Tuesday, 22 July 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 41

BAB 41



Awal-awal pagi lagi Alisya Umaira telah siap dan sedang menanti kedua-dua orang tuanya untuk bersarapan. Hari ini dia dan Reza telah berjanji untuk mengambil cuti bagi mempersiapkan majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Jangka masa yang singkat membuatkan Alisya Umaira terkejar-kejar ke sana ke mari demi memastikan majlisnya nanti berjalan lancar.
            Datin Rohana dan Datuk Razlan sedang menuruni anak tangga ketika Alisya Umaira sedang menyiapkan meja makan. Sejak mahu mendirikan rumah tangga, Alisya Umaira sudah rajin ke dapur. Hari ini dia pula yang menyediakan sarapan. Itupun masih lagi memerlukan khidmat pertolongan dari mak Limah.
            “Amboi, rajinnya anak perempuan mummy ni.?” Puji Datin Rohana.
            “Mestilah kena rajin Ana. Lepas ni dah nak jadi isteri orang. Kenalah belajar memasak.” Tambah Datuk Razlan pula.
            “Mummy, papa..hari ni Lisya yang masak tau. Jomlah makan.” Ajak Alisya Umaira.
            Datin Rohana dan Datuk Razlan menarik kerusi untuk duduk. Mereka tidak sabar mahu merasa masakan pertama anak perempuan mereka. Tidak pernah Alisya Umaira memegang sudip sebelum ini. Alisya Umaira menceduk mee goreng ke dalam pinggan Datin Rohana dan Datuk Razlan.
            “Macam mana?. Sedap tak?” Tanya Alisya Umaira.
            “Boleh tahan rasanya. Pandai anak mummy masak.” Puji Datin Rohana.
            “Tapi mak Limah yang bagi tahu bahan-bahannya. Lisya tinggal masukkan ke dalam kuali. He..he..he..” Ujar Alisya Umaira sambil tersengih.
            “Ni, kamu tak kerja ke hari ni?” Tanya Datuk Razlan.
            “Tak..hari Lisya nak pergi cari barang hantaran dengan Reza. Lepas tu nak pergi butik pengantin pula. Nak fitting baju.”
            “Baguslah tu. Majlis kamu pun tak lama lagi. Pasal pelamin semua biar mummy yang uruskan.”
            “Thank you mummy.” Ucap Alisya Umaira dalam nada manja.
                        Titt..titt.. Bunyi SMS yang masuk dari telefon bimbit milik Alisya Umaira.
            Alisya Umaira membaca SMS itu seketika. Dia terus bangun dan mencapai beg tangannya.
            “Mummy, papa Lisya perlu ya. Reza dah sampai kat luar tu.” Ujar Alisya Umaira sambil bersalaman dengan Datin Rohana dan Datuk Razlan.
            “La,suruhlah Reza masuk dulu. Tak nak ke bagi bakal suami kamu rasa mee goreng kamu ni.” Usik Datuk Razlan.
            “Tak payahlah papa. Malulah Lisya kalau Reza tahu yang Lisya baru nak belajar memasak. Okaylah Lisya pergi dulu.”
            “Bertuah betul anak perempuan awak ni. Tak dipelawanya tunang dia masuk.”
            “Biarlah bang. Mereka dah lambat agaknya tu.” Bela Datin Rohana.
            “Hmm, saya ke pejabat dululah.” Datuk Razlan bangun dan diikuti oleh Datin Rohana untuk menghantar suaminya di muka pintu utama.

Reza hanya mengenakan seluar jeans dan t’shirt berkolar.  Dia tampak ringkas dan bergaya dalam pakaian kasual seperti ini. Dia memandu kereta berhati-hati. Maklumlah dia dan Alisya Umaira berdarah manis. Bakal pengantin baru.
            “Lisya sayang, kita nak pergi mana dulu ni?” Tanya Reza sambil memandang sekilas ke arah tunangnya itu.
            “Lisya rasa, kita pergi beli barang hantaran dululah. Lepas tu baru kita pergi fitting baju.”
            “Tapi Shopping Mall mana yang buka pagi-pagi begini?” Soal Reza.
            “Iya tak ya juga kan. Kenapa abang tak tanya soalan ni semalam masa call Lisya. Kalau tak, tak perlulah kita keluar awal begini. Lisya langsung tak ingat. Semua Shopping Mall kat KL ni buka pukul 11 pagi.”
            “Abang pula disalahkan. Manalah abang tahu apa plan Lisya. Abang ikutkan aja bila Lisya suruh ambil pukul 8 pagi.”
            “Iyalah Lisya yang salah. Dah biasa pergi pejabat pukul 8 pagi sampai terbawa-bawa perangai tu walaupun tengah bercuti ni.”
            “Dahlah tak payah nak pening-pening kepala. Kita pergi sarapan dululah. Lagipun abang belum makan lagi ni.”
            “Ikut abanglah.”
            Reza meneruskan perjalanan ke Pusat Bandar. Mereka memilih untuk bersarapan di Restoran Pelita yang berletak bersebelahan dengan KLCC. Reza memakirkan kereta dihadapan restoran itu. Alisya Umaira hanya membuntuti langkah Reza ke restoran itu.
            Pagi-pagi begini restoran itu dipenuhi dengan warga kota yang mahu bersarapan sebelum memulakan kerja di pejabat-pejabat yang berhampiran. Alisya Umaira memesan roti canai dan segelas air milo panas. Berbeza sekali dengan selera Reza yang telah memesan nasi kandar. Terkejut Alisya Umaira kerana Reza memesan nasi kandar awal pagi begini. Reza yang perasaan reaksi tunangnya terus menjawab.
            “Abang lapar. Semalam tak sempat makan. Balik dari pejabat terus tidur.”
            “Lisya tak kata apa pun. Makanlah apa yang abang nak makan.”
            “Elleh..macamlah abang tak tengok wajah Lisya yang terkejut bila abang minta kat mamak tu nasi kandar.” Ujar Reza sambil menciut hidung tunangnya.
            “Terkejut sikitlah. Nasi goreng boleh terima lagi. Ini terus nasi kandar. He..he..he.. Tapi tak mengapa, Lisya faham abang lapar kan..” Jawab Lisya sambil ketawa nakal.
            “Suka sangat sakat abang kan. Dah jadi isteri abang nanti, buatlah nakal-nakal begini..memang tak turunlah Lisya dari katil.”
            “Amboi, gurau kasar ni. Control sikit bang.” Balas Alisya Umaira dengan wajah yang kemerahan kerana malu dengan kata Reza sebentar tadi.
            Reza ketawa dengan reaksi wajah Alisya Umaira. Dia tahu pasti Alisya Umaira malu dengan kata-katanya sebentar. Sengaja dia mahu mengusik tunangnya itu. Wajah Alisya Umaira tertambah comel di mata Reza bila melihat tunangnya itu malu-malu.
            “Kenapa abang pandang-pandang Lisya?. Suka buat Lisya malukan.” Tanya Alisya Umaira sambil mencubit pipi tunangnya itu.
            “Suka tengok wajah Lisya bila malu. Nampak cute sangat.”
            “Hish..dah la. Makan cepat. Tadi kata lapar.”
            “Cepat-cepat pun nak ke mana. KLCC tu bukan buka lagi pun.” Jawab Reza sambil menguapkan nasi ke mulutnya.
            Akhirnya Alisya Umaira kehabisan modal mahu membalas kata-kata Reza.  Dia hanya menikmati roti canainya. Makin dia membalas kata-kata Reza, semakin giat tunangnya itu menyata dirinya. Oleh itu lebih baik dia makan diam-diam daripada menjadi bahan usikan tunangnya itu.
            Selepas habis makan, mereka berjalan-jalan di sekitar taman KLCC sambil menunggu pukul 11 pagi. Sambil berbual-bual kosong, mereka melihat gelagat-gelagat pengunjung yang bersenam di sekitar taman KLCC ini.
            Melihat jam hampir pukul 11 pagi, mereka berjalan memasuki dalam KLCC. Dari satu butik ke satu butik yang lain mereka masuk untuk membeli barang-barang hantaran. Nasib baik segala barang-barang yang mereka mahukan semunya ada di KLCC. Setelah semua barang telah dibeli, mereka bergerak pulang kerana selepas itu mereka mahu pergi ke butik pengantin untuk mencuba pakaian pengantin yang telah direka khas oleh pereka fesyen terkemuka di Kuala Lumpur.


