Thursday, 24 April 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 29

BAB 29

Nazirah menghempaskan diri di atas katil hotel yang empuk itu. Dia sangat senang hati dengan penerimaan Adam Rayyan. Senang-senang saja Adam Rayyan percaya dengan pengakuannya. Ini adalah peluang baik yang ditunggu-tunggu untuk dia mendapatkan Adam Rayyan kembali. Nazirah tersenyum seorang-seorang membayangkan Adam Rayyan.

“Selepas ini aku akan buat dia percaya dengan aku..Ha..ha..ha.” Nazirah bercakap seorang diri.
            Nazirah mendail nombor khidmat pelanggan hotel berkenaan.

            “Hello, can I get Mr Adam Rayyan room number. I’m his friend.”

            Nazirah menyalin nombor yang diberikan oleh staf hotel itu berkenaan. Dia mula berfikir agenda seterusnya.



Adrianna Wafiyah mengemas baju-baju dan dimasukkan ke dalam beg pakaiannya. Hari ini dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Rindu terhadap ibunya sedikit sebanyak terubat jua.

            “Wafi dah siap berkemas ke?” Tanya Puan Asmah sambil melabuhkan punggung di birai katil.

            “Sikit lagi ibu.” Jawab Adrianna Wafiyah sambil tersenyum memandang ibunya.

            “Ibu ada bekalkan asam pedas ikan sembilang. Nanti Wafi bawa balik ya.”

            “Okay ibu. Susahkan ibu pula pagi-pagi dah terpaksa masak asam pedas.”

            “Tak susah pun. Nanti ibu pun boleh makan. Dah tak perlu nak masak lagi tengahari nanti.”

            Adrianna Wafiyah membawa beg pakaiannya keluar ke ruang tamu. Puan Asmah turut membantu anaknya mengangkat beg pakaian itu. Asam pedas yang dimaksudkan telah siap dibungkus oleh Puan Asmah.

            “Banyaknya ibu asam pedas ni.”

            “Bagilah ibu mertua kamu sikit.”

            “Wafi bawa balik buah manga ni untuk keluarga mertua kamu.” Tok Leman datang sambil membawa satu beg plastik yang berisi buah manga yang dipetik olehnya  dari belakang rumah.

            “La atuk..susah-susah aje.”

            “Banyak sangat buah mangga kat pokok belakang rumah atuk. Siapa yang nak habiskan nanti.”

            “Hmm, yela. Terima kasih ya atuk.” Adrianna menyalami tangan atuknya.

            “Sama-sama. Kirim salam dekat keluarga mertua kamu tu.”

            “Hati-hati memandu. Kalau dah sampai nanti jangan lupa bagitahu ibu.” Pesan Puan Asmah.

            “Okay. Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam.” Jawab Puan Asmah dan Tok Leman serentak.

Kereta BMW X6 milik Adam Rayyan yang dipandu oleh Adrianna Wafiyah mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah Puan Asmah. Adrianna Wafiyah melambai tangannya kepada Ibu dan atuknya menerusi tingkap yang dibuka.

Jalan raya kelihatan agak lengang hari ini. Ini memberi keselesaan pada Adrianna Wafiyah untuk memandu. Dia hanya memandu dengan kadar kelajuan sederhana. Setelah hampir 2 jam perjalanan, Adrianna Wafiyah berhenti sebentar di R&R Dengkil untuk solat zohor.

Disamping itu dia mengambil kesempatan untuk menelefon suaminya. Waktu di London sekarang baru menginjak pagi. Pasti suaminya sedang bersiap-siap. Dia mendail nombor telefon suaminya. Lama Adrianna Wafiyah menunggu tetapi suaminya tidak menjawab panggilan itu. Adrianna Wafiyah mencuba sekali lagi. Tetapi dia hampa kerana panggilannya tidak dijawab. Adrianna Wafiyah mengeluh perlahan. Mungkin suaminya sedang sibuk atau masih tidur. Dia cuba berfikiran positif.  Adrianna Wafiyah segera menghantar pesanan ringkas untuk suaminya.

Di London..
Adam Rayyan baru sahaja selesai membersihkan diri. Hari ini dia akan menghadiri pembentangan di persidangan itu. Dia mengeluarkan baju kemeja berwarna biru dari almari bilik hotelnya.

            Tiba-tiba perasaan rindu terhadap isterinya menjadi semakin membuak-buak. Selalunya Adrianna Wafiyah akan membutangkan baju kemeja yang dipakainya setiap pagi. Dia mencapai telefon bimbit untuk menghubungi isteri kesayanganya. Adam Rayyan terpandang dua miscall dan satu SMS dari Adrianna Wafiyah di skrin telefon bimbitnya.

