirah tetapi gagal.
            “Kenapa Ray.?” Tanya Datuk Razlan cemas.
            “Pa, rupanya Nazirah yang culik Wafi.”
            “Ya Allah, tapi kenapa. Bukankah dia dah berubah.”
            “Entahlah pa. Tapi Naz masih berdendam dengan Ray bila Ray tolak cintanya.”
            “Ray dah tahu tempatnya.” Ucap Adam Rayyan.
            “Di mana?”
            “Wafi menjerit tadi dia sebut perkataan villa. Ray pasti villa yang dimaksudkan Wafi adalah villa milik keluarga Naz.”
            “Papa ikut kamu.”
            “Tak usah pa.”
            Adam Rayyan terus memandu dengan laju. Dia tahu lokasi villa itu kerana Nazirah pernah memberitahunya dahulu. Sampai sahaja di vila itu, Adam Rayyan terus masuk ke dalam.
            “Sayang..!!” Laung Adam Rayyan.
            Nazirah terus keluar bila mendengar suara Adam Rayyan.
            “Wow..cepatnya you sampai. So, bolehlah you lihat sendiri wife mati di depan you.” Kata Nazirah sambil mengacukan pistol di kepala Adrianna Wafiyah.
            “Tolong…jangan..” Rayu Adam Rayyan.
            “Kenapa baru sekarang you nak merayu dengan I!! Masa I merayu dengan you dulu, you langsung tak pedulikan perasaan I. Sebab apa!! Pasal betina ni kan!!”
            Nazirah melempang pipi Adrianna Wafiyah sekali lagi. Cairan yang mula kering kini berdarah kembali. Adrianna Wafiyah sudah tidak bermaya. Kesakitan yang teramat sangat membuatkan dia menjadi lemah.
            “Naz, tolong lepaskan Wafi. I janji I akan ikut apa saja kehendak you.” Pujuk Adam Rayyan.
            “Betul you akan ikut apa saja yang I suruh?” Tanya Nazirah dengan senyuman sinis.
            Adam Rayyan mengganggukkan kepala.
            “Kalau macamtu I nak you ceraikan betina ni dengan talak tiga.!”
            Adam Rayyan terkejut mendengar arahan Nazirah. Masa kan dia mahu menceraikan Adrianna Wafiyah.
            “Tolong Naz..jangan buat perkara bodoh ni. I tahu you seorang perempuan yang baik.” Pujuk Adam Rayyan.
            “I dah agak you takkan ikut cakap I. Sekarang you jadi saksi kematian isteri you!!!
            Nazirah mengacukan pistol di kepala Adrianna Wafiyah. Dia nekad mahu menamatkan riwayat Adrianna Wafiyah. Tiba-tiba kedengaran bunyi siren polis.
            “Sial you Ray!! You bawa polis ke sini!!”
            “Letakkan senjata kamu!” Arah polis
            “Nope! Aku akan pastikan betina ini mati!! Dan jantan di depan aku ni akan terseksa seumur hidupnya.” Nazirah ketawa dengan sekuat hatinya sambil menekan pistol itu ke kepala Adrianna Wafiyah.
            “Abang…..” Panggil Adrianna Wafiyah ketakutan.
Tiba-tiba bunyi satu das tembakan . Nazirah rebah di sisi Adrianna Wafiyah. Polis terpaksa melepaskan tembakan bila Nazirah melawan. Adam Rayyan segera mendapatkan isterinya. Adrianna Wafiyah sangat lemah ketika itu. Adam Rayyan melihat ada darah yang mengalir di celah kelangkang isterinya.
            Adam Rayyan menjadi cemas apabila Adrianna Wafiyah tiba-tiba tidak sedarkan diri. Dia menepuk pipi isterinya berkali-kali dengan harapan Adrianna Wafiyah akan sedar semula. Namun melihat tiada tindakbalas dari Adrianna Wafiyah maka dia terus mencempung isterinya dan dibawa ke hospital.
            Puan Sri Zainab terus menerpa dan memangku Nazirah. Dia meraung apabila melihat anaknya terkulai lemah.
            “Ya Allah Naz, kenapa buat mama macam ni. Hanya Naz seorang anak yang mama ada.” Puan Sri Zainab memeluk Nazirah yang semakin lemah akibat dari terkena tembakan.
            Tan Sri Husin memujuk isterinya. Dia juga sedih dengan kematian Nazirah. Rasa kesal kerana tidak pernah memberi perhatian kepada Nazirah sehinggakan anaknya telah melakukan perkara sebegini. Dia memeluk bahu Puan Sri Zainab. Mereka sama memeluk Nazirah buat kali terakhir.
             Akhirnya Nazirah telah meninggal dunia ditempat kejadian. Mereka tidak menyangka Nazirah sanggup melakukan semua ini hanya kerana dendam. Sangka mereka Nazirah benar-benar telah berubah. Puan Sri Zainab meraung apabila melihat polis membawa pergi jenazah Nazirah.