Adrianna Wafiyah menemani suaminya sarapan pagi dirumah mereka. Adrianna Wafiyah hanya menyediakan roti bakar untuk suaminya kerana Adam Rayyan tidak mahu dia bersusah payah untuk memasak. Adam Rayyan hanya mahu dia rehat secukupnya.
            “Betul ke malam ni sayang tak nak ikut?” Tanya Adam Rayyan sekali lagi.
            “Malaslah, Wafi tak biasalah nak bergaul dengan orang-orang kaya ni.” Jawab Reza.
            Malam ini Adam Rayyan mendapat jemputan untuk menghadiri majlis makan malam amal yang dibuat oleh sebuah syarikat kenalannya. Adrianna Wafiyah enggan turut serta memandangkan majlis itu akan dihadiri oleh orang-orang kenamaan. Dia agak kekok mahu bergaul dengan orang-orang kaya. Lagi pula dalam keadaan mengandung seperti ini dia tiada hati mahu mengikut suaminya. Nasib baik Adam Rayyan faham keadaannya.
            “Tapi abang risau pula nak tinggalkan sayang seorang-seorang dirumah.”
            “Ala, Wafi belum nak bersalin lagi. Masih lambat lagi.”
            “Bukan itu yang abang risaukan. Abang risau kalau-kalau ada pencuri ke. Kalau dia apa-apakan sayang nanti macam mana.” Adam Rayyan mula berfikir yang bukan-bukan.
            “Abang ni saja nak takutkan Wafi pula.”
            “Hmm, betul ni sayang tak nak ikut?, Jomlah bukan lama pun. Abang janji kita balik awal nanti.” Adam Rayyan cuba memujuk isterinya sekali lagi.”
            “Tak mengapalah. Wafi malaslah nak pergi. InShaAllah tak kan ada apa-apa yang berlaku. Abang jangan nak lemahkan semangat Wafi pula.”
            “Kalau macam tu dari pejabat nanti abang akan terus pergi. Kalau ada apa-apa cepat-cepat call abang.”
            “Okay.” Adrianna Wafiyah bersalaman dengan suaminya sambil menghantar suaminya hingga ke pintu utama.
            Adam Rayyan mengucup dahi dan pipi isterinya. Terasa berat hati mahu pergi pejabat hari ini. Hatinya tidak enak. Namun dia tidak menyuarakan pada Adrianna Wafiyah. Bimbang jika isterinya takut pula nanti.
            Adrianna Wafiyah mengemas meja makan dan berlalu ke bilik tidur. Dia mengutip semua pakaian-pakaian kotor dan dibawa ke mesin basuh untuk dicuci. Jika Adam Rayyan ada dirumah pasti dia akan melarang Adrianna Wafiyah membuat semua kerja ini. Namun begitu entah kenapa Adrianna Wafiyah terasa mahu melakukan semua kerja rumah pada hari ini.
            Perutnya mula berkeroncong. Dia melihat jam yang tergantung di dinding. Sekarang telah menunjukkan pukul 2 petang. Dia begitu leka mengemas rumah sehingga tidak perasan hari dah  semakin petang. ‘Patut aku rasa lapar. Rupanya dah petang.’ Kata hati Adrianna Wafiyah.
            Dia membuka peti sejuk untuk melihat apa yang boleh dimasak untuk dia mengisi perut yang lapar. Melihat sayur-sayur yang terdapat dia dalam peti sejuk itu maka Adrianna Wafiyah berkira-kira mahu membuat sup sayur sahaja. Dia mengeluarkan sayur-sayur yang ada. Baru sahaja dia mahu membasuh sayur-sayur itu, tiba-tiba dia terdengar pintu rumah diketuk. ‘Siapa pula yang datang.’ Detik hatinya. Adrianna Wafiyah terus bergegas ke pintu utama untuk melihat siapa yang datang.
            “Encik cari siapa?” Tanya Adrianna Wafiyah pelik melihat seorang lelaki berpakaian pejabat berdiri dihadapan pintu grill rumahnya.
            “Saya Rahim puan. Encik Rayyan minta saya bawakan makanan untuk puan.” Jelas lelaki itu.
            “Encik Rayyan tak ada pula pesan apa-apa kepada saya.”
            “Encik Rayyan ada mesyuarat puan. Dia tak sempat nak hubungi puan. Jadi dia minta saya yang hantar kepada puan.”
            “Oh, sekejap ya saya ambil kunci.”
            Pintu grill dibuka dan Adrianna Wafiyah mengambil bungkusan dari lelaki yang mmperkenalkan diri sebagai pekerja suaminya. Tanpa berfikir yang bukan-bukan, Adrianna Wafiyah hanya membiarkan pintu itu terbuka sementara dia meletakkan makanan itu di atas meja.
            “Cantik rumah puan.” Puji lelaki itu.
            Adrianna Wafiyah yang merasa suara itu begitu dekat ditelinganya terus berpusing. Dia agak terkejut melihat lelaki itu telah masuk ke dalam rumah.
            “Err, kalau tak ada apa-apa saya rasa baik awak balik dulu. Nanti Encik Rayyan marahkan awak pula.”
            “Dia tak kan marahkan saya sebab…saya bukan pekerjanya.” Jawab lelaki itu sambil menghampiri Adrianna Wafiyah.”
            “Jadi awak ni siapa?” Adrianna Wafiyah mula menjauhi lelaki itu yang semakin hampir dengannya.
            “Siapa saya itu tak penting. Apa yang penting sekarang ini…” Lelaki itu mula memandang Adrianna Wafiyah dengan wajah yang nakal. Dia mengusap perlahan lengan Adrianna Wafiyah yang terdedah itu.
            Adrianna Wafiyah terasa mahu menjerit. Tetapi suaranya seakan tersekat. Dia mula menggigil ketakutan. Saat ini apa yang dia harapkan adalah suaminya pulang ke rumah untuk membantunya.
            Lelaki itu menekup mulut Adrianna Wafiyah. Hanya seketika sahaja, Adrianna Wafiyah terasa rumahnya berpusing-pusing dan lama-kelamaan dia terus pengsan. Dengan pantas lelaki itu mengendong Adrianna Wafiyah keluar dari rumah itu. Dia keluar berhati-hati agar tiada siapa yang curiga dengannya.