            Dia mula pelik. Selalunya dia yang yang akan menghubungi isterinya jika ada kelapangan. Adam Rayyan segera membuka SMS itu. Lalu dibaca isi SMS itu.

            Abg bz ya..dua kali Wafi call abg tak jwb. Wafi nak bgthu Wafi otw balik rumah mummy. Abg..Wafi rindu sgt dekat abg. Cpt la balik. Take care n luv u.

            Adam Rayyan tersenyum senang kerana Adrianna Wafiyah sentiasa rindukan dirinya seperti dia merindui isterinya. Adam Rayyan segera mendial nombor telefon isterinya. Kesian isterinya. Pasti tertunggu-tunggu panggilan darinya. Seketika sahaja menunggu, panggilan itu dijawab oleh isterinya.

            “Assalamualaikum, sayang…buat apa tu?” Tanya Adam Rayyan dalam nada romantis.

            “Waalaikumussalam..abang, Wafi rindu sangat dekat abang. Sampai hati abang tak jawab panggilan telefon Wafi.” Adrianna Wafiyah mula meluahkan rasa yang terbuku dihatinya.

            “Sorry sangat sayang..tadi abang dalam bilik air. Abang tak dengar bunyi phone. Abang pun rindu kan sayang. Rindu sangat-sangat.”

            “Banyak alasan abang kan.”

            “Betullah, buat apa abang nak tipu. Sayang buat apa tu?

            “Tengah drive la.”

            “Tengah drive, sayang boleh pula nak jawab phone. Kan bahaya. Nanti abang call balik ya. Sayang drive dulu. Dah sampai nanti text abang.”

            “Wafi pakai handfree la. Tak apa kan..”

            “Oh, cakaplah awal-awal. Hisy..sayang ni suka buat abang membebel tak tentu pasal pagi-pagi ni.”

            “Abang tu yang macam nenek-nenek suka membebel.” Usik Adrianna Wafiyah.

            “Oh..panggil abang nenek iya. Abang balik nanti siaplah sayang abang kerjakan.”

            “Eee, seramnya dengar.” Adrianna Wafiyah ketawa mendengar ugutan dari suaminya.

            “Tahu takut. Sayang, abang dah nak keluar ni. Rafi dah tunggu kat lobby tu. Nanti abang call lagi.”

            “Okay abang. Love you.”

            “Love you too sayang. Assalamualaikum.”

            “Waalaikumussalam.”

Adam Rayyan segera bersiap dan bergegas ke lobby. Dia takut terlambat untuk ke persidangan itu. Pasti Rafi akan membebel di telinganya nanti. Sampai sahaja di bawah kelihatan Rafi dan Nazirah sedang menanti dirinya.

            “Sorry guys, Dah lama ke korang tunggu?” Tanya Adam Rayyan

            “Dah berjanggut aku tunggu kau kat bawah ni.” Gurau Rafi.

            Adam Rayyan hanya ketawa mendengar jawapan dari sahabatnya. Dia tiada niat mahu membalas gurauan itu.

            “You terlewat bangun ke Ray.” Tanya Nazirah

            “Nope, tadi leka berbual dengan wife I. Lupa korang tengah tunggu.”

            “Patutlah, orang tengah mabuk asmara. Memang sampai lupa kawan.” Usik Rafi.

            Sakit hati Nazirah mendengar penyataan dari Adam Rayyan. Tetapi dia harus bersabar dengan semua itu. Tidak lama lagi pasti Adam Rayyan akan berada dalam genggamannya. Dia cuba mempamerkan senyuman dengan gurauan Rafi yang boleh dikira sebagai tidak lawak langsung pada pandangan Nazirah.

            Sepanjang persidangan itu, Nazirah hanya memerhatikan Adam Rayyan. Sungguh dia tidak dapat menahan perasaannya terhadap Adam Rayyan.

Adam Rayyan pula hanya kelihatan bersahaja. Dia hanya memberi tumpuan terhadap pembentangan itu. Cuma sekali-sekali menjawab pertanyaan dari Rafi.

            Tamat sahaja sesi pembentangan itu, mereka menikmati kopi di restoran berhampiran dengan tempat persidangan mereka.

            “Malam ni kita keluar nak tak?” Ajak Nazirah tiba-tiba.