            Datuk Razlan yang datang membawa pihak polis ke tempat kejadian. Dia bimbangkan keselamatan Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah. Nasib baik pihak polis sampai tepat pada waktunya. Jika tidak entah apa yang akan terjadi kepada Adrianna Wafiyah. Namun begitu dia juga bersimpati pada Tan Sri Husin dan Puan Sri Zainab. Mereka telah kehilangan Nazirah buat selama-lamanya.


Adrianna Wafiyah dibawa ke unit kecemasan. Kecederaan yang dialaminya akan serius. Seluruh badan Adrianna Wafiyah lebam-lebam dan telah membengkak. Adam Rayyan yang melihat keadaan isterinya menangis hiba. Dia menanti isterinya diluar bilik kecemasan.
            Adam Rayyan menongkat kepalanya sambil memandang lantai. Dalam hati dia berdoa moga Adrainna Wafiyah dan anak di dalam kandungan selamat. Dia tidak sanggup kehilangan Adrianna Wafiyah. Kejadian yang menimpa Adrianna Wafiyah benar-benar telah menyedarkan Adam Rayyan bahawa dia tidak sanggup kehilangan Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah adalah segala-galanya bagi Adam Rayyan. Dia menyeka air mata yang mengalir laju ke pipinya.
            Dari jauh Datin Rohana, Datuk Razlan dan Alisya Umaira berjalan pantas ke arah Adam Rayyan. Selepas diberitahu Adrianna Wafiyah berada dihospital, Datin Rohana dan Alisya Umaira bergegas ke hospital. Mereka benar-benar risaukan Adrianna Wafiyah.
            “Ray, macam mana keadaan Wafi?” Tanya Datin Rohana risau.
            “Doktor masih merawat Wafi di dalam.” Jawab Adam Rayyan lemah.
            “Ray, macam mana semua ini boleh terjadi. Kenapa Naz lakukan ini semua.?” Tanya Datin Rohana.
            “Selama ini dia cuma pura-pura berubah mummy. Dia berdendam dengan Ray sebab Ray tolak cinta dia dan akhirnya Wafi yang jadi mangsa.” Terang Adam Rayyan sambil meraup rambutnya ke belakang.
            “Mummy tak sangka Naz sanggup lakukan semua ini. Mummy takkan maafkan dia!” Datin Rohana kecewa dengan sikap Nazirah.
            “Mummy, Kak Naz dah meninggal dunia. Tak baik kita terus marahkan orang yang dah tiada.” Pujuk Alisya Umaira.
            “Kalau apa-apa terjadi pada Wafi, Ray takkan maafkan diri Ray. Ray yang bersalah. Kalau semalam Ray tak tinggalkan dia sendirian dirumah, pasti semua ini tidak akan terjadi.” Adam Rayyan menekup wajahnya. Dia berasa ralat kerana meninggalkan Adrianna Wafiyah sendirian.
            “Sabarlah Ray, InShaAllah Wafi akan selamat. Sama-samalah kita berdoa.” Ujar Datuk Razlan sambil memeluk bahu anaknya.
            Mereka menanti dengan penuh sabar dan berharap semoga Adrianna Wafiyah dan anak di dalam kandungannya selamat.Hampir sejam lebih mereka menunggu Adrianna Wafiyah di luar bilik kecemasan dan akhirnya doktor yang merawat Adrianna Wafiyah keluar dari bilik kecemasan. Adam Rayyan terus menerpa doktor itu.
            “Doktor macam mana keadaan isteri saya?” Tanya Adam Rayyan dengan wajah cemas.
            “Keadaan isteri encik masih lemah. Dia kehilangan banyak darah.” Terang doktor itu.
            “anak di dalam kandungan isteri saya doktor?” Tanya Adam Rayyan lagi.
            “Maafkan saya. Kandungan isteri encik tak dapat diselamatkan.” Jawab doktor itu sambil menepuk bahu Adam Rayyan.
            Adam Rayyan terus terduduk apabila mendengar jawapan daripada doktor itu. Dia menekup mukanya sambil menangis. Dia telah kehilangan anak yang ditungu-tunggu kelahirannya. Datin Rohana dan Alisya Umaira turut bersedih dengan berita itu.
            Mereka terus melawat Adrianna Wafiyah setelah dia dipindahkan ke wad. Pilu hati mereka melihat keadaan Adrianna Wafiyah yang masih lemah. Adam Rayyan mengucup lembut dahi isterinya. Dia tidak dapat menahan rasa sedih di atas kejadian yang menimpa isterinya.
            “Sabarlah Ray. Setiap yang berlaku pasti ada hikmaknya.” Kata Datuk Razlan.
            “Anak Ray dah tak ada pa. Apa yang Ray nak cakap pada Wafi bila dia sedar nanti pa…”
            “Ray, kamu kena kuat di hadapan Wafi. Dia akan lebih tertekan kalau kamu teruk bersedih begini.” Nasihat Datuk Razlan.
            “Ray akan cuba pa. Terima Kasih.”
            “Papa balik dulu. Kalau Wafi dah sedar nanti bagitahu kami.”
            “Baik pa.”
            “Mummy balik dulu sayang.” Ucap Datin Rohana sambil mencium dahi Adrianna Wafiyah.