Beberapa kali Adam Rayyan cuba menghubungi isterinya, namun panggilannya tidak berjawab. Dia mula hairan kerana Adrianna Wafiyah tidak pernah tidak menjawab panggilan darinya. Adam Rayyan mula tidak sedap hati. Dia segera mencapai kunci kereta dan pulang ke rumah.
            Sampai sahaja dirumah Adam Rayya mendapati pintu rumahnya tidak berkunci. Dadanya mula berdebar-debar.
            “Sayang…” Panggil Adam Rayyan. Namun tiada sahutan dari Adrianna Wafiyah.
            “Sayang….” Sekali lagi Adam Rayyan memanggil isterinya.
            Adam Rayyan memandang keadaad rumahnya. Masih tersusun rapi. Tiada tanda-tanda seperti rumah dipecah masuk. Dia melihat di atas meja terdapat satu bungkusan seperti makanan yang belum terusik.
            Adam Rayyan melangkah ke dalam bilik tidur untuk mebcari isterinya. Namun kelibat isterinya tidak kelihatan. Dia terus bergegas ke pondok penjaga untuk bertanyakan kepada penjaga bertugas jika ternampak isterinya keluar rumah.
            “Kamu ada Nampak isteri saya?” Tanya Adam Rayyan kepada penjaga itu.
            “Tadi ada seorang lelaki datang sini. Dia mengaku sebagai pekerja Encik Rayyan. Katanya dia mahu menghantar makanan yang dikirimkan oleh encik.” Jawab penjaga itu.
            “Saya cuba hubungi puan Adrianna namun tiada siapa yang jawab. Jadi saya benarkan lelaki naik ke atas kerana dia beritahu dia tidak boleh lama di sini.” Terang penjaga itu lagi.
            “Saya tak ada suruh staf saya datang sini.” Adam Rayyan mula risau.
            “lainkali kamu jangan benarkan sesiapa naik ke atas kalau kamu tak dapat kebenaran dari tuan rumah.” Pesan Adam Rayyan.
            “Sekarang ini isteri saya tiada dirumah. Saya nak tengok CCTV.” Arah Adam Rayyan.
            “Tapi Encik Rayyan, saya perlu dapatkan kebenaran dari pihak pengurusan untuk benarkan Encik Rayyan tengok CCTV.”
            “Hey! Sekarang ni wife saya dah hilang. Kamu masih nak kata macamtu.!. Saya tak kira, saya nak kamu tunjukkan sekarang.! Sebelum saya ambil apa-apa tindakan!” Adam Rayyan mula hilang sabar.
            “Baik Encik Rayyan.” Penjaga itu membuka CCTV pada masa lelaki itu sampai.
            Adam Rayyan meneliti wajah lelaki itu. Dia langsung tidak mengenali siapa lelaki itu. Apa tujuan lelaki itu datang ke rumahnya. Dan kemana hilangnya Adrianna Wafiyah. Hati Adam Rayyan mula tertanya-tanya.
            “Kamu ada nampak lelaki itu keluar semula.?” Tanya Adam Rayyan kepada penjaga itu.
            “Tidak sampai setengah jam lelaki itu keluar semula. Tetapi saya tidak nampak Puan Adrianna ada bersamanya di dalam kereta itu.” Jelas penjaga itu.
            “Tolong tunjukkan rakaman di bahagian parking.”
            Penjaga itu memainkan semula rakaman CCTV mengikut masa lelaki itu sampai. Adam Rayyan meneliti rakaman itu.
            “Stop..stop..” Arah Adam Rayyan kepada penjaga itu. Dia dapat melihat dengan jelas lelaki itu mengendong isterinya ke dalam kereta.
            “Macam mana kamu boleh tak perasan ada orang dah bawa lari isteri saya!”
            “Maafkan saya Encik Rayyan. Tadi saya tertidur,” Penjaga itu mengaku salahnya.
            Adam Rayya mengetap bibir. Tiada guna dia ters memarahi penjaga itu. Dia harus segera mencari isterinya. Entah ke mana mahu mencari Adrianna Wafiyah. Dia langsung tiada pentunjuk. Adam Rayya segera menghubungi Datuk Razlan.
            “Pa, Wafi kena culik pa..Apa Ray nak buat ni..?” Ujar Adam Rayyan sambil menangis.
            “Apa kamu merepek ni Ray. Jangan main-main dengan papa.” Marah Datuk Razlan.
            “Buat apa Ray nak tipu. Pa sekarang ni Ray on the way ke balai polis.”
            “Ya Allah, siapa pula yang berdendam dengan Wafi ni. Apa niat dia Ray.” Datuk Razlan mula risau dengan menantunya.
            “kamu tunggu di balai polis sekejap lagi papa sampai.”
            Datuk Razlan terus meletakkan telefon.  Dia mahu bergegas ke balai polis.
            “Kenapa ni bang? Kenapa dengan Wafi?” Tanya Dtain Rohana cemas. Alisya Umaira yang berada bersama turut cemas bila melihat papanya kelam kabut.
            “Wafi…wafi kena culik.”
            “Hah! Kena culik?” Tanya Datin Rohana dan Alisya Umaira serentak.
            “Ya Allah, jangan jadi apa-apa pada menantu aku. Selamatkanlah dia Ya Allah.” Ucap Datin Rohana sambil meraung.
            “Pa, Lisya nak ikut papa.” Kata Alisya Umaira.
            “Tak Payahlah. Kamu teman mummy dirumah. Nanti apa-apa papa bagitahu.”
            “Baiklah pa.”

            Datuk Razlan terus keluar bersama Pak Hamid. Dia mahu ke balai polis bersama Adam Rayyan. Sepanjang perjalanan dia tak henti-hentikan mendoakan keselamatan menantu dan cucu di dalam kandungan menantunya.