            “Sorry guys, malam ni aku dah janji nak jumpa adik aku.” Jawab Rafi.

            “Adik you?” Tanya Nazirah pelik.

            “I ada adik kat London ni. Dia tengah buat  A – Level.” Terang Rafi.

            “Oh, I see. So I keluar dengan Ray aje lah?” Tanya Nazirah

            “Nampaknya macamtu lah.” Ujar Rafi sambil menggaru kepalanya.

            “Tapi aku..” Ray serba salah. Dia tidak mahu isterinya sedih jika tahu nanti.

            “Ala..wife ko kat Malaysia. Jangan risau, aku takkan bagitahu dia.” Usik Rafi.

            “Kita bukan nak buat apa pun Ray. Just hang out as a friend.” Jawab Nazirah. Dia suka  kerana Rafi tidak ikut serta. Inilah peluang dia untuk mendekati Adam Rayyan.

            “Erm, oklah.” Ucap Adam Rayyan.

            ‘Yess!!’. Jerit Nazirah dalam hati. Malam ni dia akan menggoda Adam Rayyan.

Malam itu Nazirah begitu teruja kerana dapat berdua-duaan dengan Adam Rayyan. Kesempatan yang ada akan digunakan sebaik mungkin. Selesai makan malam, mereka hanya berjalan-jalan sambil mengambil angin malam.

            “Dah lama kita tak keluar macamni kan?” Ujar Nazirah.

            “Ya, semua itu telah menjadi kenangan lalu dalam hidup I.” Jawab Adam Rayyan.

            “Ray, you masih marahkan I?” Tanya Nazirah.

            “As long as you dah berubah, buat apa I nak simpan perasaan marah lagi pada you. Masing-masing ada buat silap.”

            “Tapi I tak pernah lupakan you. Sampai bila-bila pun I takkan pernah buang you dari hati I. I terlalu cintakan you Ray. Tapi I sedar segalanya telah berubah and I harus terima kenyataan yang kita tiada jodoh.”

            “You adalah cinta pertama I, tapi segalanya telah ditentukan. So I harap you akan dapat pengganti yang jauh lebih baik dari I.”

            “Thank you Ray.”

            “Hmm, jomlah kita balik. Lama-lama boleh beku kat luar ni.” Ajak Adam Rayyan.

            “Iyalah. Makin sejuk pula malam ni.”

            Mereka berjalan bersama-sama memasuki ruangan hotel. Sampai sahaja di tingkat 12 Adam Rayyan keluar dari lif manakala Nazirah masih perlu menaiki beberapa tingkat lagi, memandangkan bilik hotelnya di tingkat 16.

            “See you tomorrow.” Ucap Adam Rayyan sebelum pintu lif itu tertutup semula.

            Setengah jam kemudian, telefon bilik hotel Adam Rayyan berdering. Dia mengangkat telefon itu.

            “Hello” Jawab Adam Rayyan.

            “Ray, you boleh tolong I tak?”

            “Nazirah, kenapa ni?”

            “Ray, kepala I sakit sangat. I tak larat nak cari ubat I. I tak ingat mana I letak.”

            “Bilik you nombor berapa?. Okay, You tunggu sekejap nanti I datang.” Tanpa memikirkan sesuatu yang negatif, Adam Rayyan terus keluar ke bilik Nazirah.
           
Ting..Tong..Ting..Tong..

Nazirah bergegas membuka pintu biliknya. Dia sengaja memakai gaun tidur yang nipis untuk menggoda Adam Rayyan.

Are you okay.?” Tanya Adam Rayyan. Sambil sempat memandang ke arah gaun tidur Nazirah yang agak nipis itu. Adam Rayyan telan liur. Dia mengalihkan matanya dari memandang Nazirah.

“Tolong Ray, carikan ubat I.” Nazirah mempelawa Adam Rayyan masuk ke biliknya.

Adam Rayyan seperti patuh dengan pelawaan Nazirah terus masuk ke dalam bilik itu tanpa berfikir kebarangkalian yang boleh terjadi. Nazirah hanya berbaring disofa sambil menanti Adam Rayyan mencari ubat sakit kepalanya.

“Ini ubat you.” Adam Rayyan membawa sebotol ubat yang dimaksudkan kepada Nazirah.

Thanks Ray.”

“Sejak bila you ada migrin ni?” Tanya Adam Rayyan kerana dulu tidak pernah pula dia lihat Nazirah kerap sakit kepala.

“Baru lagi. Maybe sebab I kurang tidur.”

“Okaylah. You rehatlah. I balik bilik dulu.” Ucap Ray.

