Wednesday, 16 April 2014

"Kenal Erti Cinta" - BAB 24

BAB 24

Jalanraya agak sesak pada waktu pagi. Hari ini Adrianna Wafiyah tidak memandu ke pejabat kerana suami tercintanya menawar diri untuk menghantarnya ke pejabat. Terus berbunga hati Adrianna Wafiyah bila suaminya melahirkan hasrat hati untuk menghantarnya ke pejabat usai mereka bersarapan tadi.

“Sayang, minggu depan abang akan ke London.”

“London?Buat apa ke sana?”

“Abang kena ganti papa ke London. Sayang nak ikut?”

“Berapa hari abang pegi?. Kenapa papa tak dapat pergi?” Tanya Adrianna Wafiyah dengan wajah monyok. Jiwanya jadi sedih bila terpaksa berjauhan dengan suaminya.

“Lebih kurang seminggu. Papa kan nak pergi Haji. Jadi banyak la tu persiapan yang dia nak buat. Hey, tak nak la monyok macamtu.” Adam Rayyan menggosok lembut pipi isterinya.

“Wafi tak nak abang jauh dari Wafi.” Adrianna Wafiyah menyuarakan gelodak jiwanya.

“Sebab tu abang ajak sayang ikut.” Adam Rayyan menggegam jari-jemari milik isterinya. Hatinya juga tidak keruan jika berjauhan dengan isterinya.

“Abang pegi urusan kerja. Nanti Wafi bosan sorang-sorang dalam bilik. Lagipun cuti Wafi dah tinggal sikit.”

“Tulah abang dah suruh berhenti kan. Kalau tak kerja senanglah nak ikut abang kemana-mana.”

“Erm, kalau abang pegi London..Wafi balik kampung boleh? Dah lama tak jenguk ibu?” Adrianna Wafiyah menggunakan suara yang lunak lagi manja.

“Emm, nak balik punya pasal, baru nak manja-manja dengan abang ye?” Adam Rayyan menarik hidung isterinya.
“Boleh tak?

“Kata cuti tinggal sikit. Balik kampung boleh pula?” Adam Rayyan bersuara sambil mata menumpukan pada jalanraya yang agak sesak.

“Wafi balik hari minggu la. Please abang.” Adrianna Wafiyah menggenggam kedua-dua tangannya sambil membuat mimik wajah kesian dengan harapan Adam Rayyan akan cair.

“Macam-macam isteri abang ni. Okay, boleh balik tapi jangan nakal-nakal. Sepanjang abang tak ada nanti please stay at mummy house. Bahaya kalau sayang tinggal sorang-sorang dekat rumah kita tu.”

“Baik bos!” Adrianna Wafiyah menabik tangannya.

Adam Rayyan hanya ketawa kecil dengan sifat nakal isterinya yang sebelum ini tersembunyi disebalik wajah ayunya. Kini dia lebih mengenali isterinya. Adrianna Wafiyah seorang yang sangat happy go lucky. Tapi semua itu hilang bila Adam Rayyan tidak menerimanya sebagai isteri sebelum ini. Sekarang Adam Rayyan sangat bersyukur dengan kesempatan yang Allah SWT berikan padanya.



Sejak peristiwa di pantri hari itu, Adrianna Wafiyah jarang nampak Reza keluar dari biliknya. Reza lebih banyak berdiam diri. Kalau dulu bila dahaga Reza lebih selesa membuat air sendiri di pantri. Sekarang ini dia perasan kak Rita yang selalu membuat air untuk bos mudanya itu.

            Adrianna Wafiyah menongkat dagu sambil merenung bilik Reza. Terasa bersalah dengan Reza kerana terlalu mendedak dia meluahkan segalanya tempoh. ‘Kesian Reza tentu dia terkejut dan sedih bila mendengar pengakuan darinya.’ Keluh hati Adrianna Wafiyah.

            “Oitt makcik, dari tadi aku tengok kau asyik duk tenung bilik Reza kenapa? Ada hati balik ke?” Terjah Sofea. Seperti biasa akan mengundang marah Adrianna Wafiyah kerana dia paling pantang disergah begitu.

            “Hisyy kau ni. Gila ke apa aku nak ada hati dekat Reza tu.” Adrianna Wafiyah memuncung mulut ke arah bilik Reza.

            “Dah tu kenapa kau tenung bilik dia?”

            “Aku sebenarnya rasa bersalah dekat dia.” Luah Adrianna Wafiyah

            “Wafi ku sayang lebih baik dia terluka sekarang dari dia terluka kemudian hari. Lagi parah. InShaAllah dia akan okay lepas ni.” Nasihat Sofea.

            “Harap-harap macamtulah.”

            “Amboi, tak habis-habis bergosip dua sahabat sejati ni.” Kak Rita datang sambil bercekak pinggang.

            “Alamak, mak tiri datang. Lari Wafi.” Gurau Sofea.

            “Apa mak tiri ye.” Kak Rita mencubit lengan Sofea.