Wednesday, 2 July 2014

"Kenal Erti Cinta"- BAB 40

BAB 40

Datin Rohana menemani Adrianna Wafiyah ke klinik atas permintaan Adam Rayyan. Memandangkan tiada apa-apa yang mahu dilakukan pada hari ini maka Datin Rohana terus bersetuju. Dia mengambil menantunya di Kondo Adam Rayyan bersama pemandunya Pak Hamid. Adrianna Wafiyah telah menantinya ketika dia sampai dihadapan lobi kondo itu.
            “Assalamualaikum mummy,” Ucap Adrianna Wafiyah sambil melangkah masuk ke dalam kereta Datin Rohana.
            “Waalaikumussalam. Cantik anak mummy pagi ni.”
            “Iya ke mummy, Abang yang beli baju ni.” Kata Adrianna Wafiyah.
            Pak Hamid meneruskan pemanduan dengan berhati-hati memandangkan jalan raya agak sesak pagi-pagi begini. Adrianna Wafiyah dan Datin Rohana pula bercerita mengenai pertunangan Alisya Umaira semalam. Adakalanya mereka akan ketawa bila menyentuh perkara-perkara yang melucukan.
            Sampai sahaja dihadapan klinik, Adrianna Wafiyah dan Datin Rohana berjalan beriringan menuju ke dalam klinik. Pak Hamid hanya menunggu di luar. Adrianna Wafiyah menunggu giliran untuk pemeriksaan.
            “Wafi, lepas kita pergi Shopping mall nak tak?” Tanya Datin Rohana.
            “Hmm, boleh tapi Wafi kena bagitahu abang dulu.”
            “Cubalah Wafi call dia.”
            “Tapi kata abang pagi ni dia ada meeting. Tapi Wafi cuba kejap.” Adrianna Wafiyah mendial nombor suaminya. Namun panggilan itu tidak dijawab.
            “Macam mana?” Tanya Datin Rohana.
            “Erm, dia tak jawab. Masih meeting agaknya.”
            “Nantilah call balik. Ala, tak kan Ray nak marah Wafi kalau keluar dengan mummy.”
            Adrianna Wafiyah hanya menggangguk kepala tanda setuju. Nanti dia akan menghantar SMS kepada suaminya memberitahu bahawa dia akan keluar bersama Datin Rohana.
            “Puan Adrianna” Panggil Jururawat bertugas.
            “Mummy, Wafi masuk sekejap ya.”
            “Pergilah. Mummy tunggu kat luar aja.”
            Adrianna Wafiyah berjalan masuk ke dalam bilik doktor. Dia duduk dikerusi di hadapan doktor itu. Jururawat yang di dalam bilik doktor itu mengambil tekanan darah Adrianna Wafiyah sebelum membuat pemeriksaan ultra sound.
            “Okay, tekanan darah puan macam hari-hari sebelum ni, normal.” Terang doktor itu.
            “Tapi doktor, sejak akhir-akhir ini saya kerap rasa letih malah kadang-kadang saya rasa sesak nafas ketika tidur. Is that normal doctor?”
            “Kalau mengikut bacaan tekanan darah puan ni, ia normal tak ada apa-apa masalah. Tapi kalau letih tu memang normal bagi ibu mengandung tambahan pula kandungan puan semakin membesar. Cuma kalau sesak nafas ni, erm..puan ada kerap minum ais ke sekarang ni?”
            “Saya memang suka makan minuman sejuk. Kadang-kadang tu saya suka makan ais batu begitu saja. Entahlah doktor tekak saya asyik mahu makanan yang sejuk sahaja.”
            “Oh, tak boleh macamtu puan. Ais batu ni tak berapa elok untuk ibu mengandung macam puan. Jadi eloklah puan kurangkan atau kalau boleh jangan ambil ais batu langsung.”
            “Oh, begitu.” Adrianna Wafiyah menggangguk tanda faham.
            “Jom puan kita check baby tengah buat apa.” Gurau doktor itu.
            Adrianna Wafiyah dibantu oleh jururawat untuk baring di atas katil yang tersedia untuk melakukan ultra sound. Selepas setengah jam, Adrianna Wafiyah keluar dari bilik doktor dan berjalan ke arah ibu mertuanya.
            “Dah siap?” Tanya Datin Rohana.
            “Dah, jom mummy.”
            “Okay.” Datin Rohana dan Adrianna Wafiyah berjalan keluar dari klinik itu menuju ke kereta.
            Telefon bimbit Adrianna Wafiyah berbunyi. Melihatkan nama pemanggil yang tertera di skrin telefon membuatkan Adrianna Wafiyah memandang wajah ibu mertuanya sambil tersenyum.
            “Hello abang, dah habis meeting ke?” Tanya Adrianna Wafiyah.
            “Dah, sayang dah selesai check up?”
            “Baru habis..Abang..” Sebut Adrianna Wafiyah dengan suara yang manja.
            “Kenapa manja sangat ni. Mesti nak minta apa-apa kan?”
            “Abang ni tahu aja kan.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil ketawa.
            “Sayang nak minta apa?”Tanya Adam Rayyan lembut.
            “Wafi nak keluar dengan mummy pergi shopping mall. Boleh ya.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil memandang ke arah mummy sambil mengenyitkan mata.
            “Nak buat apa. Nanti sayang penat lagi. Dah la abang tak  ada. Kalau jadi apa-apa macam mana. Mummy bukannya larat nak angkat sayang.” Adam Rayyan membebel tanpa sedar.
            Adrianna Wafiyah sudah menarik muka masam. Adam Rayyan pasti akan melarangnya melakukan itu dan ini. Sejak dia mengandung semua perkara dia tidak boleh lakukan termasuklah memasak. Kehidupan sehariannya hanya makan dan tidur. Kalau pergi bersiar-siar pun mesti dengan Adam Rayyan sahaja.
            Datin Rohana yang melihat wajah keruh Adrianna Wafiyah memberi isyarat kepada Adrianna Wafiyah agar menyerahkan telefon itu kepadanya. Dia mahu bercakap sendiri dengan Adam Rayyan.
            “Sayang, dengar tak abang cakap ni.? Kenapa diam?.” Suara Adam Rayyan di telefon itu membingitkan telinga Datin Rohana.
            “Ray, mummy ni.” Kata Datin Rohana.
            “Err, Mummy rupanya. Kenapa berpindah ke mummy pula telefon ni. Wafi merajuk ke?. Tanya Adam Rayyan.
            “Kamu tu jangan nak jadi ‘King control’ sangat boleh tak. Macamlah mummy ni tak pandai nak jaga menantu mummy. Lagipun Shopping Mall tu kan ramai orang. Apa yang kamu nak risaukan sangat.” Datin Rohana mula membebel pada anaknya.
            “Tapi mummy, disebabkan ramai oranglah yang Ray…”
            “Dah..tak payah nak tapi-tapi. Kami keluar sekejap aja. Kesian mummy tengok Wafi asyik terperuk aja kat rumah.” Potong Datin Rohana sambil senyum memandang Adrianna Wafiyah.
            “Hmm, okaylah. Tapi mummy nak pergi Shopping Mall mana?”
            “Kami nak pergi Pavilion.”
            “Okay, bagi phone pada Wafi mummy.” Suruh Adam Rayyan.
            “Hmm,” Jawab Adrianna Wafiyah apabila Datin Rohana menyerahkan kembali telefon itu kepadanya.
            “Amboii..main hmm.hmm pula. Tak baik tau cakap dengan suami macam tu.”
            “Yela, ada apa lagi abang.”
            “Sayang ni cepat betul merajuk. Okay, abang izinka sayang keluar dengan mummy. Tapi janji dengan abang nanti hati-hati semasa berjalan. Ingat yang Wafi tu sedang mengandung.”
            “Baiklah abang. Wafi akan ingat semua pesanan abang tu. Terima kasih abang.”Ujar Adrianna Wafiyah dengan ceria.
            “Bagus. Good girl.”
            “Okay, bye abang.” Adrianna Wafiyah menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam handbag.
