BAB 22
“Kau masih nak harapkan
si Ray tu ke?” Soal Sally.
“Kau tahukan bertapa
aku cintakan Ray.” Jawab Nazirah.
“Tapi, dah sah-sah dia
tak terima kau lagi. Lagipun dia dah kahwin. Aku rasa ada baiknya kalau kau
lupakan dia dan mulakan hidup baru.”
“Sampai hati kau kan.
Kau tahu kan aku balik Malaysia ni pun sebab dia. Aku sanggup korbankan kerjaya
aku sebab dia. So tak mungkin aku akan
lepaskan dia macamtu aje. Dia hak aku. Selamanya akan jadi hak aku.!”
“Kalau kau sanggup
korbankan kerjaya kau dulu, mungkin sekarang kau dah bahagia dengan Ray. Tapi
sekarang dah terlambat. Ray cintakan isterinya.”
“Tak..tak mungkin! Ray
hanya cintakan aku. Perempuan tu hanya tanggungjawab dia saja. Aku yakin dia
masih cintakan aku.”
“Erm, aku bukan taknak
sokong kau. Memang sebelum ni aku cuba mempertahankan kau. Sampai aku sanggup
memalukan diri aku di majlis resepsi dia dulu. Semua tu aku buat sebab aku pun
yakin masa tu yang Ray ni terpaksa. Tapi ternyata aku silap. Aku boleh nampak
dalam mata Ray. Dia betul-betul cintakan isterinya sekarang ni.”
“Takpa kalau kau taknak
tolong aku. Aku akan usaha sendiri. Aku akan cari jalan supaya Ray kembali pada
aku.”
“Naz, aku bukan taknak
tolong kau. Tapi aku taknak kau kecewa lagi.” Sally cuba menerangkan kepada
Nazirah.
“Takpa, mulai hari ni
kau tak payah masuk campur urusan aku lagi.”
Nazirah
bangun dan beredar dari restoran itu. Meninggalkan Sally terkapai-kapai.
Hatinya remuk bila sahabat sendiri tidak mahu menyokongnya. Rasa kecewa dengan
sikap Sally yang tidak mahu faham perasaannya. Cintanya untuk Adam Rayyan tak pernah berubah. Hanya satu
matlamatnya kini, dia harus membuatkan Adam Rayyan kembali percaya kepadanya.
Serba salah Sally dibuatnya. Sebagai kawan dia
tidak mahu Nazirah kecewa untuk kali kedua. Dia pasti Adam Rayyan tidak akan
kembali kepada Nazirah. Buntu memikirkan cara mahu menasihati sahabatnya itu.
Dia jugak bukan orang yang selayaknya untuk menasihati sahabatnya itu, kerana
diri sendiri jugak tak betul. Tapi Sally sudah berjanji mahu berubah kearah
yang lebih baik. Dia mengharap supaya Nazirah juga akan sama-sama berubah
dengannya. Entah mengapa selepas terdengar ceramah agama tempoh hari di radio
membuatkan Sally mendapat satu sinar untuk dia berubah. Dia tidak boleh terus
hanyut begini. Inilah permulaan terbaik untuk dia berubah. Mungkin susah
sahabatnya mahu menerima sikapnya yang berubah baik secara mendadak. Tapi bagi
Sally sahabat yang baik adalah sahabat yang membimbing kita ke jalan yang
diredhai Allah SWT. InShaAllah dia akan sentiasa berdoa semoga Nazirah akan
terbuka pintu hati untuk berubah. Sebagai sahabat dia tidak mahu Nazirah terus
hanyut.
Jam
hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam ketika Adrianna Wafiyah dan Adam
Rayyan sampai di kondo. Adrianna Wafiyah mengikut langkah Adam Rayyan memasuki
ke kondo mewah itu. Terpegun Adrianna Wafiyah melihat kondo suaminya. Begitu
cantik. Pandai suaminya menghias kondo ini. Semua perabot di dalam rumah itu
bertemakan hitam dan merah. Membuatkan kondo
mewah itu nampak bertambah mewah. Matanya melilau melihat sekitar kondo
itu. Hatinya begitu teruja. Dia tidak menyangka akan tinggal di kondo semewah
ini.
“Nak tercegat kat situ aje ke? Taknak
tengok bilik?” Soal Adam Rayyan.
“Hah! Sorry-sorry. Saya terpegun tengok kondo awak. Cantik, pandai awak
hias.” Puji Adrianna Wafiyah.
“Thanks.
Jom kita tengok bilik.”
Adrianna Wafiyah mengikut langkah
suaminya menuju ke bilik utama. Matanya melilau melihat bilik itu. Semuanya
tersusun rapi. Kemas dan cantik.
“Masuklah.” Pelawa Adam Rayyan.