            “Aduhh, sakitlah kak. Tangan macam ketam. Asyik nak kepit orang aje kerjanya.” Sofea menggosok lengannya sambil muncung.

            “Alala.., cubit sikit muncungnya dah sampai ke depan pintu panjangnya.” Usik Kak Rita.

            “Dah la kak, tak payah layan Fea ni. Mengada aje lebih.” Giat Adrianna Wafiyah pula.

            “Sampai hati kau kan Wafi.” Sofea makin tarik muncung.

            “Eleh, sikit-sikit sentap. Aku gurau ajelah.”

            “Macam-macam hal korang berdua ni. Ni Wafi, Encik Reza nak jumpa. Dia pesan bawak sekali report tahun lepas pasal projek dekat ulu kelang tu.” Pesan Rita.

            “Oh, baik kak, kejap lagi saya pegi.”

“Jangan lambat. Akak tengok bos tu sejak akhir-akhir ni bad mood aje.” Pesan Rita lagi sambil melangkah ke tempatnya.

Adrianna Wafiyah mengeluh panjang. Dia menyemak semula fail laporan itu sebelum melangkah ke bilik Reza. Risau jika ada maklumat yang tercicir.

Pintu bilik diketuk. Setelah mendengar arahan masuk, barulah Adrianna Wafiyah melangkah masuk ke bilik bos nya.

“Duduk Wafi.” Arah Reza dengan tegas.

Adrianna Wafiyah menelan liur. Takut pula bila Reza serius seperti ini. Jangan dihamburnya sudah. Adakah Reza sedang memusuhinya gara-gara dia berterus terang mengenai statusnya minggu lalu. ‘Kalau iya Reza marahkan dia sebab itu, memang tak profesional langsung.’ Detik hati Adrianna Wafiyah.

“Mana laporan yang saya minta tu?” Tanya Reza

“Err, ini laporannya Encik Reza.” Adrianna Wafiyah menyerahkan laporan yang dibawa kepada Reza.

“Kenapa muka awak pucat lesi? Sakit ke?” Tanya Reza. Cara percakapannya juga sudah berubah
.
“Err, tak ada apa Encik Reza. Saya okay.”

“Hmm, kalau macamtu awak boleh keluar dulu.” Arah Reza

“Baik Encik Reza.” Adrianna Wafiyah menghayun langkah keluar dari bilik Reza.

Reza meraup rambut ke belakang. Hatinya sakit bila terpaksa berlakon seperti itu dihadapan Adrianna Wafiyah. Tapi dia harus kuat. Sudah ketentuan Allah SWT yang Adrianna Wafiyah bukan jodohnya. Dia harus membuka ruang dihatinya untuk perempuan lain.

Tiba-tiba ingatannya teringatkan seraup wajah milik Alisya Umaira. Dengan pantas telefon bimbit dicapai dan dia menghantar SMS kepada Alisya Umaira.

Salam, bz ke?

Seketika sahaja SMSnya sudah dibalas.

Sape ni?

Oh, sorry lupa nak kenalkan diri. Reza lah.

Aik, mimpi ape abg cari Lisya ni?

Saje nak berbual. Lisya bz ke? Klu bz abg SMS lain kali.

Ada riak kecewa dihatinya bila Alisya Umaira seperti tidak mahu melayan SMSnya.

He.he..he.. abg ni dah makin tua ni cepat merajuk ye.. Lisya gurau aje lah.

Reza mengukir senyuman bila menerima SMS dari Alisya Umaira.

Lisya, ptg ni abg nak jumpe Lisya blh?

Hmm, blh. Kat mana?

Kita jmpe di Wangsa Walk.

Hm, ok. Got to go. Bos pggl. Jmpe ptg nanti. J

Reza memandang sepi telefonnya. Niatnya ingin berbual lama dengan Alisya Umaira terbantut bila gadis itu dengan pantas mematikan SMSnya. Dia meneliti laporan yang dihantar Adrianna Wafiyah sebentar tadi. Cuba mengembalikan mood kerjanya.



Nazirah berjalan mundar-mundir dihadapan pintu masuk KLCC. Dari tadi dia menanti sahabatnya Sally. Tapi sampai setengah jam menanti, bayang-bayang Sally masih belum kelihatan. Nazriah mula panas hati. ‘Janji pukul 1, ni dah 1.30 pun sampai tak sampai lagi.’ Geram Nazirah dalam hatinya.

            Kalau bukan kerana Sally yang menelefon mahu bertemu dengannya, jangan harap Nazirah mahu bertemu dengan Sally. Hatinya masih sakit bila sahabat sendiri tidak mahu membantunya, malah meminta dia lupakan kekasih hatinya.

            “Beb, sorry. Traffic jamme tadi.” Sally tergesa-gesa melangkah ea rah sahabatnya.