“Okay, thanks again Ray.

Nazirah menghantar Adam Rayyan hingga ke pintu. Tiba-tiba sahaja dia rasa hendak terjatuh dan terus disambut oleh Adam Rayyan. Adam Rayyan segera memapah Nazirah dan diletakkan di atas katil.

Adam Rayyan ingin menelefon operator untuk mendapatkan khidmat doktor. Baru sahaja dia hendak mengangkat ganggang telefon, tiba-tiba Nazirah memeluknya dari belakang. Adam Rayyan terkejut dengan perlakuan Nazirah. Dia cuba melepaskan tangan Nazirah dari memeluknya.

“Ray, I sayang sangat dengan you. Please Ray. Please stay with me tonight.”

“Naz, bawa mengucap.” Adam Rayyan cuba mengelak dari cumbuan menggila Nazirah.

Adam Rayyan mulai risau kerana imannya sudah menjadi senipis kulit bawang. Pelukkan Nazirah membuat dia terus leka. Perlahan - lahan tangannya membalas pelukkan Nazirah. Lama bibirnya memagut lembut bibir Nazirah tanpa disedari. Kerinduan terhadap isterinya terus hilang bila Nazirah semakin menggodanya.

Tiba-tiba Adam Rayyan tersedar dari perbuatannya. Dia terus menolak Nazirah jauh dari tubuhnya. Rambutnya diraup ke belakang. Godaan syaitan hampir sahaja meruntuhkan rumah tangganya.

‘Ya Allah, apa aku dah buat ni.’ Jerit Adam Rayyan dalam hati.

“Ray, I minta maaf. I tak berniat nak buat you macamni. Tapi entahlah I asyik fikirkan pasal you aje kebelakangan ini. Sampai I bertindak bodoh macam tadi.” Terang Nazirah sambil pura-pura menangis.

            “Sorry, I  betul-betul tak sengaja.” Adam Rayyan bingkas bangun dan terus keluar dari bilik Nazirah.

Hilang sahaja kelibat Adam Rayyan dari pandangan mata mata Nazirah, bergema ketawa Nazirah di dalam bilik hotel itu. Akhirnya Adam Rayyan kecundangan di tangannya. Pasti selepas ini Adam Rayyan akan rasa bersalah terhadap dia. Itu yang sebenarnya Nazirah mahukan supaya Adam Rayyan tunduk kepadanya. Nazirah mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia mendial nombor seseorang.

“Hello, kau dah ikut perempuan tu?”

“Sudah bos. Setakat ini kami lihat dia hanya pergi balik pejabat. Tidak ke mana-mana.” Jawab si pemanggil.

“Okay, aku nak kau terus ikut pergerakkan dia. Aku akan bagitahu kau arahan seterusnya bila tiba masanya nanti.”
“Baik bos.”

Nazirah mematikan talian sambil tersenyum sinis. Dia akan buat supaya Adam Rayyan hilang kepercayaan terhadap Adrianna Wafiyah. Oleh kerana itu dia telah mengupah seseorang untuk memerhatikan tindak tanduk Adrianna Wafiyah. Jika perlu, dia akan tabur fitnah kepada Adrianna Wafiyah.

Adam Rayyan berteleku dia atas sejadah yang dibentang. Dia mohon keampunan dari Allah SWT atas ketelanjurannya sebentar tadi. Dia amat bersyukur kerana tersedar sebelum berlanjur lebih jauh dengan Nazirah.

            Adam Rayyan rasa bersalah di atas ketelanjurannya terhadap Nazirah. Pasti Nazirah akan menganggapnya sengaja mahu mengambil kesempatan. Jika Nazirah tidak memeluknya pasti semua ini tidak akan berlaku. Perasaan bersalah berhadap isterinya mula menjelma. Tidak disangka iman yang dijaga selama ini runtuh gara-gara Nazirah.


‘Ah, aku tidak boleh menyalahkan Nazirah seratus peratus. Kalau aku tidak terbuai dengan layanannya sebentar tadi, pasti semua ini tidak akan terjadi. ’ Adam Rayyan berkata dalam hatinya. Kusut!

Wednesday, 23 April 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 28

BAB 28

Kedengaran pengumuman untuk semua penumpang ke London supaya memasuki kapal terbang. Adrianna Wafiyah menjadi sayu hati untuk berpisah dengan suaminya. Tangannya menggenggam erat lengan suaminya. Seperti tidak membenarnya suaminya pergi.

