BAB 28
Kedengaran pengumuman
untuk semua penumpang ke London supaya memasuki kapal terbang. Adrianna Wafiyah
menjadi sayu hati untuk berpisah dengan suaminya. Tangannya menggenggam erat lengan
suaminya. Seperti tidak membenarnya suaminya pergi.
“Abang terpaksa pegi sekarang. Nanti terlepas flight
pula. Nanti sayang hati-hati drive.
Kalau ada apa-apa cepat-cepat call
papa ya. Risau abang.” Ucap Adam Rayyan sambil mengucup dahi dan pipi
isterinya.
Adrianna Wafiyah menahan sebak sebaik mendengar ucapan
dari suaminya. Lagaknya seperti mahu berpisah setahun dengan suaminya.
“Hey, tak nak la menangis macamni. Berat hati abang nak
pegi. Abang pegi seminggu aje.”
Adrianna Wafiyah mengangguk faham. Dia bukan tidak faham
suaminya cuma pergi selama seminggu sahaja. Tetapi hatinya keberatan mahu
berpisah dengan suaminya. Walau bagaimana pun Adrianna Wafiyah terpaksa akur
kerana suaminya pergi atas urusan kerja.
“Abang jaga diri kat sana. Jangan nak menggatal dengan
perempuan lain.” Pesan Adrianna Wafiyah.
“Ke situ pula. Abang dah tak pandang perempuan lain.
Sayang seorang pun dah cukup untuk abang.”
“okay abang pegi dulu. Take care your self. Drive carefully.” Pesan Adam Rayyan lagi.
“Okay bang. Love
you.”
“Love you too
sayang.”
Adrianna Wafiyah
memandu kereta suaminya dengan berhati-hati. Risau mahu memandu kereta besar
seperti ini. Disebabkan kedegilan suaminya yang mahukan dia memandu kereta BMW
X6 ini membuatkan Adrianna Wafiyah terpaksa akur dengan permintaan itu. Kalau
ikutkan hati, dia mahu memandu keretanya sendiri. Biarpun kecil tapi dia lebih
selesa.
Dua jam setengah perjalanan, akhirnya Adrianna Wafiyah
sampai jua dikampung halamannya. Rasa syukur dipanjat kerana dia sampai dengan
selamat. Telefon bimbit dikeluarkan dan dengan pantas dia menghantar pesanan
ringkas kepada ibu mertuanya untuk memberitahu dia telah sampai dengan selamat.
Salam,mummy Wafi
dah sampai kampung.
Seminit kemudian SMSnya
berbalas.
Alhamdulillah.
Kirim slm ibu kamu.
InShaAllah mummy, bye
Adrianna Wafiyah segera mengeluarkan beg pakaiannya dari
bonet kereta. Rumah Puan Asmah kelihatan sunyi sepi. ‘Barangkali ibu dah
tidur’. Detik hatinya. Silapnya juga tidak memberitahu kepulangannya kepada
ibu.
“Assalamualaikum..ibu oh ibu.”
“Waalaikumussalam. Ya Allah Wafi. Kenapa balik tak
bagitahu nak.?” Tegur Puan Asmah. Gembira melihat anak kesayangannya pulang.
Sudah lama dia rindukan anak tunggalnya itu.
“Saja la nak bagi ibu surprise.”
Usik Adrianna Wafiyah.
“Eh, mana Rayyan? Takkan kamu balik seorang malam-malam
begini.?” Tanya Puan Asmah dengan risau.
“Jangan-jangan kamu bergaduh dengan Rayyan tak, lepas tu
lari balik kampung ibu.” Tebak Puan Asmah lagi.
“Ibu, kalau iya pun bagi la Wafi masuk dulu. Penat dah
pegang beg ni. Berat tahu tak.” Rungut Adrianna Wafiyah.
Sebab
itu dia tidak mahu memberitahu kepulangannya. Kalau tidak jangan harap ibu dia
akan benarkan dia pulang malam-malam begini. Macam-macam yang difikirkan oleh
ibunya nanti.
“Yela,
masuk cepat. Hisy, bertuah betul budak ni.” Puan Asmah membantu anaknya
mengangkat beg pakaian.
Adrianna
Wafiyah melabuhkan punggung ke sofa. Terasa kejang urat sarafnya memandu. Dia
menyandarkan kepala ke atas sofa untuk mencari keselesaan.
“Mana
Rayyan. Kenapa kamu balik seorang saja?” Tanya Puan Asmah lagi sambil membawa
segelas air untuk anaknya.
“Abang
Ray ke London ibu. Tadi lepas hantar dia, Wafi terus balik sini.”
“Kamu dah minta izin dengan dia nak balik rumah ibu ni.?”