            Alisya Umaira memapah Datin Rohana berjalan keluar dari bilik wad. Dia turut bersedih. Reza yang berada bersama ketika itu mengikuti langkah tunangnya keluar. Dia telah memaklumkan perkara yang berlaku kepada Sofea di Sabah.
            Pasti Sofea sekarang dalam kapal terbang untuk pulang ke semenanjung. Selepas dimaklumkan tentang berita yang menimpa Adrianna Wafiyah, Sofea terus bergegas ke Lapangan Terbang. Dia risau dengan keadaan Adrianna Wafiyah.
            “Abang….Wafi takut…Tolong..” Adrianna Wafiyah meracau tiba-tiba.
            “Sayang..”Adam Rayyan terus mendapatkan isterinya bila dia melihat Adrianna Wafiyah telah sedar.
            “Pergi..pergi!!!!” Tiba-tiba Adrianna Wafiyah menjerit ketakutan.
            “Sayang..ini abang la..Buka mata sayang..” Pujuk Adam Rayyan.
            Adrianna Wafiyah yang tersedar dari mimpi ngeri yang menimpanya terus memeluk Adam Rayyan.
            “Wafi takut bang..dia nak bunuh Wafi..” Adrianna Wafiyah menangis teresak-esak.
            “Shhh, semuanya dah selamat. Nazirah tak kan ganggu sayang lagi.”Adam Rayyan memeluk Adrianna Wafiyah dengan erat dan mengusap perlahan belakang isterinya.
            “Anak kita bang?”Adrianna Wafiyah tiba-tiba bertanyakan tentang kandungannya.
            “Anak kita..” Adam Rayyan menarik nafas perlahan. Dia tidak tahu bagaimana memaklumkan kepada Adrianna Wafiyah.
            “Anak kita macam mana bang.Dia selamatkan.?” Tanya Adrianna Wafiyah.
            Adrianna Wafiyah memegang perutnya yang telah kempis. Dia mula tidak tentu arah. Dia meraba-raba perutnya berkali-kali.
            “Bang kenapa perut Wafi kempis..Mana anak kita..?” Adrianna Wafiyah telah meraung.
            “Sabar sayang..sabar..” Adam Rayyan memeluk Adrianna Wafiyah yang telah meronta-ronta.
            “Wafi nak anak Wafi. Tolonglah bang..” Adrianna Wafiyah meronta-ronta di dalam pelukkan Adam Rayyan.
            Jururawat terpaksa memberi ubat tidur kepada Adrianna Wafiyah bila melihat dia tidak terkawal. Lama-kelamaan rontaan Adrianna Wafiyah semakin lemah.
            “Wafi nak anak Wafi….”Ucap Adrianna Wafiyah lemah.
            “abang…Wafi nak…” Adrianna Wafiyah terus tertidur setelah ubat tidur itu masuk ke tubuhnya.
            Adam Rayyan memicit kepalanya yang sakit. Entah bagaimana mahu memujuk Adrianna Wafiyah. Adam Rayyan menyandarkan kepalanya ke sofa yang terdapat di dalam bilik itu. ‘Ya Allah, kuatkanlah semangat isteriku.’ Doa Adam Rayyan di dalam hati.
            “Assalamualaikum.” Ucap Sofea sambil menguak pintu bilik wad itu.
            Adam Rayyan terus mendongak memandang  ke arah pintu bilik itu. Dia mbil melihat Sofea datang.
            “Ray, macam mana dengan keadaan Wafi?” Tanya Sofea sambil melabuhkan punggung di sebelah Adrianna Wafiyah.
            “Dia stabil. Cuma dia masih tak boleh terima tentang keguguran kandungannya.”
            “Ya Allah, kesian Wafi.” Terbit rasa sedih di hati Sofea dengan nasib yang menimpa sahabatnya itu.
            “Doktor terpak beri ubat tidur supaya dia bertenang. Kalau tak dia asyik meronta mahukan anaknya.” Cerita Adam Rayyan lemah.
            “Ray, awak kena kuat. Wafi perlukan sokongan awak sekarang ni. Kalau awak pun bersedih sama, akan sukar untuk Wafi terima semua ini.” Nasihat Sofea. Dia turur bersimpati dengan Adam Rayyan.
            “Terima kasih Fea.”
            “Saya terpaksa balik dulu. Tunang saya dah tunggu di luar.” Sofea bangun sambil mengusap kepala Adrianna Wafiyah.
            Adam Rayyan hanya menggangguk lemah. Dia harus kuat. Dia harus menyalurkan semangat untuk isterinya. Dia tidak boleh lemah dihadapan Adrianna Wafiyah. Adam Rayyan berjanji dengan dirinya.
            Malam itu Adam Rayyan tidur di sofa menemani Adrianna Wafiyah yang masih tidur akibat dari kesan ubat tidur yang diberikan oleh doktor. Badannya juga terasa letih. Sejak peristiwa itu Adam Rayyan sentiasa berada di sisi isterinya. Dia tidak mahu meninggalkan isterinya. Walaupun Datin Rohana menyuarakan hasrat hati untuk bergilir menjaga Adrianna Wafiyah di hospital namun Adam Rayyan tidak sampai hati meninggalkan isterinya. Dia mahu menjaga Adrianna Wafiyah hingga isterinya sembuh.