            “Abang terpaksa pegi sekarang. Nanti terlepas flight pula. Nanti sayang hati-hati drive. Kalau ada apa-apa cepat-cepat call papa ya. Risau abang.” Ucap Adam Rayyan sambil mengucup dahi dan pipi isterinya.

            Adrianna Wafiyah menahan sebak sebaik mendengar ucapan dari suaminya. Lagaknya seperti mahu berpisah setahun dengan suaminya.

            “Hey, tak nak la menangis macamni. Berat hati abang nak pegi. Abang pegi seminggu aje.”

            Adrianna Wafiyah mengangguk faham. Dia bukan tidak faham suaminya cuma pergi selama seminggu sahaja. Tetapi hatinya keberatan mahu berpisah dengan suaminya. Walau bagaimana pun Adrianna Wafiyah terpaksa akur kerana suaminya pergi atas urusan kerja.

            “Abang jaga diri kat sana. Jangan nak menggatal dengan perempuan lain.” Pesan Adrianna Wafiyah.

            “Ke situ pula. Abang dah tak pandang perempuan lain. Sayang seorang pun dah cukup untuk abang.”

            “okay abang pegi dulu. Take care your self. Drive carefully.” Pesan Adam Rayyan lagi.

            “Okay bang. Love you.”

            “Love you too sayang.”



Adrianna Wafiyah memandu kereta suaminya dengan berhati-hati. Risau mahu memandu kereta besar seperti ini. Disebabkan kedegilan suaminya yang mahukan dia memandu kereta BMW X6 ini membuatkan Adrianna Wafiyah terpaksa akur dengan permintaan itu. Kalau ikutkan hati, dia mahu memandu keretanya sendiri. Biarpun kecil tapi dia lebih selesa.

            Dua jam setengah perjalanan, akhirnya Adrianna Wafiyah sampai jua dikampung halamannya. Rasa syukur dipanjat kerana dia sampai dengan selamat. Telefon bimbit dikeluarkan dan dengan pantas dia menghantar pesanan ringkas kepada ibu mertuanya untuk memberitahu dia telah sampai dengan selamat.

            Salam,mummy Wafi dah sampai kampung.

Seminit kemudian SMSnya berbalas.

            Alhamdulillah. Kirim slm ibu kamu.

            InShaAllah mummy, bye

            Adrianna Wafiyah segera mengeluarkan beg pakaiannya dari bonet kereta. Rumah Puan Asmah kelihatan sunyi sepi. ‘Barangkali ibu dah tidur’. Detik hatinya. Silapnya juga tidak memberitahu kepulangannya kepada ibu.

            “Assalamualaikum..ibu oh ibu.”

            “Waalaikumussalam. Ya Allah Wafi. Kenapa balik tak bagitahu nak.?” Tegur Puan Asmah. Gembira melihat anak kesayangannya pulang. Sudah lama dia rindukan anak tunggalnya itu.

            “Saja la nak bagi ibu surprise.” Usik Adrianna Wafiyah.

            “Eh, mana Rayyan? Takkan kamu balik seorang malam-malam begini.?” Tanya Puan Asmah dengan risau.

            “Jangan-jangan kamu bergaduh dengan Rayyan tak, lepas tu lari balik kampung ibu.” Tebak Puan Asmah lagi.

            “Ibu, kalau iya pun bagi la Wafi masuk dulu. Penat dah pegang beg ni. Berat tahu tak.” Rungut Adrianna Wafiyah.

Sebab itu dia tidak mahu memberitahu kepulangannya. Kalau tidak jangan harap ibu dia akan benarkan dia pulang malam-malam begini. Macam-macam yang difikirkan oleh ibunya nanti.

“Yela, masuk cepat. Hisy, bertuah betul budak ni.” Puan Asmah membantu anaknya mengangkat beg pakaian.

Adrianna Wafiyah melabuhkan punggung ke sofa. Terasa kejang urat sarafnya memandu. Dia menyandarkan kepala ke atas sofa untuk mencari keselesaan.

“Mana Rayyan. Kenapa kamu balik seorang saja?” Tanya Puan Asmah lagi sambil membawa segelas air untuk anaknya.

“Abang Ray ke London ibu. Tadi lepas hantar dia, Wafi terus balik sini.”

“Kamu dah minta izin dengan dia nak balik rumah ibu ni.?”

“Mestilah minta ibu. Takkan Wafi nak main redah aje.”

“Berapa hari kamu kat sini?”

“Lusa Wafi balik la.”

“Sekejapnya?”