“Mestilah
minta ibu. Takkan Wafi nak main redah aje.”
“Berapa
hari kamu kat sini?”
“Lusa
Wafi balik la.”
“Sekejapnya?”
“Wafi
dapat cuti hari isnin aje ibu. Selesa Wafi dah kerja.”
“Hmm,
yela. Kamu pun nampak penat. Pegi la rehat. Esok kita berbual lagi.”
Adrianna
Wafiyah hanya mengangguk sambil melangkah ke bilik tidurnya.
“Kamu
dah makan ke belum ni?”
“Dah ibu.” Laung Adrianna Wafiyah dari dalam bilik.
Dia menghempaskan
tubuhnya ke atas tilam. Terasa selesa sangat badannya kerana dapat membetulkan
urat saraf yang seakan terbelit gara-gara menghadap jalan raya yang sesak tadi
. Adrianna Wafiyah agak sukar mahu melelapkan mata. Baru beberapa jam berpisah
dengan suaminya, dia telah merindui lelaki itu.
Adrianna Wafiyah mengeluarkan baju yang dipakai oleh
suaminya petang tadi. Sengaja dia membawa baju itu supaya dia rasa dekat dengan
suaminya. Adrianna Wafiyah memeluk baju itu seeratnya. Seolah-olah dia sedang
memeluk suaminya. Lama-kelamaan matanya mula memberat dan akhirnya Adrianna
Wafiyah tertidur.
Pagi itu Puan Asmah
bangun awal untuk meyediakan sarapan. Dia ingat memasak makanan gemaran
anaknya. Adrianna Wafiyah gemar memakan lempeng bersama sambal sardin cili
padi. Dia memasak satu persatu lempeng itu dengan berhati-hati. Kelibatan
Adrianna Wafiyah masih belum kelihatan.
Pulas sekali tidurnya malam tadi. Adrianna Wafiyah
menggeliat perlahan. Bau wangi dari dapur memaksa Adrianna Wafiyah untuk
bangkit dari katil. Dia kenal dengan bau itu. Pasti ibunya memasak makanan
kegemarannya. Dengan pantas dia bangkit dan berjalan ke arah dapur.
“Hmm, sedapnya bau. Ibu tahu-tahu aje Wafi teringin
sangat nak makan lempeng dengan sambal sardin.” Ujar Adrianna Wafiyah sambil
mencuri makan lempeng yang telah siap dihidang.
“Belum cuci muka dah makan dulu ya.” Perli Puan Asmah.
“Ala ibu, lepas makan Wafi terus mandi. Kan senang. Jimat
air, jimat tenaga.” Jawab Adrianna Wafiyah.
“Banyak betulkan alasan kamu.”
“Banyaknya ibu masak lempeng?”
“Yela, takkan kamu seorang nak makan. Ibu ada ajak Atuk
kamu makan sekali.”
“Hmm, yela. Wafi mandi dulu.”
Puan Asmah menggeleng kepala dengan perangai anaknya.
Masih kebudak-budakkan pada pandangan Puan Asmah.
Adrianna Wafiyah hanya bersiap
ala kadar. Dia hanya mengenakan seluar track
bottom dengan t’shirt berwarna putih.
Sedang Adrianna Wafiyah menyisir rambutnya, telefon bimbitnya berbunyi. Dengan
pantas dia menjawab panggilan itu. Sejak semalam dia menanti panggilan dari
suaminya.
“Assalamualaikum abang.”
“Waalaikumussalam. Mana tahu abang yang call?”
“Wafi ada instinct yang kuat.”
“Sayang tengah buat apa tu? Ibu sihat?”
“Baru lepas mandi. Baru nak sarapan. Abang dah makan?”
“Abang baru nak tidur. Tadi dah makan dengan Rafi”
“Rafi ada sekali ke?”
“Haah, abang lupa nak bagitahu sayang. Company Rafi pun join this conference.”
“ Seronoklah abang ada geng kat sana. Mesti lupakan Wafi nanti.” Adrianna Wafiyah meniarap
di atas katil sambil berbual dengan suaminya. Lupa sebentar pada lempeng panas
di dapur.
“Kalau sayang ada lagi seronok. Kat sini sejuk. Boleh
juga abang peluk-peluk sayang.”
“Mulalah nak fikir ke lain tu. Abang peluklah Rafi tu kalau
sejuk.” Usik Adrianna Wafiyah.
“Dari abang peluk Rafi, baik abang peluk minah saleh kat sini.” Adam Rayyan
sengaja mahu mengusik jiwa isterinya.