Hari ini Adrianna Wafiyah telah dibenarkan pulang ke rumah. Sejak peristiwa itu Adrianna Wafiyah menjadi pendiam. Dia masih sukar menerima kenyataan bahawa kandungannya telah tiada. Anak yang dinanti-nantikan telah tiada di dalam rahimnya.
            Dia hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Dia perlukan waktu untuk menerima kenyataan ini. Nasib baik Adam Rayyan memahami dirinya dan banyak memberi sokongan kepadanya. Adrianna Wafiyah berdiri di balkoni bilik sambil melihat mertua dan adik iparnya sedang berbual di taman. Dia bersyukur punya keluarga yang begitu menyayangi dirinya.
            “Sayang…buat apa kat luar tu?” Tanya Adam Rayyan sambil berjalan ke arah balkoni.
            “Wafi rindukan anak dalam kandungan Wafi..” Ujar Adrianna Wafiyah sambil menyentuh perutnya.
            “Sayang..kita perlu terima kenyataan. Setiap perkara yang perlu pasti aka nada hikmahnya.” Nasihat Adam Rayyan sambil memeluk pinggang isterinya dari belakang.
            “Terima kasih abang..terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan semangat pada Wafi.” Balas Adrianna Wafiyah sambil menyembamkan wajah ke dada bidang suaminya.
            “Abang harap selepas ini kita akan hidup seperti dulu. Abang mahukan Adrianna Wafiyah yang bersemangat dan sentiasa ceria.” Ucap Adam Rayyan sambil mengeratkan lagi pelukkannya.
            “Abang, boleh Wafi minta sesuatu.”
            “Cakaplah sayang. Apa dia?”
            “Wafi nak balik ziarah kubur arwah ibu.”
            “Boleh sayang. Abang akan bawa sayang balik sana.”
            Adrianna Wafiyah tersenyum dengan jawapan suaminya. Mulai hari itu dia berjanji akan menerima kenyataan itu dengan redha. Dia harus meneruskan kehidupan. Setiap perkara yang telah berlaku dalam hidupnya telah ditentukan oleh Allah SWT.


Adrianna Wafiyah berdoa di hadapan kubur arwah ibunya. Telah lama dia tidak menziarahi kubur arwah ibunya. Hari ini dia datang dengan semangat yang baru. Adrianna Wafiyah memandang wajah suaminya dengan senyuman. Adam Rayyan yang berada di sebelah Adrianna Wafiyah membalas senyuman itu. Senyuman itulah yang Adam Rayyan rindukan.
            Mereka singgah sebentar di rumah arwah Puan Asmah. Rumah itu agak berhabuk kerana tiada sesiapa yang menjaganya. Sejak arwah Puan Asmah tiada, tok Leman telah berpindah ke rumah maklong. Maklong tidak sampai hati membiarkan Tok Leman sendirian di kampung itu.
            Adrianna Wafiyah melangkah masuk ke dalam bilik Puan Asmah. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Tangannya meraba-raba permuakaan tilam itu. Masih terasa kehangatan ibunya. Adrianna Wafiyah bangun dan melangkah ke arah almari usang yang terdapat di dalam bilik itu.
            Dia menarik perlahan laci almari itu dan mengeluarkan album lama ibunya. Album itu sedikit berhabuk dan Adrianna Wafiyah menyapunya dengan tangan. Satu persatu gambar-gambar ibunya dilihat. Hatinya menjadi hiba. Dia terlalu rindukan Puan Asmah. Air mata yang mengalir tatkala melihat gambar-gambar kenangan bersama ibunya diseka perlahan. Tiba-tida dia terdengar laungan Adam Rayyan dari luar.
            “Sayang, jom kita balik.” Ajak Adam Rayyan
            “Okay abang, sekejap ya.” Laung Adrianna Wafiyah dari dalam bilik arwah ibunya.
            Adrianna Wafiyah menyimpan semula gambar-gambar kenangan bersama arwah ibunya ke dalam almari. Dia melangkah ke ruang tamu. Adam Rayyan yang berada di situ tersenyum memandang Adrianna Wafiyah yang semakin pulih dari traumanya.
            Setelah itu Adrianna Wafiyah mengunci pintu rumah arwah ibunya. Entah bila dia akan ke sini lagi. Adrianna Wafiyah berjalan menuju ke kereta. Adam Rayyan telah menantinya dengan senyuman. Mereka terus pulang ke Kuala Lumpur.
            Sepanjang perjalanan pulang, Adrianna Wafiyah lebih banyak mendiamkan diri. Dia masih terkenangkan arwah Puan Asmah. Terlalu banyak kenangan manis bersama ibunya. Adrianna Wafiyah mengeluh perlahan.

            Adam Rayyan terus membawa jari-jemari Adrianna Wafiyah ke bibirnya. Lama dikucup jari-jemari itu sebelum dia menggenggamnya sepanjang perjalanan. Dia mahu Adrianna Wafiyah tahu bahawa dia akan sentiasa berada di sisi isterinya itu.