            Sampai sahaja di Pavilion, Datin Rohana dan Adrianna Wafiyah singgah mengisi perut dahulu memandangkan sekarang sudah waktu makan tengahari. Mereka memilih tempat duduk yang selesa. Waktu tenghari seperti ini semua restoran yang ada di pavilion akan dipenuhi oleh orang ramai yang bekerja di sekitar pavilion ini. Nasib baik masih ada kekosong tempat untuk mereka menjamu selera.
            “Kita duduk kat sana Wafi.” Ujar Datin Rohana sambil menunjukkan tempat yang kosong itu kepada Adrianna Wafiyah.
            Adrianna Wafiyah hanya mengangguk kepala dan mengikut ibu mertuanya dari belakang.
            Setelah memesan makanan masing-masing, Adrianna Wafiyah dan Datin Rohana berbual kosong sementara menanti makanan mereka tiba. Adrianna Wafiyah melihat sekeliling restoran itu. Dia merasakan ada seseorang yang sedang memerhatikan dirinya. Perasaannya mula tidak enak. Mimpi ngerinya terimbas kembali. Risau kalau-kalau ia terjadi seperti dalam mimpi itu.
            “Kenapa ni Wafi?. Mummy tengok Wafi asyik memandang ke luar.” Tanya Datin Rohana yang perasan menantunya asyik memandang ke luar restoran.
            “Tak ada apa-apa mummy. Saja tengok-rengok kat luar. Mummy, kita nak pergi mana lepas ni?” Tanya Adrianna Wafiyah mengubah topik perbualan.
            “Kita pergi tengok barang baby nak?” Ajak Datin Rohana.
            “Boleh juga. Wafi pun ingat nak cari baju mengandunglah. Baju Wafi banyak yang tak muat dah.”
            “Boleh. Hari ni mummy teman Wafi ke mana saja Wafi nak pergi.”
            “Thank you mummy.” Jawab Adrianna Wafiyah dengan wajah girang. Dia senang punya ibu mertua yang begitu menyayangi dirinya.
            “Masa Wafi bersalin nanti mummy ingat nak ambil tukang urut yang mak Limah cadangkan. Bidan kat kampung mak Limah. Nanti kita bawalah dia ke sini untuk dua tiga hari.” Cerita Datin Rohana.
            Wajah Adrianna Wafiyah tiba-tiba berubah mendung. Dia teringatkan arwah ibunya. Kalaulah ibunya masih hidup pasti dia akan berpantang di kampung ibu sendiri.
            “Wafi, kenapa ni? Wafi tak setuju ke dengan cadangan mummy?” Tanya Datin Rohana.
            “Bukan macamtu. Wafi tiba-tiba teringatkan arwah ibu. Kalau ibu masih hidup pasti dia yang akan menjaga Wafi nanti semasa pantang.” Kata Adrianna Wafiyah dalam nada menahan sebak.
            “Wafi..jangan macamtu nak. Mummy kan ada. Mummy akan menjaga Wafi sebaik mungkin.” Pujuk Datin Rohana sambil menggenggam erat tangan Adrianna Wafiyah.
            “Terima kasih mummy. Terima kasih kerana sayangkan Wafi macam anak mummy sendiri.”
            “Dah, tak mahu sedih-sedih. Kan kita datang sini nak happy-happy.” Datin Rohana membalas senyuman Adrianna Wafiyah.
            Adrianna Wafiyah menyesat air matanya. Mereka menikmati makanan yang dipesan. Setelah kekenyangan, mereka meneruskan agenda mereka untuk meninjau barangan bayi. Datin Rohana tidak sabar menanti kelahiran cucu sulongnya. Pasti meriah rumahnya nanti dengan kelahiran anak Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan.
            Datin Rohana mengajak Adrianna Wafiyah ke butik yang menempatkan barang-barang bayi. Leka sungguh Adrianna Wafiyah melihat baju-baju bayi yang sangat comel pada pandangan mata Adrianna Wafiyah. Kalau ikutkan hatinya dia mahu beli semua baju-baju yang comel ini. Tetapi dia masih belum tahu jantina anak yang dikandungnya. Entahkan lelaki ataupun perempuan.
            “Wafi, mummy nak pergi butik depan tu sekejap. Nanti Wafi cari mummy kat butik depan tu ya.
            “Okay mummy.” Jawab Adrianna Wafiyah masih leka melihat barang-barang bayi yang comel-comel belaka itu.
            Setelah berpuas hati, Adrianna Wafiyah berjalan perlahan-lahan mencari Datin Rohana sambil meninjau butik-butik mahal yang terdapat disekitarnya. Namun dia tidak jumpa Datin Rohana. Lupa pula Adrianna Wafiyah mahu bertanya kepada Datin Rohana nama butik yang ibu mertuanya pergi.
            Akhirnya, Adrianna Wafiyah berjalan-jalan sambil menjamu mata. Dia yakin sekejap lagi pasti mummynya akan keluar dari mana-mana butik yang terdapat dihadapan. Tiba-tiba Adrianna Wafiyah berasa tidak sedap hati bila dia terasa ada seseorang sedang mengekori langkahnya. Dia berhenti dan menoleh ke belakang namun dia tidak nampak siapa-siapa yang mecurigakan.
            Adrianna Wafiyah berjalan perlahan-lahan. Hatinya mula tidak enak. Dia tahu ada seseorang sedang mengekori dirinya sejak akhir-akhir ini. Hatinya mula risau kalau-kalau mimpi ngerinya menjadi kenyataan. Dia mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi ibu mertuanya. Namun belum sempat dia mendial nombor ibu mertuanya, tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahunya. Adrianna Wafiyah terus menjerit ketakutan.
            “Arghhh!!”
            “Sayang, ini abanglah.” Adam Rayyan yang muncul tiba-tiba itu membuatkan Adrianna Wafiyah membuka matanya.
            “Apa abang buat kat sini.?”Tanya Adrianna Wafiyah yang masih terperanjat.
            “Sayang tu kenapa menjerit?” Tanya Adam Rayyan kembali.
            “Wafi ingatkan ada orang jahat yang ikut Wafi tadi.” Jelas Adrianna Wafiyah.
            “Erm, kenapa jalan seorang-seorang ni mana mummy?” Adam Rayyan memandang sekeliling mencari mummynya.
            “Tadi mummy cakap nak pergi butik depan-depan sini. Tapi..”
            “Ray, Wafi..” Panggil Datin Rohana.
            “Macam mana abang boleh ada kat sini? Abang ponteng kerja ya.” Tanya Adrianna Wafiyah lagi.
            “Erm, suami kamu ni Wafi memang tak percaya pada mummy agaknya. Masa mummy kat butik depan tu dia dah call mummy bagitahu dia ada kat sini.”
            “Bukan Ray tak percayakan mummy. Dah kebetulan Ray dah habis kerja. Jadi Ray menyusurlah ke sini. Nanti mummy tak perlulah pusing-pusing nak hantar Wafi balik. Dia boleh balik dengan Ray.”
            “Erm, ada sajalah alasan kamu tu Ray. Bukan sebab kamu risaukan Wafi.”
            Adrianna Wafiyah hanya ketawa geli hati melihat Adam Rayyan dan Datin Rohana berbalas cakap. Dia tahu pasti Adam Rayyan tidak tenang berada di pejabat bila tahu dia mahu keluar bersama Datin Rohana.
            “Kalau kamu dah sampai ni baiklah mummy balik aja.” Ucap Datin Rohana.
            “Ala, mummy marahkan Ray ke?”
            “Tak kuasa mummy nak marahkan kamu.” Kata Datin Rohana
            “Wafi nanti lain kali kita jalan-jalan lagi ya. Lepas ni jangan bagitahu Ray ke mana kita nak pergi.” Usik Datin Rohana.
            Adrianna Wafiyah hanya tersenyum kepada Datin Rohana dengan gurauan itu. Setelah bersalaman, Datin Rohana meninggalkan mereka di situ. Mereka menghantar pandangan mata sehingga Datin Rohana hilang dari pandangan mereka. Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan juga pulang selepas itu.