“Abang jangan nak mengada-ngada ya. Nanti tak pasal-pasal
sekarang juga Wafi terbang ke London.” Adrianna Wafiyah mula dilanda cemburu.
“Ha..ha..ha..” Terburai ketawa Adam Rayyan. Tak sangka
kuat cemburu juga isteri kesayangannya ini.
“Malaslah cakap dengan abang. Saja nak usik Wafi kan. Tak
tahu kita kat sini tidur tak lena makan tak kenyang rindukan dia.” Suara
Adrianna Wafiyah mula berubah rentak.
“Ala, abang gurau aje. Sorry okay. Hmm..sayang abang tidur dulu ya. Esok pagi ada conference.
Sayang kat sana jangan
nakal-nakal. Jangan lupa mesej abang setiap hari. Update your day life.”
“Ya.. Wafi ingat.”
“Bagus, that’s my
girl. Sampaikan salam abang pada ibu. Bye sayang. Love you.”
“InShaAllah, Love
you too.”
Adrianna Wafiyah melangkah keluar dari bilik. Dia
tersenyum girang. Maklumlah suami tercinta baru sahaja telefon. Terubat rindu
Adrianna Wafiyah pada suaminya.
Dari
jauh sayup-sayup kedengara suara Tok Leman. Adrianna Wafiyah menapak ke dapur.
‘Pasti atuk dah sampai.’ Detik hati Adrianna Wafiyah. Dia rindukan Tok Leman.
Tok Leman adalah satu-satunya atuk yang dia ada di muka bumi ini.
“Atukkkk….Atuk sihat?” Adrianna Wafiyah menyapa girang
sambil bersalam dengan Tok Leman.
“Sihat cara dah tua.
Macam ini aje lah.” Jawab Tok Leman.
“Ibu, Abang Ray kirim salam.”
“Waalaikumussalam. Patutlah berselera anak ibu makan.
Rupa-rupanya baru lepas rindu dengan suami dia ayah.” Usik Puan Asmah.
“Arwah nenek kamu dulu pun sama juga. Kalau atuk tak ada.
Makan pun tak lalu sebab rindukan atuk.” Cerita Tok Leman.
“Iya ke atuk. Sayang Wafi tak sempat nak mengenali arwah
nenek.”
“Dah la, tutup cerita lama. Kamu berapa hari kat sini.?”
Tanya Tok Leman.
“Esok dah baliklah atuk. Lusa Wafi kerja.”
“Sekejap sangat kamu balik. Nanti lainkali kalau balik
ajak sekali suami kamu. Hari tu masa kamu kahwin atuk tak sempat nak kenal
dengan dia.”
“InShaAllah atuk.”
Di
London..
Suasana pagi di London
agak sejuk memandangkan di sana sekarang sedang musim sejuk. Nazirah mengenakan
jaket kulit yang disaluti bulu tebal yang diperbuat daripada bulu kambing
biri-biri di dalamnya. Memang cantik. Dia berlegar-legar di hadapan lobi hotel Hilton
menantikan Adam Rayyan. Dia pasti Adam Rayyan akan terkejut melihat dia di
sini. Dia sengaja datang ke London untuk menghadiri persidangan ini. Selepas
mendengar daddynya memberitahu Adam Rayyan menggantikan papanya ke sini,
Nazirah terus membuat keputusan untuk menggantikan daddynya.
Dari jauh dia nampak Adam Rayyan sedang berjalan masuk ke
Coffe House yang terdapat di dalam
hotel itu bersama-sama Rafi. Dia segera mengambil peluang ini untuk mendekati
Adam Rayyan.
“Excuse me, I
tak tahu pula you all pun ada di
London.” Tegur Nazirah mesra.
“Hey Naz, you buat
apa kat sini?” Tanya Rafi.
“ I came here for the
conference. Ganti my dad.”
“Samalah dengan kitaorang.”
“Wahh, seronoklah. Dapat kita pegi sama-sama. Can I join you all breakfast?”
“Ofcourse, have a
seat.”
Adam Rayyan hanya diam membantu. Dia tidak suka Nazirah
ada di sini. Nazirah yang perasan wajah mendung Adam Rayyan cuba untuk
menceriakan suasana. Dia akan buat Adam Rayyan jatuh cinta semula dengannya.
Kesempatan yang ada sekarang ini dia akan gunakan sebaik mungkin.
Usai masing-masing telah kenyang. Mereka bersama-sama
menghadiri persidangan itu. Adam
Rayyan mula tidak selesa bila Nazirah asyik merapatkan tubuhnya dekat kepada
Adam Rayyan.
Sesi persidangan itu berlangsung sehingga jam 1 petang
waktu London. Tamat sahaja persidangan itu, Adam Rayyan bergegas keluar dari
dewan itu. Dia mahu menjauhi Nazirah yang seakan cuba menggoda dirinya.