Tuesday, 22 July 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 41

BAB 41



Awal-awal pagi lagi Alisya Umaira telah siap dan sedang menanti kedua-dua orang tuanya untuk bersarapan. Hari ini dia dan Reza telah berjanji untuk mengambil cuti bagi mempersiapkan majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Jangka masa yang singkat membuatkan Alisya Umaira terkejar-kejar ke sana ke mari demi memastikan majlisnya nanti berjalan lancar.
            Datin Rohana dan Datuk Razlan sedang menuruni anak tangga ketika Alisya Umaira sedang menyiapkan meja makan. Sejak mahu mendirikan rumah tangga, Alisya Umaira sudah rajin ke dapur. Hari ini dia pula yang menyediakan sarapan. Itupun masih lagi memerlukan khidmat pertolongan dari mak Limah.
            “Amboi, rajinnya anak perempuan mummy ni.?” Puji Datin Rohana.
            “Mestilah kena rajin Ana. Lepas ni dah nak jadi isteri orang. Kenalah belajar memasak.” Tambah Datuk Razlan pula.
            “Mummy, papa..hari ni Lisya yang masak tau. Jomlah makan.” Ajak Alisya Umaira.
            Datin Rohana dan Datuk Razlan menarik kerusi untuk duduk. Mereka tidak sabar mahu merasa masakan pertama anak perempuan mereka. Tidak pernah Alisya Umaira memegang sudip sebelum ini. Alisya Umaira menceduk mee goreng ke dalam pinggan Datin Rohana dan Datuk Razlan.
            “Macam mana?. Sedap tak?” Tanya Alisya Umaira.
            “Boleh tahan rasanya. Pandai anak mummy masak.” Puji Datin Rohana.
            “Tapi mak Limah yang bagi tahu bahan-bahannya. Lisya tinggal masukkan ke dalam kuali. He..he..he..” Ujar Alisya Umaira sambil tersengih.
            “Ni, kamu tak kerja ke hari ni?” Tanya Datuk Razlan.
            “Tak..hari Lisya nak pergi cari barang hantaran dengan Reza. Lepas tu nak pergi butik pengantin pula. Nak fitting baju.”
            “Baguslah tu. Majlis kamu pun tak lama lagi. Pasal pelamin semua biar mummy yang uruskan.”
            “Thank you mummy.” Ucap Alisya Umaira dalam nada manja.
                        Titt..titt.. Bunyi SMS yang masuk dari telefon bimbit milik Alisya Umaira.
            Alisya Umaira membaca SMS itu seketika. Dia terus bangun dan mencapai beg tangannya.
            “Mummy, papa Lisya perlu ya. Reza dah sampai kat luar tu.” Ujar Alisya Umaira sambil bersalaman dengan Datin Rohana dan Datuk Razlan.
            “La,suruhlah Reza masuk dulu. Tak nak ke bagi bakal suami kamu rasa mee goreng kamu ni.” Usik Datuk Razlan.
            “Tak payahlah papa. Malulah Lisya kalau Reza tahu yang Lisya baru nak belajar memasak. Okaylah Lisya pergi dulu.”
            “Bertuah betul anak perempuan awak ni. Tak dipelawanya tunang dia masuk.”
            “Biarlah bang. Mereka dah lambat agaknya tu.” Bela Datin Rohana.
            “Hmm, saya ke pejabat dululah.” Datuk Razlan bangun dan diikuti oleh Datin Rohana untuk menghantar suaminya di muka pintu utama.

Reza hanya mengenakan seluar jeans dan t’shirt berkolar.  Dia tampak ringkas dan bergaya dalam pakaian kasual seperti ini. Dia memandu kereta berhati-hati. Maklumlah dia dan Alisya Umaira berdarah manis. Bakal pengantin baru.
            “Lisya sayang, kita nak pergi mana dulu ni?” Tanya Reza sambil memandang sekilas ke arah tunangnya itu.
            “Lisya rasa, kita pergi beli barang hantaran dululah. Lepas tu baru kita pergi fitting baju.”
            “Tapi Shopping Mall mana yang buka pagi-pagi begini?” Soal Reza.
            “Iya tak ya juga kan. Kenapa abang tak tanya soalan ni semalam masa call Lisya. Kalau tak, tak perlulah kita keluar awal begini. Lisya langsung tak ingat. Semua Shopping Mall kat KL ni buka pukul 11 pagi.”
            “Abang pula disalahkan. Manalah abang tahu apa plan Lisya. Abang ikutkan aja bila Lisya suruh ambil pukul 8 pagi.”
            “Iyalah Lisya yang salah. Dah biasa pergi pejabat pukul 8 pagi sampai terbawa-bawa perangai tu walaupun tengah bercuti ni.”
            “Dahlah tak payah nak pening-pening kepala. Kita pergi sarapan dululah. Lagipun abang belum makan lagi ni.”
            “Ikut abanglah.”
            Reza meneruskan perjalanan ke Pusat Bandar. Mereka memilih untuk bersarapan di Restoran Pelita yang berletak bersebelahan dengan KLCC. Reza memakirkan kereta dihadapan restoran itu. Alisya Umaira hanya membuntuti langkah Reza ke restoran itu.