            Sepanjang perjalanan pulang Adrianna Wafiyah tertidur di dalam kereta. Mungkin kerana kepenatan. Adam Rayyan memandang sekilas ke arah isterinya sebelum menumpukan semuala pemanduan kepada jalan raya yang semakin sesak itu.

Tuesday, 17 June 2014

"Kenal Erti Cinta"- BAB 39

BAB 39

Hari ini genap tiga bulan arwah Puan Asmah meninggalkan Adrianna Wafiyah. Adrianna Wafiyah juga telah menerima kematian ibunya dengan hati yang redha. Adam Rayyan juga telah berubah.
            Kini Kandungan Adrianna Wafiyah juga semakin besar. Usia kandungannya telah masuk tiga bulan lebih. Tidak lama lagi dia bakal menjadi seorang ibu. Perlahan-lahan Adrianna Wafiyah mengusap perutnya sambil menikmati angin pagi dari balkoni kondo mereka.
            “Sayang..buat apa pagi-pagi kat luar ni.” Tegur Adam Rayyan sambil memeluk tubuh isterinya dari belakang.
            “Wafi saja nak ambil angin kat luar. Bosan asyik terperuk dalam rumah.” Rungut Adrianna Wafiyah.
            Sejak tahu Adrianna Wafiyah mengandung, Adam Rayyan telah memaksa Adrianna Wafiyah untuk berhenti bekerja. Dia tidak mahu berlaku apa-apa pada Adrianna Wafiyah dan anak dalam kandungan isterinya.
            “Jom kita keluar. Cari barang baby.” Ajak Adam Rayyan.
            “Betul ni?” Tanya Adrianna Wafiyah girang.
            Adrianna Wafiyah terus bersiap ala kadar untuk keluar bersama suaminya. Walaupun perpakaian ringkas, Adrianna Wafiyah tetap nampak cantik dengan gaun mengandung yang dipakainya.
            “Comelnya isteri abang ni..” puji Adam Rayyan semasa sedang berjalan di dalam KLCC itu.
            “Terima kasih.” Adrianna Wafiyah tersenyum mendengar pujian itu.
            Mereka berjalan-jalan di dalam KLCC sambil mencuci mata melihat barangan bayi. Adrianna Wafiyah tidak mahu membelinya lagi kerana menurut orang tua-tua, jangan terlalu awal membeli barangan bayi. Biarlah kandungan itu berusia tujuh bulan ke atas baru membeli persiapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka. Ini bertujuan untuk menghindari perkara yang tidak elok berlaku.
            Walaupun Adam Rayyan mengatakan Adrianna Wafiyah berfikiran kono, namun dia tetap mahu mengikut pantang larang orang tua-tua itu. Akhirnya meraka hanya berjalan-jalan tanpa membeli apa-apa barangan bayi.
            Dari jauh Nazirah sedang memerhati pasangan itu sedang berjalan sambil bergandingan tangan. Nazirah menggepal penumbuknya. Sakit hatinya melihat kemesraan itu. Nazirah semakin mendendami Adrianna Wafiyah. Dia tidak mahu Adrianna Wafiyah mendapat cinta dari Adam Rayyan yang sepatutnya menjadi dia. Dia mahu menamatkan riwayat Adrianna Wafiyah. Baru puas hatinya. Dia mahu Adam Rayyan merasai kesakitan yang dia rasa. Nazirah berlalu dari situ dengan hati yang sakit. Penuh dengan rasa benci.
            Adrianna Wafiyah yang perasan seperti ada orang yang sedang memerhatikan mereka mula menoleh ke belakang. Adam Rayyan juga ikut tertoleh ke belakang kerana hairan melihat isterinya seperti sedang mencari sesuatu.
            “Sayang tengok apa?” Tanya Adam Rayyan.
            “Wafi rasa macam ada orang sedang ikut kita.” Jawab Adrianna Wafiyah.
            Adam Rayyan menoleh sekali lagi ke belakang untuk memastikan kesahihan yang dikatakan oleh isterinya.
            “Hmm, tak ada sapa-sapa pun. Perasaan sayang saja kot.” Kata Adam Rayyan.
            “Mungkin juga. Jomlah bang kita balik. Wafi rasa lenguh pula kaki ni.”
            “Okay.”
            Sampai sahaja di rumah, Adrianna Wafiyah sudah terduduk di sofa kerana kepenatan. Adam Rayyan mengurut lembut kaki isterinya yang semakin membengkak itu. Risau dia melihat kaki isterinya. Tetapi menurut yang merawat isterinya, itu adalah normal bagi setiap ibu yang mengandung.
            “Kalau abang tahu sayang tak nak beli apa-apa baik kita tak payah keluar. Kan dah panat percuma.” Ujar Adam Rayyan.
            “Abang menyesal bawa Wafi keluar jalan-jalan ke?” Tanya Adrianna Wafiyah dalam nada merajuk.
            “La, abang bukan menyesal. Abang cuma tak nak sayang penat.” Pujuk Adam Rayyan bila dilihat isterinya sudah menarik muka empat belas.
            Sejak mengandung ini, hati Adrianna Wafiyah mudah tersentuh. Tidak boleh tersalah cakap sikit pasti dia akan merajuk. Manja betul Adrianna Wafiyah dengan suaminya.
            “Dah, tak nak tarik muka macam tu. Nanti menurun pada anak baru tahu.” Usik Adam Rayyan.
            Adrianna Wafiyah terus tersenyum. Hatinya cepat sejuk walaupun diam kerap merajuk. Setiap harinya makin bahagia. Adam Rayyan benar-benar mengotakan janjinya. Dia benar-benar sayangkan Adrianna Wafiyah.
            “Sayang, minggu depan keluarga Reza akan masuk meminang Lisya.” Beritahu Adam Rayyan.
            “Cepatnya?”
            “Papa tak nak lama-lama. Kalau ikutkan papa mahu nikahkan terus. Tapi keluarga Reza mahu adakan majlis mengikut adab.”
            “Oh, baguslah kalau macamtu. Mereka pun dah lama kenal.”
            “Itulah. Perkara baik jangan ditangguh-tangguh. Kan sayang.”
            “Pandai pun abang.” Puji Adrianna Wafiyah sambil memcubit hidung Adam rayyan.
            “Jom sayang.”
            “Jom ke mana?” Tanya Adrianna Wafiyah dengan wajah yang pelik.
            “Perkara baik jangan ditangguh-tangguhkan” Bisik Adam Rayyan dalam nada romantis.
            “Hish, abang ni…gatalkan. Kita cakap pasal perkahwinan Lisya dia boleh melalut ke lain pula.” Marah Adrianna Wafiyah.
            “Ala..apa kata pepatah melayu tu..sambil menyelam minum air..” Jawab Adam Rayyan bersahaja.
            “Jangan nak mengadalah abang. Dah nak masuk waktu Maghrib ni. Baik abang pergi mandi. Nanti kita boleh solat sama-sama.” Suruh Adrianna Wafiyah.
            “Baiklah tuan puteri.” Balas Adam Rayyan sambil mengucup lembut pipi isterinya.
            Adrianna Wafiyah ketawa melihat perangai suaminya. Semakin manja sejak dia mengandung ini. Kalau dilayan perangai gatal suaminya makin menjadi-jadi miang keladinya. Tetapi itulah yang merapatkan hubungan Adrianna Wafiyah dan Adam Rayyan tambah erat. Adrianna Wafiyah bangun dan mengikuti langkah suaminya ke bilik tidur mereka. Dia juga mahu mandi kerana seharian keluar berjalan-jalan bersama suaminya petang tadi membuatkan tubuhnya terasa melekit dan tidak selesa.
            Sejak Usia kandungannya telah hampir ke empat bulan, Adrianna Wafiyah tidak lagi mengalami muntah-muntah malahan selera makannya semakin bertambah. Namun begitu Adam Rayyan sering memantau pemakanannya. Menurut suaminya dia harus makan makanan yang berkhasiat supaya anak mereka nanti sihat.
Adrianna Wafiyah menanti suaminya selesai mandi kerana selepas itu dia pula mahu mandi dan menunaikan Solat Maghrib bersama suaminya. Sambil menanti, Adrianna Wafiyah membaca majalah Pa&Ma yang dia beli semasa keluar siang tadi. Sejak mengandung Adrianna Wafiyah sering membaca majalah tersebut kerana di dalamnya terdapat banyak info-info untuk ibu mengandung terutama bakal - bakal ibu seperti dirinya.
“Sayang, tak nak mandi ke?” Tanya Adam Rayyan.
“Eh, abang dah sudah ke. Mestilah nak mandi.” Adrianna Wafiyah menutup majalah itu dan mencapai tuala.
“ Hati-hati berjalan. Lantai bilik air tu basah.” Pesan Adam Rayyan.
“Iya. Wafi tahu.” Jawab Adrianna Wafiyah.
Adam Rayyan hanya senyum sambil memakai baju melayu dan kain pelekat. Dia membentangkan sejadah sementara menanti isterinya selesai mandi. Usai isterinya selesai mandi, mereka berjemaah bersama-sama.
“Sayang, duduk sekejap.” Arah Adam Rayyan bila dia melihat isterinya bangun selepas selesai solat.
“Kenapa bang?” Tanya Adrianna Wafiyah.
“Duduklah sekejap. Ada perkara yang abang nak bagitahu pada sayang.”
Adrianna Wafiyah duduk kembali di hadapan suaminya. Dia menanti butir bicara dari suaminya.
“Sayang tahu cerita pasal Sally?”
“Sally?. Sejak terjumpa dengan dia sebelum dia menunaikan haji haritu, sampai sekarang Wafi tak dapat khabar berita dari dia. Ada juga Wafi cuba hubungi telefom bimbit dia. Tapi tidak aktif.” Jawab Adrianna Wafiyah.
“Sebenarnya dah lama abang nak bagitahu sayang pasal Sally. Tapi memandangkan masa tu sayang masih bersedih di atas kematian ibu, abang tak sampai hati nak tambahkan kesedihan sayang.”
“Maksud aabang apa sebenarnya?”
“Sally telah meninggal dunia semasa dia menunaikan haji. Menurut cerita yang abang tahu, Sally ada kanser. Sebelum meninggal dunia dia telah mengutuskan sepucuk surat untuk abang. Di dalam surat tu dia menceritakan semua kejahatan Nazirah. Dari situ abang tahu semua yang Nazirah lakukan untuk memisahkan kita.” Jelas Adam Rayyan.
“Innalillah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.”Ucap Adrianna Wafiyah.
Walaupun Sally baru sekejap menjadi sahabatnya, dia tidak menafikan bahawa Sally adalah seorang sahabat yang baik. Adrianna Wafiyah menyeka air matanya. Dia telah kehilangan seorang lagi orang yang dia sayang selepas ibunya.
Adam Rayyan memaut bahu isterinya. Dia tahu Adrianna Wafiyah sedang bersedih di atas kematian Sally. Dia mencium dahi isterinya. Walaubagaimanapun dia tahu Adrianna Wafiyah seorang wanita yang cekal. Dia mampu menghadapi setiap dugaan yang diterima.