“Wafi dapat cuti hari isnin aje ibu. Selesa Wafi dah kerja.”

“Hmm, yela. Kamu pun nampak penat. Pegi la rehat. Esok kita berbual lagi.”

Adrianna Wafiyah hanya mengangguk sambil melangkah ke bilik tidurnya.

“Kamu dah makan ke belum ni?”

            “Dah ibu.” Laung Adrianna Wafiyah dari dalam bilik.

Dia menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Terasa selesa sangat badannya kerana dapat membetulkan urat saraf yang seakan terbelit gara-gara menghadap jalan raya yang sesak tadi . Adrianna Wafiyah agak sukar mahu melelapkan mata. Baru beberapa jam berpisah dengan suaminya, dia telah merindui lelaki itu.

            Adrianna Wafiyah mengeluarkan baju yang dipakai oleh suaminya petang tadi. Sengaja dia membawa baju itu supaya dia rasa dekat dengan suaminya. Adrianna Wafiyah memeluk baju itu seeratnya. Seolah-olah dia sedang memeluk suaminya. Lama-kelamaan matanya mula memberat dan akhirnya Adrianna Wafiyah tertidur.


Pagi itu Puan Asmah bangun awal untuk meyediakan sarapan. Dia ingat memasak makanan gemaran anaknya. Adrianna Wafiyah gemar memakan lempeng bersama sambal sardin cili padi. Dia memasak satu persatu lempeng itu dengan berhati-hati. Kelibatan Adrianna Wafiyah masih belum kelihatan.

            Pulas sekali tidurnya malam tadi. Adrianna Wafiyah menggeliat perlahan. Bau wangi dari dapur memaksa Adrianna Wafiyah untuk bangkit dari katil. Dia kenal dengan bau itu. Pasti ibunya memasak makanan kegemarannya. Dengan pantas dia bangkit dan berjalan ke arah dapur.

            “Hmm, sedapnya bau. Ibu tahu-tahu aje Wafi teringin sangat nak makan lempeng dengan sambal sardin.” Ujar Adrianna Wafiyah sambil mencuri makan lempeng yang telah siap dihidang.

            “Belum cuci muka dah makan dulu ya.” Perli Puan Asmah.

            “Ala ibu, lepas makan Wafi terus mandi. Kan senang. Jimat air, jimat tenaga.” Jawab Adrianna Wafiyah.

            “Banyak betulkan alasan kamu.”

            “Banyaknya ibu masak lempeng?”

            “Yela, takkan kamu seorang nak makan. Ibu ada ajak Atuk kamu makan sekali.”

            “Hmm, yela. Wafi mandi dulu.”

            Puan Asmah menggeleng kepala dengan perangai anaknya. Masih kebudak-budakkan pada pandangan Puan Asmah.
           

Adrianna Wafiyah hanya bersiap ala kadar. Dia hanya mengenakan seluar track bottom dengan t’shirt berwarna putih. Sedang Adrianna Wafiyah menyisir rambutnya, telefon bimbitnya berbunyi. Dengan pantas dia menjawab panggilan itu. Sejak semalam dia menanti panggilan dari suaminya.

            “Assalamualaikum abang.”

            “Waalaikumussalam. Mana tahu abang yang call?”

            “Wafi ada instinct yang kuat.”

            “Sayang tengah buat apa tu? Ibu sihat?”

            “Baru lepas mandi. Baru nak sarapan. Abang dah makan?”

            “Abang baru nak tidur. Tadi dah makan dengan Rafi”

            “Rafi ada sekali ke?”

            “Haah, abang lupa nak bagitahu sayang. Company Rafi pun join this conference.”

            “ Seronoklah abang ada geng kat sana. Mesti lupakan Wafi nanti.” Adrianna Wafiyah meniarap di atas katil sambil berbual dengan suaminya. Lupa sebentar pada lempeng panas di dapur.

            “Kalau sayang ada lagi seronok. Kat sini sejuk. Boleh juga abang peluk-peluk sayang.”

            “Mulalah nak fikir ke lain tu. Abang peluklah Rafi tu kalau sejuk.” Usik Adrianna Wafiyah.

            “Dari abang peluk Rafi, baik abang peluk minah saleh kat sini.” Adam Rayyan sengaja mahu mengusik jiwa isterinya.

            “Abang jangan nak mengada-ngada ya. Nanti tak pasal-pasal sekarang juga Wafi terbang ke London.” Adrianna Wafiyah mula dilanda cemburu.