            Pagi-pagi begini restoran itu dipenuhi dengan warga kota yang mahu bersarapan sebelum memulakan kerja di pejabat-pejabat yang berhampiran. Alisya Umaira memesan roti canai dan segelas air milo panas. Berbeza sekali dengan selera Reza yang telah memesan nasi kandar. Terkejut Alisya Umaira kerana Reza memesan nasi kandar awal pagi begini. Reza yang perasaan reaksi tunangnya terus menjawab.
            “Abang lapar. Semalam tak sempat makan. Balik dari pejabat terus tidur.”
            “Lisya tak kata apa pun. Makanlah apa yang abang nak makan.”
            “Elleh..macamlah abang tak tengok wajah Lisya yang terkejut bila abang minta kat mamak tu nasi kandar.” Ujar Reza sambil menciut hidung tunangnya.
            “Terkejut sikitlah. Nasi goreng boleh terima lagi. Ini terus nasi kandar. He..he..he.. Tapi tak mengapa, Lisya faham abang lapar kan..” Jawab Lisya sambil ketawa nakal.
            “Suka sangat sakat abang kan. Dah jadi isteri abang nanti, buatlah nakal-nakal begini..memang tak turunlah Lisya dari katil.”
            “Amboi, gurau kasar ni. Control sikit bang.” Balas Alisya Umaira dengan wajah yang kemerahan kerana malu dengan kata Reza sebentar tadi.
            Reza ketawa dengan reaksi wajah Alisya Umaira. Dia tahu pasti Alisya Umaira malu dengan kata-katanya sebentar. Sengaja dia mahu mengusik tunangnya itu. Wajah Alisya Umaira tertambah comel di mata Reza bila melihat tunangnya itu malu-malu.
            “Kenapa abang pandang-pandang Lisya?. Suka buat Lisya malukan.” Tanya Alisya Umaira sambil mencubit pipi tunangnya itu.
            “Suka tengok wajah Lisya bila malu. Nampak cute sangat.”
            “Hish..dah la. Makan cepat. Tadi kata lapar.”
            “Cepat-cepat pun nak ke mana. KLCC tu bukan buka lagi pun.” Jawab Reza sambil menguapkan nasi ke mulutnya.
            Akhirnya Alisya Umaira kehabisan modal mahu membalas kata-kata Reza.  Dia hanya menikmati roti canainya. Makin dia membalas kata-kata Reza, semakin giat tunangnya itu menyata dirinya. Oleh itu lebih baik dia makan diam-diam daripada menjadi bahan usikan tunangnya itu.
            Selepas habis makan, mereka berjalan-jalan di sekitar taman KLCC sambil menunggu pukul 11 pagi. Sambil berbual-bual kosong, mereka melihat gelagat-gelagat pengunjung yang bersenam di sekitar taman KLCC ini.
            Melihat jam hampir pukul 11 pagi, mereka berjalan memasuki dalam KLCC. Dari satu butik ke satu butik yang lain mereka masuk untuk membeli barang-barang hantaran. Nasib baik segala barang-barang yang mereka mahukan semunya ada di KLCC. Setelah semua barang telah dibeli, mereka bergerak pulang kerana selepas itu mereka mahu pergi ke butik pengantin untuk mencuba pakaian pengantin yang telah direka khas oleh pereka fesyen terkemuka di Kuala Lumpur.


Adrianna Wafiyah menemani suaminya sarapan pagi dirumah mereka. Adrianna Wafiyah hanya menyediakan roti bakar untuk suaminya kerana Adam Rayyan tidak mahu dia bersusah payah untuk memasak. Adam Rayyan hanya mahu dia rehat secukupnya.
            “Betul ke malam ni sayang tak nak ikut?” Tanya Adam Rayyan sekali lagi.
            “Malaslah, Wafi tak biasalah nak bergaul dengan orang-orang kaya ni.” Jawab Reza.
            Malam ini Adam Rayyan mendapat jemputan untuk menghadiri majlis makan malam amal yang dibuat oleh sebuah syarikat kenalannya. Adrianna Wafiyah enggan turut serta memandangkan majlis itu akan dihadiri oleh orang-orang kenamaan. Dia agak kekok mahu bergaul dengan orang-orang kaya. Lagi pula dalam keadaan mengandung seperti ini dia tiada hati mahu mengikut suaminya. Nasib baik Adam Rayyan faham keadaannya.
            “Tapi abang risau pula nak tinggalkan sayang seorang-seorang dirumah.”
            “Ala, Wafi belum nak bersalin lagi. Masih lambat lagi.”
            “Bukan itu yang abang risaukan. Abang risau kalau-kalau ada pencuri ke. Kalau dia apa-apakan sayang nanti macam mana.” Adam Rayyan mula berfikir yang bukan-bukan.
            “Abang ni saja nak takutkan Wafi pula.”
            “Hmm, betul ni sayang tak nak ikut?, Jomlah bukan lama pun. Abang janji kita balik awal nanti.” Adam Rayyan cuba memujuk isterinya sekali lagi.”
            “Tak mengapalah. Wafi malaslah nak pergi. InShaAllah tak kan ada apa-apa yang berlaku. Abang jangan nak lemahkan semangat Wafi pula.”