Sejak Reza diperkenalkan kepada keluarga Alisya Umaira, Reza kerap keluar dengan Alisya Umaira. Malah kadang-kadang Datin Rohana juga keluar bersama-sama mereka. Alisya Umaira bersyukur kerana mummy dan papanya suka pada pilihan hatinya.
“Lisya, dah bagitahu mummy kan yang keluarga abang nak datang merisik minggu depan.” Tanya Reza dalam nada risau.
“Ya Allah abang ni, dah berapa kali abang tanya Lisya soalan tu.”
“Abang bukan apa. Abang risaulah. Kalau-kalau saat akhir keluarga Lisya reject abang.”
“Abang jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak. Kan mummy dengan papa suka pada abang. Karang tak pasal-pasal kena reject betul baru tahu.” Usik Alisya Umaira.
“Hisy, jangan..kempunan abang tak dapat kahwin dengan Lisya nanti.”
“Kalau macam tu tak payah nak fikir bukan-bukan.” Pesan Alisya Umaira.
“kita nak pergi mana ni.?” Tanya Alisya Umaira lagi.
“Hmmm, kita pergi tengok wayang nak tak.?” Tanya Reza.
“Ikut abang la. Lisya follow aje.”
Reza meneruskan pemanduannya ke arah The Curve Damansara. Hari ini dia mahu membawa Alisya Umaira berjalan-jalan di luar Kuala Lumpur. Hari minggu seperti ini Kuala Lumpur akan sesak dengan pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar Kuala Lumpur.
Mereka menghabiskan masa seharian bersama. Hari kinggu seperti ini sahaja mereka dapat berjumpa. Jika hari bekerja mereka akan sibuk dengan tugas masing- masing. Lebih-lebih lagi Alisya Umaira. Sibuk mengalahkan Reza.
Reza pernah menyuarakan rasa hatinya agar Alisya Umaira berhenti bekerja selepas menjadi isterinya kelak. Dia tidak mahu isterinya kelak lagi sibuk dari dirinya. Dia mahu seorang isteri yang sentiasa berada di rumah bila dia pulang dari bekerja.


Majlis merisik dan bertunang yang diadakan secara sederhana itu tetap meriah dengan kehadiran keluarga terdekat. Rumah Datin Rohana telah dihiasi dengan pelamin yang indah untuk Alisya Umaira. Alisya Umaira merupakan satu-satunya anak perempuan Datin Rohana dan Datuk Razlan.
Adrianna Wafiyah mengenakan jubah yang berwarna biru dan disaluti dengan manik-manik yang sangat indah dan cantik. Baju itu dibeli oleh Adam Rayyan semasa suaminya itu pergi ke Dubai bulan lepas. Adam Rayyan juga segak mengenakan sepasang baju melayu yang berwarna sedondon dengan isterinya.
Alisya sedang disiapkan oleh jurumekap yang khas yang ditempah oleh Datin Rohana. Kelihatan dua tiga orang kawan Alisya Umaira menemani bakal pengantin itu di dalam bilik sementara menanti keluarga sebelah pihak lelaki sampai.
Seperti masa yang telah dijanjikan, keluarga pihak lelaki sampai. Mereka duduk di tempat yang telah disediakan. Perbincangan mengenai tarikh pernikahan dan hantaran mula ditetapkan. Datuk Razlan juga mengemukakan hasrat hatinya untuk tidak lama mengikat tali pertunangan mereka. Kalau boleh dia mahu mereka disatukan secepat mungkin.
Tukk..tuk..
Kedengaran pintu bilik Alisya Umaira di ketuk. Seorang daripada kawannya membuka pintu itu.
“Lisya, dah siap ke?. Mummy panggil turun untuk acara pertunangan.” Ujar Adrianna Wafiyah.
“Dah kak Wafi.”
Alisya Umaira menuruni tangga dengan penuh debaran. Terasa macam hari ini adalah hari pernikahannnya. Adrianna Wafiyah berjalan beriringan dengan adik iparnya itu. Setelah sesi pertunangan selesai maka kini Alisya Umaira sudah sah menjadi tunangan kepada Reza.
Reza yang menunggu di dalam kereta sehingga acara selesai dipanggil masuk untuk sesi bergambar kenang-kenangan. Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah juga mengambil kesempatan bergambar di atas pelamin adik mereka. Majlis yang diadakan secara sederhana itu berjalan dengan lancar.

Adrianna Wafiyah mengurut kakinya yang terasa lenguh gara-gara berjalan banyak pada hari ini. Dia terus naik ke bilik untuk berehat. Adam Rayyan pula masih dibawah melayan tetamu yang hadir di majlis pertunangan Alisya Umaira.
            “Sayang, puas abang cari kat bawah. Rupa-rupanya dia dah sedap-sedap baring atas katil.” Gurau Adam Rayyan.
            “Wafi rasa penat sangat. Mummy marah ke Wafi naik atas ni” Ucap Adrianna Wafiyah.
            “Eh, tak adalah abang gurau aje la. Mummy pun faham sayang tengah mengandung.”
            “Abang..esok Wafi ada check up tau.” Adrianna Wafiyah mengingatkan suaminya.
            “Alamak, nasib baik sayang ingatkan. Tapi pukul berapa ya?”
            “Macam biasalah pukul 9 pagi.”
            “Aduh, abang lupa yang sayang ada check up esok. Abang dah set up meeting dengan wakil Syarikat dari Korea.” Adam Rayyan berasa serba-salah.
            “Kalau macamtu Wafi pergi sendiri la esok.” Jawab Adrianna Wafiyah.
            “Eh, bahayalah sayang pergi seorang-seorang. Nanti abang minta mummy teman.”
            “Tak mengapa bang. Tak payahlah susahkan mummy. Dia mesti penat.”
            “Hmm, kalau macamtu abang minta excuselah untuk meeting tu. Nanti abang temankan sayang.”
            “La, tak payah. Biar Wafi pergi sendiri. Wafi janji akan hati-hati. Kalau ada apa-apa Wafi akan call abang. Promise.”Adrianna Wafiyah meyakinkan suaminya.
“Sayang ni beria betul nak pergi sendiri kenapa?” Tanya Adam Rayyan yang pelik dengan sikap isterinya.
“Wafi cuma tak nak susahkan abang. Lagipun Wafi rasa Wafi boleh pergi sendiri. Lainlah kalau dah sarat nanti.”
            “Erm, yela. Abang izinkan.” Adam Rayyan bersetuju dalam terpaksa.
            “Terima kasih abang.” Adrianna Wafiyah melentok manja dibahu suaminya.
            Selepas semuanya selesai Adam Rayyan dan Adrianna Wafiyah terus pulang ke kondo. Walaupun dihalang oleh Datin Rohana namun Adam Rayyan tidak dapat menuruti permintaan Datin Rohana dengan alasan dia tidak membawa pakaian pejabat dan esok dia harus keluar awal ke pejabat.