            “Ha..ha..ha..” Terburai ketawa Adam Rayyan. Tak sangka kuat cemburu juga isteri kesayangannya ini.

            “Malaslah cakap dengan abang. Saja nak usik Wafi kan. Tak tahu kita kat sini tidur tak lena makan tak kenyang rindukan dia.” Suara Adrianna Wafiyah mula berubah rentak.

            “Ala, abang gurau aje. Sorry okay. Hmm..sayang abang tidur dulu ya. Esok pagi ada conference
Sayang kat sana jangan nakal-nakal. Jangan lupa mesej abang setiap hari. Update your day life.
            “Ya.. Wafi ingat.”

            “Bagus, that’s my girl. Sampaikan salam abang pada ibu. Bye sayang. Love you.”

            “InShaAllah, Love you too.”

            Adrianna Wafiyah melangkah keluar dari bilik. Dia tersenyum girang. Maklumlah suami tercinta baru sahaja telefon. Terubat rindu Adrianna Wafiyah pada suaminya.

Dari jauh sayup-sayup kedengara suara Tok Leman. Adrianna Wafiyah menapak ke dapur. ‘Pasti atuk dah sampai.’ Detik hati Adrianna Wafiyah. Dia rindukan Tok Leman. Tok Leman adalah satu-satunya atuk yang dia ada di muka bumi ini.

            “Atukkkk….Atuk sihat?” Adrianna Wafiyah menyapa girang sambil bersalam dengan Tok Leman.

            “Sihat cara  dah tua. Macam ini aje lah.” Jawab Tok Leman.

            “Ibu, Abang Ray kirim salam.”

            “Waalaikumussalam. Patutlah berselera anak ibu makan. Rupa-rupanya baru lepas rindu dengan suami dia ayah.” Usik Puan Asmah.

            “Arwah nenek kamu dulu pun sama juga. Kalau atuk tak ada. Makan pun tak lalu sebab rindukan atuk.” Cerita Tok Leman.

            “Iya ke atuk. Sayang Wafi tak sempat nak mengenali arwah nenek.”

            “Dah la, tutup cerita lama. Kamu berapa hari kat sini.?” Tanya Tok Leman.

            “Esok dah baliklah atuk. Lusa Wafi kerja.”

            “Sekejap sangat kamu balik. Nanti lainkali kalau balik ajak sekali suami kamu. Hari tu masa kamu kahwin atuk tak sempat nak kenal dengan dia.”

            “InShaAllah atuk.”




Di London..
Suasana pagi di London agak sejuk memandangkan di sana sekarang sedang musim sejuk. Nazirah mengenakan jaket kulit yang disaluti bulu tebal yang diperbuat daripada bulu kambing biri-biri di dalamnya. Memang cantik. Dia berlegar-legar di hadapan lobi hotel Hilton menantikan Adam Rayyan. Dia pasti Adam Rayyan akan terkejut melihat dia di sini. Dia sengaja datang ke London untuk menghadiri persidangan ini. Selepas mendengar daddynya memberitahu Adam Rayyan menggantikan papanya ke sini, Nazirah terus membuat keputusan untuk menggantikan daddynya.

            Dari jauh dia nampak Adam Rayyan sedang berjalan masuk ke Coffe House yang terdapat di dalam hotel itu bersama-sama Rafi. Dia segera mengambil peluang ini untuk mendekati Adam Rayyan.

            “Excuse me, I tak tahu pula you all pun ada di London.” Tegur Nazirah mesra.

            “Hey Naz, you buat apa kat sini?” Tanya Rafi.

            “ I came here for the conference. Ganti my dad.”

            “Samalah dengan kitaorang.”

            “Wahh, seronoklah. Dapat kita pegi sama-sama. Can I join you all breakfast?”

            “Ofcourse, have a seat.”

            Adam Rayyan hanya diam membantu. Dia tidak suka Nazirah ada di sini. Nazirah yang perasan wajah mendung Adam Rayyan cuba untuk menceriakan suasana. Dia akan buat Adam Rayyan jatuh cinta semula dengannya. Kesempatan yang ada sekarang ini dia akan gunakan sebaik mungkin.

            Usai masing-masing telah kenyang. Mereka bersama-sama menghadiri persidangan itu. Adam Rayyan mula tidak selesa bila Nazirah asyik merapatkan tubuhnya dekat kepada Adam Rayyan.