Sepanjang persidangan itu berlangsung, Nazirah kerap kali melentokkan kepala
dibahunya dengan alasan dia sakit kepala kerana tidak cukup tidur. Naik rimas
Adam Rayyan dibuatnya.
“Ray..Ray..tunggu.” Laung Rafi.
Adam Rayyan berhenti dan menoleh ke arah suara itu. Rafi
segera berlari anak mendapatkan sahabatnya itu. Nazirah mengikuti langkah Rafi
dari belakang.
“Kau nak ke mana? Jomlah kita pegi makan sama-sama. Naz
cakap dia tahu restoran yang sedap kat sini. Jomlah.” Ajak Rafi. Dia tahu Adam
Rayyan tidak selesa dengan kehadiran Nazirah. Tapi pada Rafi, Adam Rayyan tidak
sepatutnya berbuat begitu pada Nazirah. Itu cerita lama.
“Iya Ray, come join
us. Lagipun awal lagi ni. Balik hotel pun you seorang-seorang aje kan.” Pujuk Nazirah.
“Jomlah.” Rafi menarik tangan Adam Rayyan.
Adam Rayyan terpaksa mengikut mereka. Dia tidak mahu
menghampakan Rafi. Mereka memasuki sebuah restaron Malaysia yang terdapat di
Kota London. Terdapat ramai pengunjung Malaysia yang menikmati masakan di
restoran itu.
“Akhirnya, dapat juga aku makan asam pedas.” Ucap Rafi sambil
menyuap nasi ke mulutnya.
“Eh, baru dua hari kau tak makan nasi. Dah rindu dah
masakan Malaysia.” Usik Adam Rayyan.
“Haah, betul cakap Ray. Sekali sekala biarlah tekak tu
rasa makan western pula.” Usik
Nazirah pula.
“Korang lain
la. Tekak mat saleh. Aku ni memang
melayu jati. Tak tertelan tekak ni kalau tak ada sambal belacan.”
“Macam-macam la you
ni.” Nazirah ketawa lucu dan diikuti dengan Adam Rayyan.
Suasana yang tadinya agak tegang beransur ceria. Adam
Rayyan sudah boleh bergurau dan membalas gurauan Nazirah. Masing-masing seronok
apabila cerita-cerita zaman Universiti menjadi topik perbualan mereka bertiga.
“Err..Ray, I
sebenarnya nak buat pengakuan di depan you
and Rafi.” Nazirah tiba-tiba berubah serius.
“Apa dia?” Adam Rayyan mulai tidak selesa. Dia tidak mahu
Nazirah menuntut cinta darinya lagi.
“I nak minta
maaf dengan you pasal hal-hal lepas. I menyesal. Sekarang ini I dah boleh terima hakikat bahawa you bukan lagi milik I. I
berharap sangat kita boleh terus berkawan biasa.”
“I dah malas
nak ingat hal-hal lepas. Kalau you
betul-betul ikhlas nak berkawan dengan I,
I tak ada masalah. Okay, kita boleh
berkawan macam biasa.” Jawab Adam Rayyan.
Adam
Rayyan berasa lega dengan pengakuan Nazirah. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu
lagi bermusuh dengan Nazirah. Setiap manusia harus mendapat kemaafaan jika
mereka telah menginsafi kesalahan mereka.
“So, friend?”. Nazirah menghulurkan
tangannya kepada Adam Rayyan tanda salam perkenalan mereka. Dengan senang hati
Adam Rayyan menyambutnya tanpa rasa ragu.
“Haa..macam
itu la..kita kan dah lama berkawan.” Ujar Rafi.
Nazirah
dan Adam Rayyan sama-sama tersenyum. Memang betul cakap Rafi. Mereka tak
sepatutnya bermusuh. Pengalaman telah mendewasakan mereka. Jadi bagi Adam
Rayyan dia harus bersikap matang. Kini dia telah ada Adrianna Wafiyah. Jika
Nazirah sudah menerima hakikat yang mereka tiada jodoh, kenapa Adam Rayyan
perlu menjauhi Nazirah lagi. Walaubagaimanapun, Nazirah pernah bertakhta
dihatinya suatu ketika dahulu. Jadi tidak salah kalau dia mahu berkawan biasa
dengan Nazirah selagi dia tahu batas-batas sebagai suami kepada
AdriannaWafiyah.
Setelah
kekenyangan mereka bertiga berjalan beriringan pulang ke hotel. Masing-masing
agak keletihan kerana persidangan itu mengambil masa yang agak lama.
No comments:
Post a Comment