            “Kalau macam tu dari pejabat nanti abang akan terus pergi. Kalau ada apa-apa cepat-cepat call abang.”
            “Okay.” Adrianna Wafiyah bersalaman dengan suaminya sambil menghantar suaminya hingga ke pintu utama.
            Adam Rayyan mengucup dahi dan pipi isterinya. Terasa berat hati mahu pergi pejabat hari ini. Hatinya tidak enak. Namun dia tidak menyuarakan pada Adrianna Wafiyah. Bimbang jika isterinya takut pula nanti.
            Adrianna Wafiyah mengemas meja makan dan berlalu ke bilik tidur. Dia mengutip semua pakaian-pakaian kotor dan dibawa ke mesin basuh untuk dicuci. Jika Adam Rayyan ada dirumah pasti dia akan melarang Adrianna Wafiyah membuat semua kerja ini. Namun begitu entah kenapa Adrianna Wafiyah terasa mahu melakukan semua kerja rumah pada hari ini.
            Perutnya mula berkeroncong. Dia melihat jam yang tergantung di dinding. Sekarang telah menunjukkan pukul 2 petang. Dia begitu leka mengemas rumah sehingga tidak perasan hari dah  semakin petang. ‘Patut aku rasa lapar. Rupanya dah petang.’ Kata hati Adrianna Wafiyah.
            Dia membuka peti sejuk untuk melihat apa yang boleh dimasak untuk dia mengisi perut yang lapar. Melihat sayur-sayur yang terdapat dia dalam peti sejuk itu maka Adrianna Wafiyah berkira-kira mahu membuat sup sayur sahaja. Dia mengeluarkan sayur-sayur yang ada. Baru sahaja dia mahu membasuh sayur-sayur itu, tiba-tiba dia terdengar pintu rumah diketuk. ‘Siapa pula yang datang.’ Detik hatinya. Adrianna Wafiyah terus bergegas ke pintu utama untuk melihat siapa yang datang.
            “Encik cari siapa?” Tanya Adrianna Wafiyah pelik melihat seorang lelaki berpakaian pejabat berdiri dihadapan pintu grill rumahnya.
            “Saya Rahim puan. Encik Rayyan minta saya bawakan makanan untuk puan.” Jelas lelaki itu.
            “Encik Rayyan tak ada pula pesan apa-apa kepada saya.”
            “Encik Rayyan ada mesyuarat puan. Dia tak sempat nak hubungi puan. Jadi dia minta saya yang hantar kepada puan.”
            “Oh, sekejap ya saya ambil kunci.”
            Pintu grill dibuka dan Adrianna Wafiyah mengambil bungkusan dari lelaki yang mmperkenalkan diri sebagai pekerja suaminya. Tanpa berfikir yang bukan-bukan, Adrianna Wafiyah hanya membiarkan pintu itu terbuka sementara dia meletakkan makanan itu di atas meja.
            “Cantik rumah puan.” Puji lelaki itu.
            Adrianna Wafiyah yang merasa suara itu begitu dekat ditelinganya terus berpusing. Dia agak terkejut melihat lelaki itu telah masuk ke dalam rumah.
            “Err, kalau tak ada apa-apa saya rasa baik awak balik dulu. Nanti Encik Rayyan marahkan awak pula.”
            “Dia tak kan marahkan saya sebab…saya bukan pekerjanya.” Jawab lelaki itu sambil menghampiri Adrianna Wafiyah.”
            “Jadi awak ni siapa?” Adrianna Wafiyah mula menjauhi lelaki itu yang semakin hampir dengannya.
            “Siapa saya itu tak penting. Apa yang penting sekarang ini…” Lelaki itu mula memandang Adrianna Wafiyah dengan wajah yang nakal. Dia mengusap perlahan lengan Adrianna Wafiyah yang terdedah itu.
            Adrianna Wafiyah terasa mahu menjerit. Tetapi suaranya seakan tersekat. Dia mula menggigil ketakutan. Saat ini apa yang dia harapkan adalah suaminya pulang ke rumah untuk membantunya.
            Lelaki itu menekup mulut Adrianna Wafiyah. Hanya seketika sahaja, Adrianna Wafiyah terasa rumahnya berpusing-pusing dan lama-kelamaan dia terus pengsan. Dengan pantas lelaki itu mengendong Adrianna Wafiyah keluar dari rumah itu. Dia keluar berhati-hati agar tiada siapa yang curiga dengannya.


Beberapa kali Adam Rayyan cuba menghubungi isterinya, namun panggilannya tidak berjawab. Dia mula hairan kerana Adrianna Wafiyah tidak pernah tidak menjawab panggilan darinya. Adam Rayyan mula tidak sedap hati. Dia segera mencapai kunci kereta dan pulang ke rumah.
            Sampai sahaja dirumah Adam Rayya mendapati pintu rumahnya tidak berkunci. Dadanya mula berdebar-debar.
            “Sayang…” Panggil Adam Rayyan. Namun tiada sahutan dari Adrianna Wafiyah.
            “Sayang….” Sekali lagi Adam Rayyan memanggil isterinya.