            Sesi persidangan itu berlangsung sehingga jam 1 petang waktu London. Tamat sahaja persidangan itu, Adam Rayyan bergegas keluar dari dewan itu. Dia mahu menjauhi Nazirah yang seakan cuba menggoda dirinya. Sepanjang persidangan itu berlangsung, Nazirah kerap kali melentokkan kepala dibahunya dengan alasan dia sakit kepala kerana tidak cukup tidur. Naik rimas Adam Rayyan dibuatnya.

            “Ray..Ray..tunggu.” Laung Rafi.

            Adam Rayyan berhenti dan menoleh ke arah suara itu. Rafi segera berlari anak mendapatkan sahabatnya itu. Nazirah mengikuti langkah Rafi dari belakang.

            “Kau nak ke mana? Jomlah kita pegi makan sama-sama. Naz cakap dia tahu restoran yang sedap kat sini. Jomlah.” Ajak Rafi. Dia tahu Adam Rayyan tidak selesa dengan kehadiran Nazirah. Tapi pada Rafi, Adam Rayyan tidak sepatutnya berbuat begitu pada Nazirah. Itu cerita lama.

            “Iya Ray, come join us. Lagipun awal lagi ni. Balik hotel pun you seorang-seorang aje kan.” Pujuk Nazirah.

            “Jomlah.” Rafi menarik tangan Adam Rayyan.

            Adam Rayyan terpaksa mengikut mereka. Dia tidak mahu menghampakan Rafi. Mereka memasuki sebuah restaron Malaysia yang terdapat di Kota London. Terdapat ramai pengunjung Malaysia yang menikmati masakan di restoran itu.

            “Akhirnya, dapat juga aku makan asam pedas.” Ucap Rafi sambil menyuap nasi ke mulutnya.

            “Eh, baru dua hari kau tak makan nasi. Dah rindu dah masakan Malaysia.” Usik Adam Rayyan.

            “Haah, betul cakap Ray. Sekali sekala biarlah tekak tu rasa makan western pula.” Usik Nazirah pula.

            “Korang lain la. Tekak mat saleh. Aku ni memang melayu jati. Tak tertelan tekak ni kalau tak ada sambal belacan.”

            “Macam-macam la you ni.” Nazirah ketawa lucu dan diikuti dengan Adam Rayyan.

            Suasana yang tadinya agak tegang beransur ceria. Adam Rayyan sudah boleh bergurau dan membalas gurauan Nazirah. Masing-masing seronok apabila cerita-cerita zaman Universiti menjadi topik perbualan mereka bertiga.

            “Err..Ray, I sebenarnya nak buat pengakuan di depan you and Rafi.” Nazirah tiba-tiba berubah serius.

            “Apa dia?” Adam Rayyan mulai tidak selesa. Dia tidak mahu Nazirah menuntut cinta darinya lagi.

            “I nak minta maaf dengan you pasal hal-hal lepas. I menyesal. Sekarang ini I dah boleh terima hakikat bahawa you bukan lagi milik I. I berharap sangat kita boleh terus berkawan biasa.”

            “I dah malas nak ingat hal-hal lepas. Kalau you betul-betul ikhlas nak berkawan dengan I, I tak ada masalah. Okay, kita boleh berkawan macam biasa.” Jawab Adam Rayyan.

Adam Rayyan berasa lega dengan pengakuan Nazirah. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu lagi bermusuh dengan Nazirah. Setiap manusia harus mendapat kemaafaan jika mereka telah menginsafi kesalahan mereka.

So, friend?”. Nazirah menghulurkan tangannya kepada Adam Rayyan tanda salam perkenalan mereka. Dengan senang hati Adam Rayyan menyambutnya tanpa rasa ragu.

“Haa..macam itu la..kita kan dah lama berkawan.” Ujar Rafi.

Nazirah dan Adam Rayyan sama-sama tersenyum. Memang betul cakap Rafi. Mereka tak sepatutnya bermusuh. Pengalaman telah mendewasakan mereka. Jadi bagi Adam Rayyan dia harus bersikap matang. Kini dia telah ada Adrianna Wafiyah. Jika Nazirah sudah menerima hakikat yang mereka tiada jodoh, kenapa Adam Rayyan perlu menjauhi Nazirah lagi. Walaubagaimanapun, Nazirah pernah bertakhta dihatinya suatu ketika dahulu. Jadi tidak salah kalau dia mahu berkawan biasa dengan Nazirah selagi dia tahu batas-batas sebagai suami kepada AdriannaWafiyah.


Setelah kekenyangan mereka bertiga berjalan beriringan pulang ke hotel. Masing-masing agak keletihan kerana persidangan itu mengambil masa yang agak lama.