“Erm, takpalah. Boleh tak awak
tunjuk bilik saya kat mana?”
“Bilik mana lagi. Inilah bilik
kita.”
“Hah!” Terlopong Adrianna Wafiyah
mendengarnya. Biar betul. Takkan nak tidur sebilik. Habislah patah tulang dia
kalau selamanya terpaksa tidur kat sofa. Kejam betul suaminya. Bilik ada banyak
tapi kedekut!
“Tutup mulut awak tu. Mulai hari ni
abang nak kita mulakan hidup baru seperti pasangan suami isteri yang lain.
Abang tahu selama ni abang banyak lukakan hati sayang. Abang harap sayang
maafkan abang dan beri abang peluang kedua.”
Adam Rayyan menggenggam erat jari-jemari
isterinya. Terkedu Adrianna Wafiyah. Tanpa disuruh air mata Adrianna Wafiyah
mengalir laju ke pipi.
“Shhh,
hey..kenapa nangis ni. Abang ada salah cakap ke?” Adam Rayyan menyeka air mata
isterinya. Pilu hatinya melihat air mata itu.
“Terima kasih awak..terima kasih sebab
sudi terima saya sebangai isteri awak yang sebenar-benarnya.” Adrianna Wafiyah
terharu mendengar ungkapan suaminya. Air matanya makin laju mengalir ke pipi.
“Shh,
dah. Tolong jangan menangis lagi sayang. Abang janji mulai hari ni abang takkan
biarkan sayang menangis lagi.”
Adam Rayyan membawa Adrianna Wafiyah ke
dalam pelukkannya. Jiwa Adrianna Wafiyah terasa tenang berada dalam pelukkan
Adam Rayyan. Malam itu mereka tidur dengan perasaan bahagia. Permulaaan baru
dalam hidup mereka. Malam itu bermulalah lembaran baru dalam hidup mereka. Kini
Adrianna Wafiyah sudah menjadi isterinya yang sebenar-benarnya. Adam Rayyan
bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik Adrianna Wafiyah.
Jam
loceng berbunyi lama. Dengan malas Adrianna Wafiyah meraba jam ditepi meja
kecil itu lalu mematikan bunyinya. Jarum menunjukkan pukul 6 pagi. Adrianna Wafiyah
bingkas bangun. Tapi pergerakkannya terbatas bila terasa ada tangan yang
melingkari pinggangnya. Dengan pantas Adrianna Wafiyah menoleh ke sisinya.
Alangkah terkejut melihat Adam Rayyan sedang pulas lena sambil memeluknya. Dia
cuba mengingati kejadian semalam. Melihatkan baju tidurnya tersepah di atas
lantai membuatkan Adrianna Wafiyah dengan mudah dapat mengingati apa yang
terjadi semalam. Tiba-tiba wajahnya merona merah. Malu dengan peristiwa
semalam. Kini dia sudah menjalankan tangunggjawab sebagai seorang isteri kepada
Adam Rayyan. Sungguh pun dia rasa bahagia tapi dia tetap malu mahu berhadapan
dengan suaminya. Kejadian itu berlaku dengan pantas. Dengan rela hati Adrianna
Wafiyah menyerahkan segalanya kepada Adam Rayyan.
Adrianna Wafiyah segera bangun dan
membersihkan diri. Dia nekad mahu keluar awal ke tempat kerja. Malu mahu
berhadapan dengan suaminya. Setelah menyediakan sarapan, dia keluar setelah
meletakkan nota kecil di atas meja makan.
Mendengar pintu ditutup, Adam Rayyan
tersedar dari tidurnya. Dia bangkit sambil menggooskkan matanya. Melilau mata mencari
isterinya. Adam Rayyan duduk sambil bersila di atas katil. Mengingatkan
peristiwa semalam, membuatkan dia rindu mahu menatap wajah isterinya. Dia
segera bangun dan mencari kelibat isterinya. Tetapi nota kecil yang
dijumpainya. Dia membaca nota kecil itu sambil tersenyum. Dia tahu Adrianna
Wafiyah malu dengannya. Sebab itulah isterinya keluar awal.
Abang,
Sorry tak tunggu abang.
Harap
abang sudi jamah sarapan yang Wafi buat. :)
Adam
Rayyan mencapai sandwich di atas meja sambil berlalu ke bilik. Hatinya menyanyi
girang. Dia yakin Adrianna Wafiyah turut mencintai dirinya. Jika tidak,
Adrianna Wafiyah pasti akan menolak perbuatannya semalam. ‘Ah, Wafi..baru
sekejap abang dah mula rindukan sayang.’ Gumam hatinya.
Pagi itu Adam Rayyan begitu ceria.
Semua stafnya mula hairan melihat wajah bos mereka berseri-seri. Seperti baru
semalam kahwin.