            Nazirah memandang sahabatnya atas bawah, dia masih tercegang melihat gadis dihadapannya itu. Hampir dia tidak mengenali gadis yang berada dihadapannya itu. Baru 2 minggu tak jumpa dengan Sally gara-gara dia merajuk dengan sahabatnya itu, tidah disangka Sally telah berubah 360 darjah begini.

            “Beb, kau nak dengar tak aku bercakap dengan kau ni?” Sally melayangkan tangannya dihadapan wajah Nazirah. Dia tahu pasti sahabatnya terkejut melihat perubahannya.

            “Err, sejak bila kau bertudung litup ni?” Perli Nazirah.

            “Alhamdulillah, dah sampai seru kot.” Gurau Sally.

            “Jomlah kita pegi makan. Aku dah lapar ni.” Potong Nazirah.

            Sally berjalan seiringan dengan Nazirah. Dia melihat Nazirah seperti kekok mahu bertutur dengannya. Adakah Nazirah masih merajuk dengannya. Sally hanya mengeluh perlahan. Dia berharap sangat Nazirah tidak meneruskan niat mahu merampas Adam Rayyan dari Adrianna Wafiyah.

            Sally dan Adrianna Wafiyah menjadi semakin rapat bila Sally banyak meminta tunjuk ajar dari Adrianna Wafiyah melalui telefon tentang panduan menjadi muslimah solehah. Kalau Nazirah tahu pasti dia akan putus persahabatan dengan Sally. Mana tidaknya sahabat baiknya sendiri berkawan dengan musuh ketatnya.

            Mereka mencari meja kosong. Waktu tengahari begini memang susah nak dapat meja kosong kerana semua orang keluar pejabat mahu makan tengahari. Setelah lima minit mencari, barulah mereka dapat meja. Dengan segera pelayan restoran itu mengambil pesanan mereka.

            “So, kenapa kau nak jumpa aku?” Soal Nazirah sambil menyilang tangannya ke dada.

            “Saja la nak jumpa kau.” Jawab Sally sambil mengukirkan senyuman. Walaupun muka Nazirah jelas kelihatan tidak gembira bertemu dengannya.

            “Bukan kau nak bagi ceramah dengan aku? Yela sekarang kan dah berubah jadi Ustazah.” Perli Nazirah lagi.

            “Tak baik kau tuduh aku macamtu.” Sedih hati Sally bila Nazirah seakan memerli dirinya. Salahkah kalau dia mahu berubah ke jalan Allah SWT.

            “Aku rasa lain la bila kau seolah-olah tak mahu berkawan lagi dengan aku.” Sally memandang wajah Nazirah.
            “Aku okay je, Don’t worry. Lagipun aku ni kan jahat. Tak layak nak berkawan dengan kau.” Jawab Nazirah.

            “Naz, aku tak pernah anggap kau jahat. Kita dah lama berkawan. Dah macam adik-beradik. Takkan kau masih tak kenal aku?” Soal Sally

            “ Sebab aku dah anggap kau macam adik-beradik la yang buat aku sedih sangat bila kau tak mahu support aku!” Nazirah mula menekan suaranya.

            “Beb, aku tak berniat nak lukakan hati kau. Tapi aku memang tak boleh nak bantu kau buat kerja tu.” Pujuk Sally.

            “Sudahlah Sally, aku boleh dapatkan Ray sendiri. Aku tak perlukan kawan macam kau untuk bantu aku. Lagi satu aku nak bagitahu, lepas ini tolong jangan cari aku lagi and jangan masuk campur urusan aku. Aku akan pastikan Ray balik ke pangkuan aku walaupun aku terpaksa korbankan perempuan kampung itu!” Nazirah terus bangun meninggalkan Sally.

            “Naz..Nazz!!” Luang Sally.

Tetapi Nazirah terus berjalan tanpa menghiraukan panggilan itu. Hatinya sakit untuk kedua kalinya bila Sally terus-terusan tidak mahu memahami hati dan jiwanya. Perasaan cintanya masih mendalam untuk Adam Rayyan. Mana mungkin dia mahu membiarkan perasaan itu. Bagi Nazirah, Adrianna Wafiyah hanya menjadi batu penghalang untuk dia mendapatkan kembali cinta Adam Rayyan.


Sally mengeluh lemah. Dia tidak tahu bagaimana harus memujuk sahabatnya itu. Nazirah sudah dianggap seperti keluarganya sendiri. Dia tidak akan membiarkan Nazirah melakukan sesuatu yang boleh merosakkan dirinya sendiri. Sally pulang dengan perasaan yang sedih.  ‘Ya Allah, Engkau lembutknlah hati sahabatku.’ Doanya dalam hati.

3 comments:

  1. well done! jenuh tunggu update haha...

    btw, ksu ingt sally tu cina hihi melayu rupanya..

    ok sambung lagi ...lagi...dn lagi...

    ReplyDelete
  2. Haha..tgh cuti sem tu yang laju je update..

    ReplyDelete
  3. owh lupe...ida sambung study yer...ok take ur time..

    ReplyDelete