Pagi itu Adrianna Wafiyah pergi ke klinik seorang diri. Dia menanti di sofa yang telah dikhaskan untuk pesakit. Terdapat dua tiga lagi ibu mengandung yang sedang menanti giliran meraka.
            “Puan Adrianna” Panggil jururawat itu.
            Adrianna Wafiyah melangkah masuk ke dalam bilik doktor.
            “Apa khabar hari ini Puan Adrianna?” Tanya doktor itu mesra.
            “Baik.”
            “Encik Rayyan tak ikut sama hari ni?” Tanya doktor itu
            “Suami saya ada mesyuarat pagi ni.”
            Seperti biasa doktor itu akan memeriksa Adrianna Wafiyah dari segi tekanan darah dan gula dalam tubuh Adrianna Wafiyah. Doktor itu juga melakukan ultra sound untuk melihat perkembangan bayi di dalam kandungan. Setelah selesai pemeriksaan, Adrianna Wafiyah meminta diri untuk pulang.
            Baru sahaja dia hendak masuk ke kereta, telefon bimbitnya berbunyi. Dia pasti Adam Rayyan yang menghubunginya. Dengan pantas dia menjawab panggilan itu.
            “Hello sayang.”
            “Iya abang..eh, bukan abang ada meeting ke?”
            “Tengah meetinglah ni. Tapi abang keluar sekejap nak call sayang.”
            “Abang ni risau sangat.”
            “Sayang dah selesai ke check up.?”
            “Dah selesai. Ni nak balik dah.”
            “Okay, hati-hati drive.”
            “Okay abang.”
            Adrianna Wafiyah meletakkan telefon bimbitnya ke dalam beg. Baru sahaja dia hendak menutup pintu kereta tiba-tiba ada seorang perempuan menghalangnya. Nazirah terkejut dengan tindakan pantas itu.
            “Nazirah?” Ucapnya pelik.
            “Masih kenal aku. Bagus.” Jawab Nazirah.
            “Kau nak apa lagi?” Tanya Adrianna Wafiyah cemas bila dia melihat wajah Nazirah yang bengis itu.
            “Aku nak kau mati.! Boleh?” Tanya Nazirah sambil ketawa.
            Adrianna Wafiyah mula takut dengan sikap Nazirah. Dia memandang kiri dan kanan kalau-kalau ada orang yang boleh membantunya.
            “Kau cari apa?. Hmm, takut?”
            “Naz..apa-apa masalah kita boleh bawa bincang.” Adrianna Wafiyah cuba berlembut dengan Nazirah.
            “Bincang..hmm..okay. Kita nak bincang dekat mana?” Nazirah mengusap perlahan pipi Adrianna Wafiyah.
            “kesian you kan tengah pregnant macamni nak drive. Bagi sini kunci kereta. Biar I yang drive.”
            Adrianna Wafiyah menggigil ketakutan melihat perangai pelik Nazirah. Dia cuba memcari ruang untuk melarikan diri. Namun Nazirah menghalangnya.
            “Naz, tolong macam buat aku macam ni.” Pujuk Adrianna Wafiyah.
            “Aku kata bagi sini kunci kereta kau!!” Nazirah merampas kunci kereta Adrianna Wafiyah.
            Belum sempat Adrianna Wafiyah menjerit meminta pertolongan, Nazirah dengan pantas menekup mulut Adrianna Wafiyah dengan sehelai kain. Tiba-tiba Adrianna Wafiyah pengsan dan tidak sedarkan diri.
            Nazirah pantas meletakkan Adrianna Wafiyah ditempat duduk belakang dan terus memandu kereta itu ke lokasi yang telah dirancang. Nazirah terus menyuruh orang suruhannya untuk membawa Adrianna Wafiyah masuk ke dalam Villa milik keluarga Nazirah.
            Villa itu agak jauh dari bandar dan ini memudahkan Nazirah untuk melaksanakan tugasnya. Adrianna Wafiyah diikat di dalam satu bilik kosong yang terdapat di dalam villa.
            “Pastikan perempuan tu tak dapat lari.” Nazirah mengeluarkan arahan kepada orang suruhannya.
            “Baik Cik Nazirah.”
            Nazirah terus keluar dari villa itu. Adrianna Wafiyah ditinggalkan di situ bersama orang suruhannya. Ada perkara yang harus dia selesaikan sebelum menamatkan riwayat Adrianna Wafiyah.
            Selepas Nazirah keluar dari Villa itu, Adrianna Wafiyah tersedar dari pengsan. Dia melihat keadaan sekeliling. Sangat asing baginya. Dia cuba mengingati kejadian yang berlaku. Adrianna Wafiyah mula ketakutan. Dia cuba membuka tali yang mengikat tangannya namun gagal. Adrianna Wafiyah menangis takut.
            “Abang..tolong Wafi..Wafi takut…” Adrianna Wafiyah menangis sambil menyebut nama suaminya.
            Adrianna Wafiyah buntu, dia tidak tahu bagaimana mahu melepaskan diri dari tempat itu. Dia bimbang kalau Nazirah benar-benar mahu membunuhnya. Tiba-tiba dia terdengar pintu bilik itu sedang dibuka. Dia mula mengucap panjang. Dia memejamkan matanya. Berserah dengan apa saja yang bakal dia tempohi.
            “Sayang…” Adrianna Wafiyah dapat suara Adam Rayyan memanggilnya.
            “Abang..” Jerit Adrianna Wfaiyah sambil memeluk suaminya.
            “Hey, bangun..sayang mimpi apa sampai berpeluh macamni.” Adam Rayyan mengejutkan Adrianna Wafiyah bangun dari tidur.
            “Astaghfirullah..”Adrianna Wafiyah mengurut dadanya. Lantas dia memeluk Adam Rayyan seeratnya sambil menangis.
            “Kenapa ni.?” Tanya Adam Rayyan sambil mengusap belakang isterinya.
            “Wafi takut..tadi Wafi mimpi Nazirah nak bunuh Wafi..”
            “Jangan takut, itu mimpi aje. Abangkan ada.”
            “Dalam mimpi tu Nazirah cakap dia nak bunuh Wafi. Wafi takut bang. Wafi takut kalau ia betul-betul terjadi.”
            “InShaAllah tak ada apa-apa akan berlaku. Sayang penat sangat ni. Tidurlah.” Pujuk Adam Rayyan.
            “Abang, esok Wafi ajak mummy teman ya. Wafi takut nak pergi check up seorang-seorang.” Rengek Adrianna Wafiyah.
            “Iya esok pagi abang bagitahu mummy. Dah tidur, masih awal lagi ni.” Adam Rayyan mengusap rambut isterinya.

            Adam Rayyan teringat Nazirah. Telah lama dia tidak mendengar berita Nazirah sejak kejadian dia memarahi Nazirah di Sabah dahulu. Terbit juga rasa bimbang kalau Nazirah masih berdendam dengannya. Adam Rayyan cuba melelapkan matanya kembali. Dia memeluk pinggang Adrianna Wafiyah kemas.