“Dahlia, bos kamu dah masuk ke?”
Soal Datuk Razlan.
“Dah Datuk.”
“Suruh dia ke bilik saya. Ada hal
penting saya nak bincangkan.”
“Baik Datuk.”
Tuk..Tuk..Tuk..
“Masuk.”
“Bos, Datuk panggil.”
“Kenapa Dahlia.?”
“Tak tahulah bos, tapi Datuk kata
ada hal dia nak bincangkan dengan Bos.”
“Emm, okay kejap lagi saya pegi.”
“Okay bos.”
Terbantut SMS yang ingin dihantar
pada isterinya. Terus melayang semua isi-isi yang ingin ditaip. Adam Rayyan
segera menyarung blazer ke tubuhnya dan berlalu ke bilik papanya. Dia tidak
mahu Datuk Razlan membebel kalau dia lambat sampai.
“Assalamualaikum, morning papa.”
“Waalaikumussalam. Morning. Duduk
Ray.” Jawab Datuk Razlan.
“Kalau tak ada apa-apa saya keluar
dulu Datuk, Encik Rayyan.” Ujar setiausaha Datuk Razlan.
“Ada apa papa nak jumpa Ray.?” Tanya
Adam Rayyan selepas setiausaha papanya keluar.
“Macamana dengan projek dekat
Seremban tu?”
“Okay,
everything is fine.”
“Baguslah kalau macamtu. Papa
sebenarnya nak Ray gantikan papa ke London untuk Conference Leadership.”
“Bila papa? Kenapa papa tak pegi?
Berapa hari?”
“Lusa. Lebih kurang seminggulah. Papa
ada meeting lain yang perlu papa attend. Rugi kalau tak pergi sebab company dah bayar. Amboi bertanya sampai
macamtu sekali.”
“He..he..he..Okay
pa, Ray pegi.”
“Okay,
thanks. Menantu papa apa khabar? Sihat ke dia?”
“Menantu papa sihat walafiat.”
“Baguslah. Papa harap Ray tak
sia-siakan Wafi. Papa yakin Wafi mampu bagi kebahagiaan pada Ray.”
“In Sha Allah pa. Okaylah pa, Ray
keluar dulu kalau tak ada apa-apa lagi.”
“Yela. Kirim salam pada Wafi. Ada
masa baliklah jenguk mummy kamu tu.”
“Baik pa.” Jawab Adam Rayyan sambil
menggangguk.
Adrianna
Wafiyah sampai agak awal ke pejabat. Dia bersarapan seorang diri di pantri
memandangkan staf yang lain masih belum sampai. Dia mula teringatkan sentuhan
hangat suaminya. Sungguh kini dia rasa sangat bahagia. Terasa diri disayangi
oleh Adam Rayyan. Dia berdoa semoga rumah tangganya akan kekal bahagia hingga
ke akhir hayat.
“Em..emm.. sorang saja ke?” Tegur
Reza
“Eh, Encik Reza, jemput makan.”
Adrianna Wafiyah agak kekok mahu bersembang dengan Reza. Kini Reza adalah
bosnya. Makin kekoklah dia mahu berbicara.
“Sikit sangat bekal tu kalau nak
pelawa Reza.”
“Oh, maaflah saya masak sikit aje
tadi.”
“Takpa Reza baru lepas breakfast tadi.”
Adrianna Wafiyah hanya senyum sambil
mengangguk kepala. Sungguh dia terasa sangat segan dan kekok. Tidak tahu apa
yang mahu dibualkan. ‘Cepatlah sampai Fea.’ Doanya dalam hati.
“Wafi sihat.? Reza nak minta maaf
pasal haritu.”
“Tak apa. Saya dah lupakan pun.”
“Wafi, Reza betul-betul rindukan
Wafi yang dulu. Yang peramah, yang mesra.” Tutur Reza perlahan.
“Maaf Encik Reza. Tolong jangan
ungkit perkara yang lepas.” Adrianna Wafiyah mula panas hati bila Reza mula
membuka cerita lama.
“Kenapa Wafi nak menyelak dari Reza.
Apa salah Reza?”
“Salahnya adalah kerana saya ni
isteri orang. So tolonglah hormat
saya.!”
“Apa?!, bi..bila Wafi kahwin?”
“Dah hampir 2 bulan. Sekarang saya
sangat bahagia dengan suami saya. Jadi saya minta Encik Reza tolong lupakan
semua perkara lalu.”
“Maaf Reza tak tahu Wafi isteri
orang. Maafkan Reza.”
“Tak apa.” Adrianna Wafiyah bangun
lalu beredar dari ruangan pantri dan meninggalkan Reza keseorangan.