            Adam Rayyan memandang keadaad rumahnya. Masih tersusun rapi. Tiada tanda-tanda seperti rumah dipecah masuk. Dia melihat di atas meja terdapat satu bungkusan seperti makanan yang belum terusik.
            Adam Rayyan melangkah ke dalam bilik tidur untuk mebcari isterinya. Namun kelibat isterinya tidak kelihatan. Dia terus bergegas ke pondok penjaga untuk bertanyakan kepada penjaga bertugas jika ternampak isterinya keluar rumah.
            “Kamu ada Nampak isteri saya?” Tanya Adam Rayyan kepada penjaga itu.
            “Tadi ada seorang lelaki datang sini. Dia mengaku sebagai pekerja Encik Rayyan. Katanya dia mahu menghantar makanan yang dikirimkan oleh encik.” Jawab penjaga itu.
            “Saya cuba hubungi puan Adrianna namun tiada siapa yang jawab. Jadi saya benarkan lelaki naik ke atas kerana dia beritahu dia tidak boleh lama di sini.” Terang penjaga itu lagi.
            “Saya tak ada suruh staf saya datang sini.” Adam Rayyan mula risau.
            “lainkali kamu jangan benarkan sesiapa naik ke atas kalau kamu tak dapat kebenaran dari tuan rumah.” Pesan Adam Rayyan.
            “Sekarang ini isteri saya tiada dirumah. Saya nak tengok CCTV.” Arah Adam Rayyan.
            “Tapi Encik Rayyan, saya perlu dapatkan kebenaran dari pihak pengurusan untuk benarkan Encik Rayyan tengok CCTV.”
            “Hey! Sekarang ni wife saya dah hilang. Kamu masih nak kata macamtu.!. Saya tak kira, saya nak kamu tunjukkan sekarang.! Sebelum saya ambil apa-apa tindakan!” Adam Rayyan mula hilang sabar.
            “Baik Encik Rayyan.” Penjaga itu membuka CCTV pada masa lelaki itu sampai.
            Adam Rayyan meneliti wajah lelaki itu. Dia langsung tidak mengenali siapa lelaki itu. Apa tujuan lelaki itu datang ke rumahnya. Dan kemana hilangnya Adrianna Wafiyah. Hati Adam Rayyan mula tertanya-tanya.
            “Kamu ada nampak lelaki itu keluar semula.?” Tanya Adam Rayyan kepada penjaga itu.
            “Tidak sampai setengah jam lelaki itu keluar semula. Tetapi saya tidak nampak Puan Adrianna ada bersamanya di dalam kereta itu.” Jelas penjaga itu.
            “Tolong tunjukkan rakaman di bahagian parking.”
            Penjaga itu memainkan semula rakaman CCTV mengikut masa lelaki itu sampai. Adam Rayyan meneliti rakaman itu.
            “Stop..stop..” Arah Adam Rayyan kepada penjaga itu. Dia dapat melihat dengan jelas lelaki itu mengendong isterinya ke dalam kereta.
            “Macam mana kamu boleh tak perasan ada orang dah bawa lari isteri saya!”
            “Maafkan saya Encik Rayyan. Tadi saya tertidur,” Penjaga itu mengaku salahnya.
            Adam Rayya mengetap bibir. Tiada guna dia ters memarahi penjaga itu. Dia harus segera mencari isterinya. Entah ke mana mahu mencari Adrianna Wafiyah. Dia langsung tiada pentunjuk. Adam Rayya segera menghubungi Datuk Razlan.
            “Pa, Wafi kena culik pa..Apa Ray nak buat ni..?” Ujar Adam Rayyan sambil menangis.
            “Apa kamu merepek ni Ray. Jangan main-main dengan papa.” Marah Datuk Razlan.
            “Buat apa Ray nak tipu. Pa sekarang ni Ray on the way ke balai polis.”
            “Ya Allah, siapa pula yang berdendam dengan Wafi ni. Apa niat dia Ray.” Datuk Razlan mula risau dengan menantunya.
            “kamu tunggu di balai polis sekejap lagi papa sampai.”
            Datuk Razlan terus meletakkan telefon.  Dia mahu bergegas ke balai polis.
            “Kenapa ni bang? Kenapa dengan Wafi?” Tanya Dtain Rohana cemas. Alisya Umaira yang berada bersama turut cemas bila melihat papanya kelam kabut.
            “Wafi…wafi kena culik.”
            “Hah! Kena culik?” Tanya Datin Rohana dan Alisya Umaira serentak.
            “Ya Allah, jangan jadi apa-apa pada menantu aku. Selamatkanlah dia Ya Allah.” Ucap Datin Rohana sambil meraung.
            “Pa, Lisya nak ikut papa.” Kata Alisya Umaira.
            “Tak Payahlah. Kamu teman mummy dirumah. Nanti apa-apa papa bagitahu.”
            “Baiklah pa.”

            Datuk Razlan terus keluar bersama Pak Hamid. Dia mahu ke balai polis bersama Adam Rayyan. Sepanjang perjalanan dia tak henti-hentikan mendoakan keselamatan menantu dan cucu di dalam kandungan menantunya.