“Eh, Wafi aku ingat kau tak sampai
lagi.” Tegur Sofea.
“Aku dah lama sampai.”
“Kau dah breakfast ke?. Aku terlewat bangun hari ni. Nasib baik sempat
sampai.”
“Aku dah breakfast. Aku bawak bekal hari ni.”
“Rajinnya. Kau..” Belum sempat Sofea
menutur, dia ternampak kelibat Reza keluar dari pantri dengan wajah sugul.
“Morning Encik Reza.” Tegur Sofea.
“Morning.” Reza terus berlalu ke
biliknya.
“Sombong betul Reza sekarang ni.
Mentang-mentanglah dia bos kat sini. Buat macam tak kenal kita aje.” Bebel
Sofea.
“Dahlah, kau ni pagi-pagi lagi dah
bergosip. Pegi buat kerja. Nanti bising Kak Rita.”
“Yela, makcik.” Sofea berlalu ke
tempatnya.
Grrr..Grrr…
Telefon bimbit Adrianna Wafiyah
bergegar menandakan ada SMS masuk. Dia segera mencapai telefon bimbitnya.
Dengan pantas senyuman mekar terukir dibibirnya bila membaca SMS tu.
Sedap
Sandwich tadi. Thanks syg. Tapi lg sedap klu kita dpt breakfast sama-sama tadi.
Smpi hati sayang tinggalkan abg pg tdi. :(
Wafi
janji lps ni kita breakfast sama-sama k. Sorry utk hari ni. :)
Okay,
hari ni abg maafkan. Tapi klu Wafi buat lagi tahu la abg nak denda Wafi.
Eee..takutnye….hehehe.
Okaylah
syg. Abg ada mtg kejap lg. See u at home. Drive safely balik nanti. Luv u.
Okay
abg. Bye.
Selepas SMS dengan suaminya tadi,
Adrianna Wafiyah asyik mengelamun dan tersenyum sorang-sorang. Sofea yang
melihatnya bertambah pelik. Pelik melihat sahabatnya yang angau semacam. Tapi
dia yakin Adrianna Wafiyah sedang berbahagia sekarang ni. ‘Ya Allah kau
peliharalah rumah tangga sahabatku.’ Doa Sofea dalam hati. Dia tak pernah
nampak wajah Adrianna Wafiyah seceria ini selepasa sahabatnya itu berkahwin.
Reza
kecewa dengan pengakuan Adrianna Wafiyah. Sungguh dia berasa sangat ralat
kerana membiarkan Adrianna Wafiyah dahulu. Sepatutnya dia cuba mendekati
Adrianna Wafiyah, bukannya melarikan diri. Kini semuanya telah terlambat.
Adrianna Wafiyah gadis pujaan hatinya sudah menjadi milik orang lain. Hatinya
kini retak seribu. Semua angan-angannya musnah untuk bersatu dengan Adrianna
Wafiyah.
‘Adakah ini balasan atas perbuatan
aku yang dulu.?’ Detik hatinya.
Reza
meraup rambutnya ke belakang. Hatinya kusut dengan pengakuan Adrianna Wafiyah
sebentar tadi.
‘Aku harus kuat. Aku harus redha
dengan ketentuanNYA.’ Gumam hatinya. Reza menekan butang interkom.
“Kak Rita, “
“Ya Encik Reza.”
“Petang ni saya tak masuk office. Tolong cancel semua meeting-meeting
saya untuk petang ni.”
“Baik Encik Reza.”
“Thanks.”
Tengahari itu Reza keluar membawa hati
yang lara. Hatinya perlu diubat. Dia tidak mahu Adrianna Wafiyah melihat wajah
kecewanya. Pemergiannya ke London untuk menyambung pengajiannya ke pringkat
Master hanyalah alasan semata-mata. Sebetulnya tujuan dia ke sana adalah untuk
melupakan Adrianna Wafiyah sekaligus membina hidup baru setelah cintanya
ditolak mentah-mentah oleh Adrianna Wafiyah.
Tapi ternyata dia tidak mampu melupakan
Adrianna Wafiyah. Sepanjang tempoh 5 tahun berada di Kota London, sedetik pun
dia tidak pernah melupakan Adrianna Wafiyah. Cintanya sentiasa mekar walaupun
dia hanya bertepuk sebelah tangan.
Reza cuba untuk menerima ketentuan Allah
SWT. Walaupun jiwa dan raganya hanya untuk Adrianna Wafiyah, tapi harus redha
dengan semua yang telah diatur oleh Allah SWT.
Kalau memang Adrianna Wafiyah bukan jodohnya, dia mohon semoga Allah SWT
memberi peluang untuknya menemui cinta sejati. Cinta yang telah ditetapkan oleh
Allah SWT.
No comments:
Post a Comment